Bab 4🍂

95 12 5
                                    

Pada malam itu,Bella berada di dalam bilik sewa miliknya. Tiba tiba kedengaran suara pintu yang di ketuk seseorang.

Tuk..tuk...tukk...

Bella membuka pintu, dia terkejut melihat seorang lelaki yang bermata biru dengan keadaan seperti 'mabuk' terus masuk ke dalam bilik itu.Dia menilik wajah lelaki itu.Dia rase dia kenal dengan lelaki ini.Setelah dia mengingati kejadian beberapa hari yang lalu akhirnya dia ingat jejaka dihapannya sekarang.Ya! Lelaki ini yang menolongnya dengan Zoe haritu! Dia juga ingat Lelaki ini yang ada di shopping mall tadi dengan kekasihnya yang buat kekacauan!

Encik,are you okey?tanya bella.
You smell good dear.please help me.dia menjawab dengan suara yang kedengaran agak garau .
Sorry sir, this is my room not your room.where's your room?-bella

Tanpa ada jawapan dari lelaki itu,dia terus menolak bella sehingga masuk ke dalam bilik itu.Lelaki itu mula mencium wangian darinya.Bella terkejut terus dia menolak lelaki itu sehingga jatuh ke lantai.Bella terkejut dan terus menolong lelaki itu dengan memapah menuju ke sofa.Bilik sewanya memang agak besar jadi Bella membeli sofa untuk dia berehat di situ

Disebabkan oleh badan Daniel yang kuat jadi effect pil perangsang itu tidak terlalu bekerja..hanya sekadar badannya berasa panas, badannya menggigil dan kepalanya yang sakit berdenyut denyut sehingga dia tertidur.

Bella mengambil selimut untuk menutup badan lelaki itu kerana takut kesejukan semasa tidur di ruang tamu.Bella menekup belakang tangannya di dahi lelaki itu,dia agak lelaki ini tidak sihat dan bella terus mengambil tuala kecil dengan air yang berada di dalam besen untuk meletakkan di atas dahi lelaki itu.

Bella meneliti seluruh wajah lelaki itu.Sungguh handsome lelaki yg berada di hadapan matanya sekarang.mempunyai hidung yang sedikit mancung,bibir berbentuk dengan sempurna dengan bibir yang berwarna merah delima itu.Bella berasa bersalah kerana membenarkan lelaki yang tidak dikenalinya tidur sebumbung dengannya.Walaupun lelaki itu tidur di sofa,dan Bella tidur di atas katil dia tetap berasa tidak selesa.

Sebagai seorang beragama Islam dia tidak sepatutnya berbuat sedemikian, tetapi niatnya yang ingin membantu dan berasa kasihan terhadap lelaki itu dia membenarkan lelaki itu tidur di sofa hanya untuk satu malam sahaja.Bella merasa matanya sangat berat menandakan dia sudah mengantuk lalu dia pergi meninggalkan lelaki itu yang tidur di sofa manakala Bella tidur di atas katil miliknya.

Keesokan paginya...

Telefon bella berbunyi menandakan sudah masuk waktu solat subuh.Dia membuka telefon miliknya untuk melihat jam.jam menunjukkan pukul 5.30 a.m.Bella terus mandi membersihkan diri untuk solat subuh.

Selepas solat,dia sambung dengan mengaji,itulah rutin setiap paginya.Sebagai seorang Islam kita hendaklah menjaga hubungan dengan Allah SWT supaya hidup kita diberkati Allah.

Selepas itu,dia ingin keluar untuk membeli sarapan.Dia melihat lelaki itu masih tidak sedarkan diri, dia terus keluar bilik untuk membeli sarapan di salah satu kedai langganannya. Hampir setiap hari dia datang ke kedai itu kerana dia tidak sempat untuk membuat breakfast dan rasanya sedap dengan harganya yang murah.Berbaloi! Memang puas hati betul kalau beli di kedai itu.

Kak mah,Bella nak nasi lemak dua dengan karipap 2 ringgit bungkus ye.

Okey tunggu sekejap ye Bella.Nah ni nasi lemak kamu

Berapa ye kak?

Total Rm 6.00

Bella mengeluarkan duit RM 10.00.Baki akak ambil je ye saya sedekah

Terima kasih bella.semoga murah rezeki kamu.

Bella kembali ke bilik sewanya.Jam menunjukkan pukul 7.00 a.m. Dia bersarapan terlebih dahulu sebelum lelaki itu bangun.Selepas sarapan dia mengejutkan lelaki itu.Dia risau jika jiran -
jirannya nampak seorang lelaki dalam bilik sewanya tanpa ada hubungan yang sah.

Bella diam seketika,dia terlupa dengan nama Lelaki dihapannya ini jadi dia panggil awak sahaja sopan bukan...

Awak..awakk bangunnn..

