Bab 45

95 3 2
                                    

Hari yang di tunggu sudah pun tiba-tiba, dengan wajah yang Resah. Datin menunggu seseorang di balai ketibaan dengan penuh harapan.

" Along...betul ke angah dengan anak-anak balik hari ni. Kenapa tak keluar lagi. " Uji Datin Adila dengan nada keresahan.

" Betul...mama, angah mesej Along dua hari lepas. Mama sabar dulu ye, nanti angah keluar lah tu. " Pujuk Amirul meskipun dia turut merasa resah kerana sudah lama mereka menunggu.

" Mama...tu Angah..." Teruja Amirul melihat lambaian tangan Amir. Lega hatinya melihat Amir sekeluarga berada di mata nya.

" Allah...anak cucu aku dah balik. " Terus Datin Adila menghampiri pagar keluar itu.

" Assalamualaikum mama... Allah...rindu ye angah dengan mama. " Terus Amir memeluk tubuh mama nya. Sungguh dia rindukan mama nya biarpun hanya dua minggu saja dia berada luar negara.

" Waalaikumussalam...mama pun rindukan anak mama ni. Cucu mama mana. " Soal Datin Adila sebaik saja dia melepaskan pelukan itu.

" Tu...." Terus Amir menujuk keluarga nya di belakang.

" Tok mama!!!!..." Berlari anak-anak Amir seramai 4 orang menghampiri pada Datin Adila lalu mereka berpelukan.

Alexander, Amber, Andi, aleeza. Gembira hati tuanya dapat memeluk cucu-cucu nya yang hampir setahun tidak jumpa kecuali Amir yang kadang pulang untuk melihatnya.

" Tok Mama really misses you all a lot. " Hampir menangis saja Datin Adila sambil mencium satu persatu cucu-cucunya itu.

" Mana Sofea...dia tak balik sekali dengan kamu. " Soal Datin Adila sambil mencari kelibat menantu kedua nya.

" Sofea tak ikut dengan kami tapi mungkin lusa baru Sofea balik dengan daddy. Dia teman daddy sampai ke hospital. Nanti angah sambut diorang. " Uji Amir

" Tak apa lah kalau macam tu. risau betul mama, dah setahun dia jaga daddy dia. " Muram saja Datin Adila bila dia masih belum dapat jumpa dengan menantunya.

" Tak pa, mama jangan risau angah dah upah sepasukan pengawal untuk jaga mereka berdua. Sofea kirim salam. Dia pun rindu sangat dengan mama. "

" Mama pun..."

" Let go home...." Ajak Amirul yang mahu hentikan drama air mata itu. Agar mama nya tidak melayan rasa sedihnya.

" Jom..." Terus Amir menolak troli yang membawa beg bagasi anak-anaknya itu.

********************

" So adik macam mana?, dua minggu angah tak ada ni. Dia buat Yang bukan-bukan ke. " Soal Amir sebaik saja dia duduk di taman bunga milik Datin Adila.

" So far alhamdulillah.... mungkin tinggal dengan Mak Ngah agak nya. " Jawab Amirul bila dia pun turut duduk disitu.

" Nek Wan pulak ?lepas kes dengan adik tu Dia ganggu adik ke. " soal Amir

Rupanya, dalang disebalik kes rompakan yang berlaku pada Amar itu adalah rancangan Puan Sri Zubaidah sendiri. Dia marahkan Amar menerima telefon mahal tu dari Azwan. Tak menunggu lama untuk tahu siapa pelakunya bila ketua helang merah sendiri turut ikut campur.

" Lepas ayah Yahya tahu Nek Wan penyebab kes adik tu, terus dia tarik balik pelaburan dekat syarikat Pak Su. Bukan setakat Ayah Yahya je yang keluar, semua pemegang saham tarik diri dan Syer dalam company Pak Su mukah jatuh. " Cerita Amirul

" Woow..." Terkejut Amir yang mendengar cerita abangnya itu. Tak sangka syarikat yang dah lama bertapak seperti ayah saudaranya itu, musnah dengan sekelip mata bila Tan Sri Yahya mula marah.

Hati Yang disakiti Where stories live. Discover now