Vila Presidential Nusantara, The Apurva Kempinski, Bali
Berbaki 3 hari lagi mereka di Bali. Hari itu mereka akan berpindah hotel. Mereka akan tinggal di tempat penginapan baru selama 3 hari 2 malam. Zarif sudah menempah Vila Presidential Nusantara di The Apurva Kempinski, Bali. Villa mewah itu mempunyai 3 bilik tidur yang gah. Cukuplah untuk memuatkan adik adiknya bersama untuk tidur di situ.
Zarif membayangkan dia dan Mikayla akan beromantis di Villa mewah itu berdua sahaja tapi lain pula yang terjadi. Adik-adiknya itu sampaikan trip bulan madu dia dengan Mikayla pun mereka nak menyibuk sama. Penat kena kongsi isteri kesayangan dengan adik adik.
Sampai sahaja di The Apurva Kempinski, mereka dilayan penuh hormat. Mungkin staf di situ terus dapat mengagak yang mereka berempat bukan kaleng kaleng tetamu. Tak ramai yang menempah vila paling mewah itu.
Mikayla dan Zulfa sudah teruja. Masuk sahaja ke villa, mereka berdua langsung melangkah laju memeriksa setiap ruang yang ada. Terlampau mewah dan cantik vila yang ditempah Zarif itu.
Villa dua tingkat itu mempunyai 3 bilik tidur. Di mana bilik tidur utama di tingkat bawah berserta infinity pool sepanjang 18 meter. Di tingkat atas pula ada 2 bilik tidur , malah turut tersedia satu lagi infinity pool sepanjang 8 meter di tingkat itu. Villa itu berada betul betul di tepi pantai dan mempunyai kawasan ruang yang luas serta dapur yang lengkap.
"Mika nak tidur dengan Fafa dekat bilik ni!" ujar Mika kuat supaya didengari oleh Zarif. Sudah 3 hari dia tidak dapat tidur yang cukup gara-gara Zarif. Mereka ketika itu berada di bilik paling hujung di tingkat atas. Bilik itu bersambung dengan kolam renang infiniti.
"No! Siapa cakap sayang boleh tidur dengan Fafa? You with me!" selar Zarif yang sudah bercekak pinggang. Isterinya itu memang sudah plan awal awal untuk lari dari dia rupanya.
Mika laju laju menarik Zulfa merapati.
"No, Mika nak jugak tidur dengan Fafa!" bentak Mikayla juga sambil memeluk erat tubuh Zulfa.
Mikayla memberi isyarat mata kepada Zulfa untuk sama sama memujuk Zarif.
Zulfa yang dapat membaca isyarat itu cepat cepat membuat muka comel ke arah Zarif.
"Abang, abang dah berkepit dengan Mika dah 3 hari dah... Bagi lah Fafa pulak dengan Mika..." rayu Zulfa.
"Eh, bila masa abang boleh berkepit berdua jer dengan Mika? Fafa yang selalu culik Mika dari abang! Patutnya ni honeymoon abang dengan Mika, Fafa dengan Zuhail jer menyibuk." bebel Zarif. Dia melangkah mendekati mereka berdua.
"AH NO! NO! NO!" laju Zulfa menjerit sambil memeluk tubuh kakak iparnya erat apabila dilihatnya Zarif mendekati mereka dan cuba menarik Mikayla.
"HEY budak! Ni isteri abang tau!" ujar Zarif dengan nada tinggi sambil menarik tangan Mikayla. Mikayla cepat cepat menepis tangan Zarif. Dia menggeleng-gelengkan kepala ke arah Zarif tanda tidak mahu.
"No, my love. You with me!" ujar Zarif sebelum diangkut tubuh Mikayla seperti guni beras. Mikayla meronta ronta dan memukul belakang Zarif.
"ABANGGGG!!!" Jerit Zulfa dan Mikayla serentak. Zarif buat tidak endah dan membawa tubuh Mikayla keluar dari bilik itu. Mereka terserempak dengan Zuhail yang baru naik ke tingkat atas. Zuhail sudah tersengih melihatkan keadaan itu. Dia menggeleng gelengkan kepala apabila turut didengari suara bengang Zulfa yang sedang membebel di dalam bilik hujung.
Sampai di bilik bawah, tubuh Mika diletakkan di atas katil oleh Zarif.
"Eee, Mika nak jugak tidur dengan Fafa!" bebel Mika. Mukanya tak usah dikata. Cemberut habis.
YOU ARE READING
The Forced Fame [COMPLETE]
Mystère / ThrillerTengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me." - Mikayla "Then, enlighten me the real you." Tengku Zarif "Sometimes we create our own heartbreaks...