Erghh.. lelaki itu membuka matanya.dia agak terkejut dengan kehadiran seorang perempuan yang bertudung di hadapannya sekarang

Siapa kau?macam mana kau boleh ada dekat sini? rumah siapa ni? Aku kat mana?bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada bella

Bella agak terpinga-pinga dengan soalan yang diajukan oleh lelaki itu.dia tidak tau mahu menceritakan kejadian sebenar bagaimana tetapi dia harus menceritakan dengan tenang juga.Dia risau lelaki itu akan marah.

Awak ketuk pintu saya semalam minta tolong.Saya bukak pintu tengok keadaan awak yang agak pelik.Lepastu awak terus jatuh pengsan depan pintu saya.saya papah awak letak kat sofa ni.-Terang Bella dengan jelas tentang kejadian malam semalam.

Kau perangkap aku kan perempuan!
Kau tipu kan! Kau bersubahat dengan diaorang kan! Dasar kau perempuan murah! Kau buat ape ha!!-Tiba- tiba bella dijerkah dengan lelaki itu

Baru bella ingin membuka mulut mempertahankan dirinya tiba-tiba kedengaran suara pintu yang diketuk oleh seorang.. Dengan pantas Bella menuju ke pintu tersebut dan membuka pintunya

Beberapa orang datang kerumahnya.Bella terkejut dengan kehadiran beberapa orang pegawai pejabat agama.Dia berasa takut sekarang.

Kami terima aduan ada seorang lelaki dan perempuan yang berada dalam bilik sewa ni tanpa ada ikatan yang sah.(kena tangkap khalwat)

Terus terbuntang mata Bella dan lelaki bermata kelabu itu.Bella berusaha untuk menceritakan kejadian sebenar tapi malangnya pegawai itu menyuruhnya untuk pergi ke pejabat agama untuk perbincangan lanjut.

Setibanya di pejabat tersebut.Cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah lelaki itu diminta untuk bertanggungjawab atas tuduhan itu.Jalan satu-satunya ialah mereka terpaksa berkahwin.

Lelaki bermata kelabu itu diam di tempat duduknya tanpa ingin membantah.Bella dengan sedaya upaya ingin meyakinkan pegawai itu bahawa mereka tidak berbuat perkara kotor tersebut.Bella sudah menitiskan air matanya.Dia sudah tidak tahu ingin berbuat apa untuk membuat pegawai itu percaya kepadanya.

Bella buntu,dia tidak tahu bagaimana hendak menceritakan kejadian ini kepada keluarganya.Dia takut keluarganya bencikannya.Dia terus menangis tanpa henti kerana merasa gagal sebagai seorang anak.

Pegawai disitu menyuruh mereka untuk menelefon keluarga masing-masing untuk membincangkan kes ini.Setelah beberapa minit, ibu bapa lelaki bermata kelabu itu datang bersama 2 orang lelaki muda mungkin kawan anak lelaki mereka

Setelah ibu dan abang Bella tiba, Abang Bella melihat keadaan adiknya,mata sudah bengkak dan merah akibat menangis.Bella menjadi gerun apabila abangnya melihat dia begitu.Aura abangnya kali ini lebih seram dan menakutkan.dia jarang nampak abangnya marah tapi kalau keadaan seperti ini dia sudah mengagak apa yang akan berlaku

Ibu Bella sudah menangis mendengar kejadian tersebut.Dia terus menghampiri anaknya lalu memeluknya dengan erat dia yakin anaknya tidak buat perkara kotor itu kerana bella sudah di didik dengan baik sejak kecil lagi.Jarang sekali anaknya ini membuat masalah lagi-lagi tentang kejadian seperti ini dia tidak sangka perkara ini akan terjadi terhadap anaknya.Bella rasa malu dengan ibu dan abangnya.. tetapi dia lega kerana ayahnya tidak ada disini, kepergian ayahnya adalah takdir.jika ayahnya masih hidup sudah pasti ayahnya akan marah besar dan berasa sangat sedih.

Sementara menunggu keputusan daripada kedua pihak, Bella masih tidak percaya tentang kejadian ini... dia rasa seperti mimpi.jika mimpi tolong bangunkan aku daripada mimpi seram ini.Dia terus berdoa supaya mendapat penyelesaian yang terbaik untuk dirinya dan lelaki bermata kelabu itu.

Badannya sedikit tersentak apabila abangnya mencuit bahunya.Dia melihat lelaki bermata kelabu berada di belakang abangnya.Dia menundukkan kepalanya takut untuk memandang kedua-dua jejaka di hadapannya sekarang.

Hasil daripada perbincangan tadi, kedua-dua belah pihak bersetuju dengan cadangan itu.Mereka akan berkahwin.Dari raut wajah lelaki itu nampaknya dia tidak bersetuju dengan perkahwinan ini.Tapi inilah yang terbaik untuk mereka.




Hey guys... Jangan lupa untuk comment share and vote!
Terima kasih!

MR HEARTLESS Where stories live. Discover now