18💥

1.4K 81 2
                                    

Anna termenung memikirkan Elnara. Melihat Elnara seolah melihat kebalikan dari sifat Luth, ibu dan ayah. Mereka bertiga baik budi pekertinya. Tidak seperti Elnara yang kasar.

Lamunan Anna terhenti kala mendengar suara Luth memanggil dirinya. Sedari tadi dia memang berdiri dimuka pintu. Menatap Luth yang sedang mengambil beg di bonet kereta.

"Sayang, jangan fikirkan sangat tentang tadi ya?" Jujur dihati Luth kala ini risau dengan keadaan sekarang. Andai Anna memang terasa hati, dia sudah gagal menjadi seorang suami yang sudah berjanji tidak akan menyakiti atau membiarkan hati kecil itu terluka.

"Tak adalah, Anna ok je. Tengok ni, Anna senyum kan?"

"Jangan tipu abang, sayang. Senyuman sayang tu takkan menipu abang. Abang minta maaf ya?"

Anna menghampiri Luth. Lengan Luth dipeluk erat. "Mana ada, Anna betul ok. Tak apa. Mungkin dia terkejut tengok Anna." Luth tersenyum. Pipi sang isteri diusap sayang.

Tiba-tiba, iPhone milik Luth berdering minta diangkat. Anna ketepi sebentar untuk memberi laluan Luth bersuara.

"Dah sampai ya? Baiklah, saya kat luar. Pakai baju putih." Anna mendengar sambil mendiamkan diri. Mungkin ada barang yang nak dihantar kepada Luth.

"Jom, abang hantar sayang kebilik kita." Anna mengangguk lalu berjalan mengikuti Luth. Ingin menolong angkat beg sekali. Tetapi Luth melarang. Katanya tak mahu Anna kepenatan.

Pintu yang berwarna coklat keemasan itu dipandang sebentar sebelum dibuka dari luar oleh Luth. Anna terpaku menatap bilik Luth yang sungguh indah rekaannya. Sama seperti rumahnya, bilik ini tak terlalu banyak perabot.

"Bilik bujang kan, haha." Luth tertawa sendiri. Lagipun bilik ini memang tak punya banyak barang. Dia tidak suka tempat yang berserabut, rasa macam tak bebas.

Anna berjalan kearah katil bersaiz king yang terletak ditengah bilik. Dihadapannya pula ada TV yang dipasang indah. Anna tersenyum. Luth memang seorang yang simple. Barang yang perlu sahaja ada didalam bilik.

Anna berhenti lalu menatap dinding yang kosong tanpa ada gambar tergantung disana. Anna kerutkan dahi. Kenapa Luth membiarkan dinding ini kosong tak berpenghuni?

"Abang saja kosongkan dinding ni. Senang nanti kalau dah ada anak. Abang nak ajar mereka conteng-conteng kat sini. Hehe." Kata-kata Luth membuatkan Anna menatap kearah Luth lama.

Sedikit sakit kala mendengarnya, pasti Luth mahukan anak. Tapi dia... masih belum bersedia.

"Sayang fikir apa tu?" Anna menggeleng laju. Dipukul pelan kepalanya. Boleh tak sekali sahaja otak ni jangan berfikir yang bukan-bukan.

"tak ada apa-apa." Anna senyum tipis. Dia langsung bergerak kesekitar bilik. Menatap satu persatu hal yang berada disana.

Tiba-tiba iPhone Luth berdering lagi. Tak tunggu lama, Luth langsung pergi meninggalkan Anna yang terpingga-pingga.

Sambil menunggu Luth, Anna duduk dikatil empuk milik Luth. Merenung siling bilik mereka sebelum terbaring kepenatan. Duduk didalam kereta beberapa jam membuatkan tubuh badannya berasa sakit-sakit.

Mata dipejamkan sekejap. Mencuri masa untuk tidur sambil menunggu Luth yang pergi entah kemana. Tapi, Anna malah tertidur walau tak sampai 10 saat dia menutup mata.

***

"Meow, meow." tidur Anna terganggu kala bulu-bulu lembut menepuk-nepuk mukanya. Bagai menyuruh dirinya bangun dari lena.

"Meow." Lagi sekali bunyi kucing mengiau. Anna berasa aneh. Apa ini mimpi? Tapi dia dapat merasai ada bulu-bulu sedang bermain diarea mukanya. Tak tunggu lama, Anna langsung buka matanya lebar. Menatap kearah empunya suara yang dari tadi mengiau tak berhenti.

Luth HuzaimanWhere stories live. Discover now