"THE PROMISE" 3

0 0 0
                                    

Soo-Hyun menggapai tangan Ji-Woo dan membawanya keluar untuk berbincang.Ji-Woo berasa rimas dan marah kerana Soo-Hyun melarangnya untuk mendekati Ji-Ah.

"Ji-Woo yah.Jangan mendekatkan dirimu dengan Ji-Ah.Ingatannya masih belum pulih.Jika dia mengetahui hal itu,kesihatannya kembali terjejas."jelas Soo-Hyun.
Ji-Woo menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
"Aku sudah cukup baik untuk tidak memperjelaskan hal itu.Aku hanya ingin tahu apa hubungannya dengan Yo-Jun adik tiriku.Kau juga sudah jelas bukan?.Aku pernah memberitahumu bahkan aku telah menunjukkan gambarnya kepadamu.Itu lebih terang dari kenyataan!."tegas Ji-Woo panjang lebar.
"Ya aku tahu tetapi keadaan tidak memihak kepada kita.Kau menyayanginya bukan?.Begitu juga denganku."balas Soo-Hyun.

"Dia kekasihku.Adakah alasan itu sudah cukup jelas untukmu?.Oh ya,itu bukan alasan tetapi kenyataan yang tidak dapat dielakkan.Meskipun dia pernah menjadi teman wanitamu bukan bermaksud kau boleh menjadikan dia milikmu selamanya.Umumnya seperti sekarang.Dia telah pun menjadi milikku."Yo-Jun membuat  Soo-Hyun berasa sangat marah.Tetapi Soo-Hyun hanya mampu bersabar kerana dia tidak ingin Ji-Ah keliru tentang situasi ini.

"Jadi dia adalah abang tirimu?"tanya Ji-Ah kepada Yo-Jun.
"Tentu saja.Tapi hubungan aku dan dia bukan seperti yang kau fikirkan.Dia hanyalah anak luar nikah."Ji-Woo menjawab dengan lantang.
"Meskipun dia anak luar nikah dia tidak sepertimu.Dasar egois!"Ji-Ah membela Yo-Jun.

Ji-Woo berasa sangat marah dengan kelakuan Ji-Ah.Dia faham bahawa Ji-Ah telah hilang ingatan kerana peristiwa itu tetapi baginya tindakan Ji-Ah membela adik tirinya adalah keterlaluan.Ji-Woo menoleh dan melihat wajah Yo-Jun tersenyum sinis di belakang Ji-Ah.Soo-Hyun yang turut memandang Yo-Jun berasa risau akan keselamatan Ji-Ah jika terus menjalinkan hubungan dengan lelaki yang ego sebegitu rupa.

Ji-Ah yang masih kecewa kerana kekasihnya diperlakukan tidak adil berlalu pergi meninggalkan tempat itu.Begitu juga dengan Yo-Jun.Dia sempat menoleh ke arah Soo-Hyun dan memberikan senyuman yang sinis.Ji-Woo yang tadinya berdiri di samping Soo-Hyun mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail satu nombor yang tidak dikenali.

"Jalankan tugasmu.Kau tahu bahawa Kim Yo-Jun sudah kembali bukan?.Ikut sahaja rancangan kita sebelum ini.Jangan biarkan apa-apa perkara terlepas.Jika aku mengetahui ada satu rancangan yang gagal dilaksanakan oleh kamu semua,bersiap sahaja untuk MAMPUS di kemudian hari."perintah Ji-Woo.
Ji-Woo mengakhiri perbualan telefon dan meninggalkan Soo-Hyun yang masih lagi berada di hadapan pintu rumahnya.

Tidak lama kemudian,telefon Soo-Hyun berdering.
Hal ini amat mengejutkan Soo-Hyun kerana dia termenung semetara waktu.Tanpa memeriksa nama yang terpapar di skrin telefonnya Soo-Hyun mengangkat panggilan dengan laju.

"Nae,anyeonghasseo,siapakah ini?"tanya Soo-Hyun lembut.
"Eonnie anyeong,Na Yah...Kim Yo-Jun.Simpanlah nombor ini untuk keperluan di waktu susah nanti."pesan Yo-Jun dengan perasaan yang berpuas hati.
"Apa yang kau mahukan dari Ji-Ah!"marah Soo-Hyun.
"Tunggu sahaja..Kau pasti akan mengetahuinya satu hari nanti."Yo-Jun mematikan telefonnya serta merta.
Soo-Hyun kaku.Apakah yang dimaksudkan begitu satu hari nanti?.Adakah dia akan melakukan sesuatu yang buruk terhadap Ji-Ah?

To be continued.....

LOVING YOU (complete)✓Where stories live. Discover now