BAB 20

5.2K 149 2
                                    

TENGKU Aidan memegang tangan Faiha sepanjang berada di dalam pasar raya. Manakala Tengku Adhwa yang menolak troli mengekori pasangan itu.

Berbulu Tengku Adhwa melihatkan pasangan dihadapannya itu. Asyik melekat sahaja. Tak boleh berenggang sikit. Lagi-lagi Tengku Aidan.

Pantang tengok tangan Faiha tidak memegang apa-apa, pantas tangannya menggenggam erat.

"Deera, tak rimas ke ada ulat bulu ikut daripada tadi?" Tengku Adhwa mengunyah tester yang diambil di lorong makanan segera. Faiha menoleh sambil memegang susu Farm Fresh di tangannya. Bahan yang diperlukan sudah dicari, hanya tambahan sikit barang dapur dan kehendak tekak Faiha sahaja.

"Hah?" Faiha mengerutkan dahinya. Dia tengah pening nak pilih susu yang mana, ditegur pula adik iparnya. Tengku Adhwa memuncungkan bibirnya ke arah Tengku Aidan yang sudah seperti mahu menelan adiknya bila-bila masa sahaja.

Faiha memandang suaminya di sebelah dan seakan mengerti maksud Tengku Adhwa. Faiha tersenyum manis.

"Tak rimas pun" Faiha memandang semula ke arah susu Farm Fresh ditangan. Tengku Aidan mencium kepala Faiha dan tersenyum sinis memandang adiknya.

Dia menang.

"Bayar teruslah, semua dah ada" Faiha memasukkan susu coklat Farm Fresh ke dalam troli.

Mereka bertiga melangkah ke arah kaunter. Tetapi, mata Faiha ralit memandang aiskrim yang dipamerkan di dalam peti ketika berjalan di kawasan sejuk beku.

"Faiha nak ke?" Tengku Aidan berhentikan langkahnya.
"Eh takpelah" Faiha menggelengkan kepalanya dan menarik Tengku Aidan ke kaunter.

Tengku Aidan menggenggam erat tangan Faiha dan membawanya ke aiskrim yang dilihat tadi.

"Pilihlah nak yang mana" Tengku Aidan mengusap belakang kepala isterinya.

Faiha mencapai beberapa jenis aiskrim yang diinginkan. "Tengku tak nak ke?"

"Kau ambil banyak tu, aku makan jelah nanti" Tengku Aidan memegangkan bungkusan aiskrim untuk Faiha.

Bila dikira-kira, ada lebih kurang 10 bungkusan aiskrim yang pelbagai.

"Bela saka ke?"
"Bukan untuk saya soranglah. Satu rumah punya"

"Baba dengan Umi tak makan aiskrim"

"More for me lah" Faiha tersengih gembira. Ada-ada sahaja akalnya menjawab.

"Untuk adik ada tak?" Tengku Adhwa memandang ke arah bungkusan aiskrim yang dibawa oleh abangnya.

"Ada, jangan risau" Faiha mengangguk.

Pembayaran dibuat oleh Tengku Aidan. Sudah pastilah yang tua disuruh bayar. Siapa suruh ikut.

Sesudah sampai ke perkarangan rumah, Tengku Aidan dan Tengku Adhwa yang membawa kesemua beg plastik masuk ke dapur. Faiha hanya berjalan lenggang sahaja dihadapan.

"Patutlah lama sangat, macam-macam dibelinya" Puan Mazni menggelengkan kepalanya.

"Merajuk Baba kamu tu lama sangat tunggu korang beli bahan-bahan"

"Lah, Umi mengandung lagi ke? Sampai mengidam Baba tu. Adik tak nak adik tau" Tengku Adhwa memuncung, mengenangkan yang dia akan diabaikan kalau betul ada adik baru.

Ktung!!

Kepala Tengku Adhwa diketuk dengan senduk kayu oleh Puan Mazni.

"Umi!!" Tengku Adhwa menggosok laju kepalanya.

"Cakap lah lagi macam tu. Boleh kena kali kedua. Umi ni dah tak laratlah nak beranak lagi. Nak jaga dua orang ni pun payah" Puan Mazni bercekak pinggang.

Terlanjur Mencintainya (C)Where stories live. Discover now