"Hai kakak ipar. Apa cerita semalam?" usik Zuhail yang sedang makan dimeja.
Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah turut mengangkat muka memerhatikan pengantin yang baru turun itu.
Memerah muka Mikayla apabila dirinya ditenung Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah. Zarif buat tidak endah dan menarik tangan Mikayla untuk ke meja makan.
"Cerita apa Zuhail?" tanya Puan Sri Sharifah pelik.
Zulfa sudah menekup mulutnya sendiri. Menahan tawa.
"Hahaha, mama tanyalah pengantin baru tu."
Mikayla sudah menjeling Zuhail dengan muka bengang. Tak boleh simpan rahsia langsung monyet itu.
"Kenapa Zaf? Ada benda jadi ke? Mika okay ke?" Puan Sri Sharifah sudah mula risau.
"Eh takde apa lah ma. Mika okay jer." cepat cepat Mika menjawab. Matanya tajam memandang Zuhail yang sudah tersengih.
"Zuhail, tak payah di usik orang baru kahwin. Sibuk aje kamu ni. Ada babah nikahkan kamu jugak baru kamu tahu." bebel Tengku Zaid.
"Si Zuhail tu kepochi. Bukan mama babah tak tau anak mama dengan babah tu." kata Zarif pula sambil menarik kerusi untuk Mikayla. Dia turut melabuhkan duduk di kerusi sebelah Mikayla.
"Haih Zuhail ni." ujar Puan Sri Sharifah geram.
"Surti, hulurkan oren tu kejap." kata Puan Sri Sharifah.
"Mika makanlah."
"Kamu ada apa apa plan ke harini Zarif?" tanya babah.
"Tak ada apa pun bah. Zaf plan nak duduk rumah jer." ujar Zarif sambil menyuap nasi lemak yang dimasak Kak Nab.
"Hmm okaylah tu. Rehat rehat dulu. Isnin babah bagi cuti tapi Selasa ada meeting so Zaf kena masuk kerja jugak." ujar Tengku Zaid.
"Hmm okay jer bah."
"Mika, sorry yer babah tak bagi Zarif cuti lama-lama. Nanti babah bagi anak babah ni cuti lama sikit lepas banyak kerja dah settle." ujar Tengku Zaid.
Mika mengangguk. Dia okay jer. Lagi bagus Zarif pergi kerja.
"Haah, mama dengan babah nak sponsor honeymoon korang nanti. Tunggu Zarif cuti lama sikit yer Mika." ujar Puan Sri Sharifah pula.
Mika yang mendengar terus laju mengangguk. Uish honeymoon. Tak apa biarkan honeymoon tu lambat lagi. Dia tak ready nak berhoneymoon bagai dengan Zarif sekarang. Moga babah bagi kerja banyak banyak sikit dekat lelaki itu.
Zarif pandang wajah isterinya yang nampak lega dengan muka tidak puas hati. Nampak happy betul dia kena masuk kerja awal. Nak kena ni.
Selesai bersarapan mama dan babah naik ke bilik untuk berehat. Tinggallah Zarif, Mikayla, Zulfa dan Zuhail di meja.
"Pengantin perempuan kenapa lari semalam?" sakat Zuhail. Dari tadi lagi dia menunggu mama dan babahnya bangun. Dia sudah tidak sabar untuk menyakat Mika dan abangnya itu.
"Bongoklah kau." bentak Mika.
"Gatal nak kahwin tapi malam pertama lari pulak, apa kes?" ejek Zuhail lagi.
Mika sudah menayang penumbuk. Geram diejek begitu. Bila masa dia gatal.
"Tak merasa lah Zarif malam pertama semalam." kata Zuhail sambil tergelak gelak.
Zulfa hanya diam. Tak berani lah dia nak masuk campur dengan aktiviti menyakat Zuhail pagi ini sebab dia juga terlibat semalam.
"Baik kau diam Zuhail sebelum aku sumbat kau dengan telur rebus ni." ugut Zarif. Serabut dia dengar.

YOU ARE READING
The Forced Fame [COMPLETE]
Mystery / ThrillerTengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me." - Mikayla "Then, enlighten me the real you." Tengku Zarif "Sometimes we create our own heartbreaks...