"OUR RELATIONSHIP" 2

5 0 0
                                    

"Ji-Ah ssi!!!" Terdengar suara yang lantang memanggil Ji-Ah dari luar.Berkali-kali dipanggil namun Ji-Ah tidah menyahut.Hal ini membuatkan Soo-Hyun risau. "Ji-Ah yah?..Bukalah pintu ini." Rayu Soo-Hyun.Tiada respon diberi.Soo-Hyun yang risau  mencuba untuk membuka pintu rumah sahabatnya dan mendapati bahawa pintu rumah itu tidak berkunci.

" Yah! Yun Ji-Ah!...Ada apa denganmu? Bagaima hal ini boleh terjadi?! . Yun Ji-Ah!! " Soo-Hyun mula panik.Dia membuat panggilan kecemasan sambil mencuba untuk menyedarkan kawannya itu.
"Ji-Ah yah.Kau tidak sepatutnya membuatku risau seperti ini"Soo-Hyum berdialog.

Waktu bersilih ganti.Jam menunjukkan pukul 10:00 malam.Soo-Hyun menunggu keputusan doktor yang merawat Ji-Ah tetapi tiada seorang doktor pun yang keluar bagi memaklumkan keadaan Ji-Ah. "Mengapakah sistem di hospital ini begitu teruk?!. Sudah berjam masa berlalu tetapi masih tiada yang datang bagi memaklumkan keadaan Ji-Ah.Jika hospital mempunyai sistem yang teruk sperti ini,baik tidak perlu dibangunkan saja!! "Soo-Hyun mula bengang dengan pihak hospital disitu.

Semasa Soo-Hyun sedang syok melayan emosinya satu panggilan telefon masuk.Terpapar nama di skrin

                    " Ji-Woo Yang Garang😈"

"Hmm Wae?"Soo-Hyun menjawab singkat.
"Neo Eodisseo?"Ji-Woo bertanya malas.
"Kenapa kau harus bertanya? Itu tidak penting.Adakah kau tahu teman wanitamu dimasukkan ke hospital?! Kau sepertinya seorang yang tidak bertanggungjawab!"Soo-Hyun tidak mampu mengawal dirinya.

Dia sangat marah dan kecewa akan sikap Ji-Woo. Dia, Ji-Woo dan Ji-Ah sudah mengenali satu sama lain sejak dari zaman persekolahan.Tidak dapat dinafikan bahawa dia memang mengetahui sikap sahabatnya yang satu ini.

"Kau lansung tidak berubah Ji-Woo ssi.Cubalah untuk mengubah dirimu ke arah yang lebih baik.Kau juga tahu mengapa kita berpisah bukan?. Ianya hanya kerana sikapmu yang tidak bertanggungjawab dan egois! Cukuplah kau sudah melukai hatiku.Jangan membiarkan Ji-Ah merasakan hal yang sama!"Tanpa disedari air mata Soo-Hyun jatuh membasahi pipi.
Suasana di dalam talian senyap.Tiada satu pun diantara mereka berani mengujarkan kata-kata selepas Soo-Hyun mengungkit cerita lama yang tidak mungkin akan dilupakan.

     
|  MENGIMBAS KEMBALI KISAH YANG LALU |

"Yah! Soo-Hyun! Bukankah kau sepatunya menungguku?" Ji-Woo berlari mengejar Soo-Hyun dengan sekuat hatinya.
"Katakan sahaja bahawa kau akan mengalah denganku dan ianya akan menjadi lebih mudah!" Soo-Hyun tertawa saat melihat telatah kekasihnya itu.

Ya memang benar.Di waktu mereka remaja dan masing masing berumur 15 tahun,Soo-Hyun dan Ji-Woo pernah menjadi sepasang kekasih dan hubungan mereka diketahui oleh semua pelajar bahkan guru-guru yang mengajar di sekolah itu.

Sekolah Menengah Yu-rim,Seoul.Disitulah titik pertemuan mereka.Mereka menjalani hubungan yang sangat romantis hingga membuatkan semua pelajar di sekolah itu berasa tidak puas hati dengan Soo-Hyun kerana telah merampas putera idaman mereka yang diibaratkan putera yang bakal membawa pergi Cinderella bersamanya.Siapa sahaja yang tidak menginginkan jejaka yang peramah,bijak dan rupawan itu?..Tentu saja wajar mereka cemburu dengan Soo-Hyun yang memiliki lelaki yang boleh dikatakan "BOYFRIEND MATERIAL" itu.

Tetapi sayangnya hubungan itu hanya bertahan setahun sahaja.Ji-Woo memutuskan hubungan mereka hanya kerana terpikat dengan gadis yang merupakan pelajar baru di sekolah mereka tak lain tidak bukan,gadis tersebut merupakan Ji-Ah.Ianya mungkin kedengaran kejam.Tetapi itulah yang berlaku di antara mereka.
Sampai sekarang Ji-Ah tidak pernah mengetahui hal ini kerana Ji-Woo pernah mengatakan bahawa dia masih berasa bersalah atas tindakan yang dilakukannya ke atas Soo-Hyun.Sebagai tanda maaf,dia membenarkan Soo-Hyun untuk terus rapat dengannya tetapi dia tidak membenarkan Soo-Hyun untuk menceritakan apa yang telah berlaku antara dia dan Soo-Hyun sebelum Ji-Ah memasuki sekolah itu sebagai pelajar baru.

Setelah sekian lama Ji-Woo akhirnya kembali menyambung perbualan dalam telefon.

"Soo-Hyun.Aku dan Ji-Ah telahpun berpisah 2 minggu yang lalu." Ji-Woo berkata dengan nada yang lemah.

To be continued....

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now