[05]

2.9K 176 24
                                    

3 hari telah pun berlalu tanpa Becky sedari dan dia masih belum ada jawapan. Macam mana nak ada jawapan kalau Freen hilangkan diri?

Call tak angkat.

Chat tak balas.

Masuk kelas pun tak.

Kemana anak aunty Nun tu pergi? Dan sekarang dia tahu jawapannya. Monster tu sekarang berada di tengah padang ice hockey.

Dia sedang menikmati waktu lapangnya dengan berbaring disana tetapi terganggu dengan jeritan Becky yang kuat dan nyaring.

Budak tu telan speaker ke? Suara dia mengalahkan coach kuat dia.

"Freen Sarocha!!!"

Namanya di jerit lagi. Bukannya nak bergerak, Freen malah ketawa sebab dia tahu Becky tak mampu nak mendekatinya sekarang.

Mana boleh masuk padang ice tanpa kasut. Nak jatuh je?

"Freen!"

Akhirnya Freen mengubah kedudukannya menjadi duduk sambil menatap Becky yang sudah menyilangkan tangan. Tangannya naik memanggil Becky agar datang mendekat.

"Kita perlu bincang semua ni!"

Jerit Becky. Freen menggeleng pelan. Bincanglah panjang mana pun, pengakhirannya mesti dia dipaksa untuk menolak perjodohan ni. Padahal dia dah cakap dah yang dia akan ikut sahaja kemahuan mama dia. Walaupun dia suka dengan seseorang.

"Just 5 minutes!"

Freen menggeleng lagi dan ingin kembali baring namun ayat dari Becky membuatkan niatnya tergantung.

"We need to talk about our wedding day! Come here monster of Inari team!"

Dia tak salah dengar kan? Selalunya yang keluar dari mulut Becky adalah 'cadangan bodoh'. Dalam chat pun, dia tulis macam tu juga. Tapi kenapa hari dia cakap macam tu?

Dia dah mula setuju dengan semua ni? Di sebabkan dia ingin tahu, dia mula meluncurkan diri ke tepi padang.

"Apa tadi kau cakap? Our wedding day? Maksudnya?"

Soal Freen sebaik sahaja dia duduk di pintu masuk padang. Sedangkan Becky duduk di kerusi penonton.

"Yes! Our wedding. Aku terima semua ni tapi dengan syarat."

Freen mengerutkan kening. Syarat apa pula? Jangan cakap Becky terfikir nak buat kahwin kontrak pula.

"Syarat apa? Kalau merepek, aku takkan setuju."

Kata Freen lalu dia menerima kertas bersaiz A4 dari Becky. Setiap list dia baca satu persatu sehinggalah dia berhenti pada list nombor 5.

"Apa maksud kau dengan nombor 5 ni? Di larang untuk jatuh cinta? Maksud kau kita akan bercerai?"

Becky mengangguk kecil.

"Aku tak setuju. Aku tak nak jadi janda muda."

Kata Freen membuatkan Becky sedikit berangin.

"Kalau tak nak bercerai, kau kena layan aku macam soulmate bukan sebagai isteri."

"Nombor 6 ni apa pula? Di larang bawa masuk orang asing ke dalam rumah? Tapi dekat nombor 2, kau setuju tinggal dekat rumah aku. Itu rumah aku so suka hati aku lah kan?"

"No! Our house!"

"Wow! Percaya diri betul. Takde takde. Aku tak setuju yang ni. Lisa selalu datang ke rumah aku. Takkan aku tiba-tiba nak halang dia pula."

"Lisa di kecualikan. Bermaksud hanya kawan baik sahaja yang boleh datang. Understand?"

"Apa akan jadi kalau aku langgar semua syarat ni?"

Filter Wife [freenbecky]Where stories live. Discover now