BAB 18

4.7K 160 0
                                    

RAMBUT Tengku Aidan ditarik agak kasar. "Faih...kau buat apa setan?" Tengku Aidan berdecit apabila muka adiknya yang muncul.

Tak tenanglah jiwa pekerja di situ. Tadi, pengerusi, kali ni naib pengerusi pun turut sama ada. Terasa lambat waktu balik tu.

"Pergi mengopi jom? Ada benda aku nak cakap....hal kerja" mata Tengku Adhwa diarahkan kepada Faiha yang sedang ralit memandang kerjanya.

"Hmm yelah" Tengku Aidan bangun daripada kerusi yang didudukinya.

"Nanti aku datang balik" Tengku Aidan mencium kepala isterinya dan berlalu pergi ke pintu lif.

Terhenti seketika jari jemari Faiha di atas papan kekunci. 'Gila ke mamat tu'

Tengku Aidan menekan punat lif ke aras dimana pejabatnya. Aras 14. Tengku Adhwa mengekori abangnya.

"Lain macam lah kau lepas balik Switzerland. Kena sampuk dengan hantu romantik ke?" Tengku Adhwa menutup kemas pintu pejabat abangnya.

Tengku Aidan menghenyak punggungnya di atas sofa kulit.

"Salah ke aku nak romantik dengan isteri aku?" Tengku Aidan memeluk tubuhnya.

"Ke kau rasa sebersalah sebenarnya ni? Dah tahu punca kenapa Deera menangis?"

Tiada kata-kata daripada Tengku Aidan dapat difahami oleh Tengku Adhwa.

"Kenapalah kau masih simpan lagi hadiah tu? Lepas tu, boleh pula bagi dekat isteri sendiri" Tengku Adhwa mengeluh berat.

"Aku tak sengajalah. Tak tau pula sampai macam ni merajuk dia. Pandang aku pun tak nak"

"Aku dah explain dekat dia yang kau mungkin lupa nak buang. Tapi dia tak 100% percaya cakap aku" Tengku Adhwa berterus terang. Sebab antara mereka berdua, tiada rahsia. Itu yang merapatkan lagi hubungan dua beradik ini.

"And along...I want you to be honest with me. Where have you been and with whom you were in Switzerland?"

"I was in Geneva"

"With Eliza. But it's really do a work trip, I don't lied to you about that. Only the last 3 days" Tengku Aidan meraup mukanya kasar.

"You finished your work earlier? Then, you went to vacation with her? Great, along. Great" Tengku Adhwa menarik nafasnya panjang. Cuba menahan amarah.

Memang kalau dengan Eliza, Tengku Aidan mesti berfikir guna kepala lutut.

"You know I can't hate you but I do hate your misbehavior. Kau fikir apa masa keluar dengan minah tu? Kau tak terfikir ke walau sedetik pun untuk Deera? Isteri kau yang sah. Yang tak sampai seminggu kau nikah pun waktu tu"

"Kau lebih sanggup untuk pergi Geneva daripada Zurich yang ambil masa 3 jam memandu dengan minah tu, daripada balik hadap isteri kau dekat Malaysia"

"Kebetulan je Eliza dah booked tiket ke Switzerland waktu tu. Between me and her is over. We just stay as close friends. Nothing more, nothing less" Tengku Aidan memandang Tengku Adhwa yang sudah memerah mukanya.

"Aku tak boleh terima betul dengan jawapan kau nilah. Close friends apa benda kalau dah tidur sebilik! Kau jangan nak kencing akulah along, sampai hati kau kan buat Deera macam tu. Dia punyalah beria menangis untuk suami tak guna macam kau ni!" Tengku Adhwa melemparkan telefonnya ke arah Tengku Aidan.

"Siapa bagi dekat kau ni?"

"Aku upah orang suruh tengok perangai jahanam kau, apahal? Terkejut sebab kantoi buat benda haram?" Lantang sahaja Tengku Adhwa menjawab.

Terlanjur Mencintainya (C)Where stories live. Discover now