BAB 45✨

4K 151 5
                                    

Melihat si isteri yang sibuk ke sana ke sini di dapur membuatkan Emir mengukir senyuman. Tadi dia lihat makwan dan Suraya tengah menyiram pokok di luar. Mungkin Hanan yang tak membenarkan mereka bekerja di dapur. Emir melangkah menghampiri Hanan dan memeluknya dari belakang. Pipi gebu isterinya itu dicium lembut.

"Abang ni kan...kalau Hanan tersimbah sup panas ni macam mana? Terkejut Hanan tau." Pecah ketawa Emir melihat wajah cemberut Hanan.

"Hanan masak apa untuk tetamu Hanan hari ni?" soal Emir. Pelukan itu masih dia tak lepaskan.

"Hanan masak nasi ayam. Diorang request nak makan nasi ayam. Punyalah Hanan fikir nak masak yang lagi best untuk diorang. Tapi itu juga yang diorang nak makan," bebel Hanan sampai tergeleng kepalanya.

Emir ketawa lagi. Isteri dia...comel sangat!!! Tengah bebel macam ni lagi nampak comel. Kalau obses dengan isteri sendiri tak apa kan?

"Abang...lepas lah Hanan nak ambil garam ni. Sup ni tak cukup masin," kata Hanan. Bukannya Emir nak melepaskan dia, tapi malah mengeratkan pelukan.

"Kita gerak sama-sama," kata Emir. Hanan menghela nafasnya. Geram betul dengan suami dia ni. Akhirnya Hanan bergerak di dalam pelukan Emir. Ke sana ke sini dalam pelukan Emir. Emir tak mahu lepaskan dia. Naik rimas Hanan di buatnya.

"Cuba abang rasa." Hanan suakan sudu ke mulut Emir. Barulah Emir meleraikan pelukan untuk merasa sup yang dibuat oleh isterinya.

"Ada yang kurang," kata Emir setelah merasa sup itu.

"Eh yeke? Kurang apa?" soal Hanan. Sekali lagi mencuba sup yang dibuat olehnya. Hanan mengerutkan kening. Okay je rasa sup ni.

"Okay jelah, abang. Apa yang kurangnya?" soal Hanan polos. Dia nampak Emir sedang tersenyum. Tapi dia tak faham kenapa Emir tersenyum setelah mencuba supnya. Pasti Emir mahu kenakan dia.

"Kurang ni," cup! Bibir merah Hanan menjadi sasaran. Pipi Hanan mula bertukar merah seperti tomato. Argh suami dia ni!!

"Abang ni...sukalah buat Hanan macam ni." Hanan memukul lembut dada Emir.

"Sampai bila kitorang nak kena tengok korang buat drama akasia ni?" tegur seseorang.

Hanan dan Emir berpaling ke arah suara itu. Ada Fazlin, Ayana dan Bella yang sedang berpeluk tubuh. Emir menggosok belakang leher sambil tersenyum malu. Macam manalah dia boleh tak perasan kawan-kawan Hanan berada disitu. Dia memang malu sikit kalau dengan kawan-kawan Hanan. Kecuali ada Hafiz, Tengku Fahrin dan Adam. Kuranglah sikit malu dia. Sebab tiga lelaki itu kadang tak tahu malu nak beromantik dengan isteri. Dia pun dah terikut dengan perangai mereka bertiga.

"Faz, yana, Bella. Bila korang sampai?" soal Hanan.

"Sempatlah makan kuaci sambil layan drama korang tadi," jawab Ayana kemudian melangkah menuju ke arah mereka berdua.

"Hanan...abang pergi depan dulu ye?" pinta Emir. Hanan sekadar membalas dengan anggukan sebelum Emir beredar pergi.

"Amboi...tengah masak pun nak berkepit je. Berbulu mata aku tengok kau dengan Emir tadi," perli Ayana.

"Biarlah aku nak berkepit dengan suami aku sendiri. Bukannya suami orang," balas Hanan sinis. Sibuk betullah kawan-kawan dia ni. Nak bermanja dengan suami pun tak senang. Ceh! Tadi kata rimas.

"Macam kau sorang jelah ada suami," sampuk Bella pula.

"Entah kau ni. Mengada betul sejak dah berbaik dengan suami," kata Fazlin bersama tawanya.

"Diamlah mak buyung sekalian. Daripada korang nak sibuk hal aku. Baik tolong aku. Nah potong timun dengan tomato ni," suruh Hanan sambil menolak timun dan tomato yang siap dibasuh.

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now