42 ✧.*

254 18 0
                                    

"YEAY, abang menang!" jerit Qadif. Tangan kiri digenggam sebelum dibawa ke udara.

"Mana aci!" Naura turut menjerit. Tajam matanya memandang Qadif yang enak ketawa itu. Raket badminton dijatuhkan ke sisi. Ish, sebalnya.

"Aci sayang," meleret nadanya.

"Awak main tipu!" ujar Naura. Jari menunding ke muka Qadif. Qadif pula berkerut sebelum berjalan mendekati isterinya yang masam mencuka itu. Bibir juga menghamburkan gelak kecil.

"Apa pula abang main tipu?"

"Awak pukul bulu tangkis tu laju sangat," balas Naura. Mahu tidak mahu sahaja suaranya keluar. Mata pula mula berkaca. Sedih kerana dirinya kalah.

"That was a smash baby. Memanglah laju," lembut suara Qadif membalas. Bahu Naura dipaut sebelum digosok perlahan. Alahai, manja isterinya ini.

"Awak tetap main tipu!" balas Naura. Dibawa langkah menjauh dari suaminya membuatkan tangan Qadif terjatuh ke sisi begitu sahaja.

"Apa pula macam tu sayang? Abang menang tanpa penipuan. Clean match!" ujar Qadif. Sengaja mahu mengusik.

"Mess match!" jerit Naura. Berpusing semula tubuh itu menghadap Qadif. Air mata turut menitis jatuh ke tulang pipi. Membulat Qadif dibuatnya.

"Ya Allah, kenapa sampai menangis ni sayang?" tanya Qadif. Laju kaki panjang itu mendekati Naura. Pipi montel isterinya ditekup menggunakan tangan.

"Awaklah," balas Naura. Tersedu-sedan.

"You're funny sayang," komen Qadif. Naura mencebik geram. Air mata dikesat menggunakan belakang tangan. Alahai, malulah pula mahu masuk ke dalam rumah dengan muka basah.

"Jom masuk sayang. Kita mandi," ajak Qadif.

"Ish, jangan peluk sayalah. Saya merajuk ni," kerut Naura. Tangan Qadif yang melilit di pinggangnya, cuba dileraikan. Namun, tidak berjaya.

"Jomlah mandi sama-sama sayang. Kita kumpul pahala," pujuk Qadif pula.

"Ish, taknaklah," geleng Naura. Kerana geram, dikutil kuat tangan milik Qadif. Qadif pula berdesis sakit. Berkerut seribu dahinya memandang Naura yang menonong itu. Berpaling pun tidak.

SPLASH!

"Awak," Naura terlongo. Tidak berkelip mata itu memandang Qadif yang basah lencun. Qadif tergelak kecil tanpa mahu. Buat seketika sahaja sebelum rahang diketap geram.

"Sial mana ni?" gumamnya perlahan.

"Eh? Ada orang ke? Ya Allah, minta maaf. Tak nampak," ujar Qadri dari balkoni biliknya. Di tangan, ada satu baldi kosong. Bibir pula menguntum senyuman yang sengaja dibuat bersalah.

"Qadri, kau sengaja kan?" Qadif mendongak dengan cerlungan tajam. Rambut basahnya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Diketap juga bibirnya geram.

"Ya bang. Aku sengaja," balas Qadri.

"Pagi, kakak ipar! Best tak main badminton?" tanya Qadri pula. Sengaja nada suaranya dibuat ceria. Tidak menghiraukan pandangan tajam dari si abang.

"Pagi adik ipar. Best," balas Naura. Tawa yang ingin terhambur keluar, ditahan. Muka cemberut Qadif menggeletek hatinya.

"Jangan senyumlah. Sayang cantik bila senyum," tegur Qadif, perlahan. Mulut Naura ditekup menggunakan tangan. Naura berkerut. Dari memandang Qadri ke memandang Qadif pula.

"Ei, suami dayus!" kutuk Qadri.

"Kau diamlah," ujar Qadif. Tangan dialihkan dari mulut Naura. Naura pula sengaja mahu membalas dendam. Dipandang Qadri di atas sebelum melemparkan senyuman manis.

C | Dia, Lelaki TeristimewakuWhere stories live. Discover now