Aqeef|Aira 1🌹

348 20 2
                                    

JAM menunjukkan sudah masuk pukul 12.30 tengah hari,Haris mengajak Aqeef untuk keluar makan memandangkan sekarang tengah lunch hour,dia ingin mengajak  Aqeef untuk makan sekali.

"Weh Qeef, jom teman aku makan kat restoran yang baru bukak kat bawah tu" ajak Haris.Seketika itu, Aqeef menurunkan anak matanya kearah jam yang ditangannya.

"Jom la, aku pun dah lapar ni, lagi pun dah masuk lunch our ni" kata Aqeef. Mereka berdua pun bergerak meninggalkan ruang kerja mereka yang agak berselerak angkara terlalu banyak kertas-kertas kerja yang perlu disiapkan.

Sesampai sahaja di restoran tersebut,Haris dan Aqeef memesan makanan yang agak terkenal di restoran tersebut.

Sementara menunggu makanan mereka sampai,Haris menghembuskan keluhan kasar.
"Dah kenapa kau ni tiba-tiba je mengeluh macam tu?" tanya Aqeel kepada Haris."Mak aku tu, dia asyik dok tanya bila nak bawak menantu datang rumah, tu yang aku kusut sikit tu, yela kau tau je la kan kita ni kerja macam mana, bukan senang nak cari perempuan yang faham skop kerja kita ni"keluh Haris.

"Ade je perempuan yang faham skop kerja kita ni, tapi kau je yang malas nak cari sebenarnya" sindir Aqeef.

"Wah kau cakap macam kau dah ada bini eh, cakap orang dia pon sama" bidas Haris."Ni kau ni cakap orang kau tu dah ade ke?"tanya Haris kepada Aqeef

"Actually,umi aku pun dah bising sebab tak cari menantu untuk dia lagi, tapi aku malas la nak cari,Ris " kata Aqeef.

"Nampaknya nasib kita sama lah Qeef" keluh Haris sekali lagi. Dalam mereka rancak berborak, makanan yang dipesan tadi sudah pun sampai di depan mata.

"KAU tau tak sebab kau adik kau Aleeya dah takda atas muka bumi ni?!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"KAU tau tak sebab kau adik kau Aleeya dah takda atas muka bumi ni?!.Sebab kau aku hilang satu - satunya anak yang aku rasa paling rapat dengan aku dekat dunia ni?!" Tempikan dari ibunya itu singgah ke gegendang telinganya.

"Kau tau tak aku menyesal sangat lahirkan kau atas muka bumi ni?! Selama kau hidup kau tak pernah bawa kebahagiaan dalam hidup aku! Apa yang kau bawa adalah bala semua nya kau tau tak?! Aku takda anak tak guna macam kau! Kau keluar dari rumah aku sekarang! Keluar! " Tempik puan Dahlia Zafirah.

Tuan Zainal Hakimi iaitu ayah kepada Aira hanya melihat sahaja isterinya menghalau anaknya tanpa rasa bersalah, memang itu yang dia nak pun , sebab anak tak guna itu jugalah yang menyebabkan syarikatnya merudum jatuh

Ainara Hani juga hanya melihat kakaknya dihalau oleh ibunya, kalau dia ada dalam rumah ni pun bukan boleh mendatangkan apa pun, bala je semua , betullah ibu cakap kau ni anak tak guna, bukan anak je, akak tak guna sekali

Dengan rasa sangat sedih dan kecewa, Aira keluar juga daripada rumah itu. Sememangnya dari dulu lagi dia diperlakukan seperti tempat menghilangkan amarah ibu,bapa dan kakak nya.

Dari dulu lagi dia sudah serious dengan segala deraan yang diperlakukan terhadap tubuh kecil itu. Ditampar, dipijak, dilibas, dikurung tanpa sebarang makanan pun sudah dia rasa sebelum ini.

"Wei Aira!,kau kenapa ni? Dari tadi aku tengok kau termenung ja, kau asal, ade masalah share je la ngan aku" kata Mardhiyah lembut.

Mardhiyah ialah satu-satunya kawan baik yang Aira ada dan percaya. Cara dia bercakap mungkin agak kasar, tetapi hatinya sangat baik

"Hah! Haish kau ni ! Terkejut aku! Takde ape-apelah Mar, aku okay" tipu Aira. "Yeke kau okey ni, aku bukan ape la, cuma dari tadi aku tengok kau dok kacau air tu tak minum - minum dah kenapa? " tanya Mardhiyah curiga

"Takde ape-ape lah , aku okay" tipu Aira sekali lagi. "Kalau macam tu okay la aku nak naik atas kemas barang kejap, jap lagi aku turun balik eh? "Kata Mardhiyah sebelum meninggalkan Aira di dapur seorang diri

" Ha yelah, kau dekat atas tu kemas barang jangan nak berangan pulak eaaa"laung Aira kuat.

"Alaaa, sekali sekala berangan, apa salah nya " kata Mardhiyah sambil tersengih

"Kau punya sekali sekala tu sampai tahun depan tak habis-habis " sindir Aira pula.

Esok,Mardhiyah akan balik ke rumah ibu bapanya selama sebulan kerana keluarga Mardhiyah akan mengadakan majlis perkahwinan abang kawan baik nya itu. Setelah itu, Mardhiyah sekeluarga akan pergi bercuti di Terengganu

" macam mana la aku nak survive sorang -sorang kat sini nanti, Mar jangan la pergi lama lama"gumam Aira

Aira tak pernah tinggal di rumah ini seorang diri selama sebulan, paling lama pun dua minggu

Sementara Aira tengah melayan perasaan itu, ada Mardhiyah yang melihat dirinya dari atas

"Apa la masalah kau ni Aira? , kau tak cerita macam mana aku nak tau, kau ingat aku tak tau ke setiap malam kau menangis seorang diri dalam bilik air tu" gumam Mardhiyah

Ya, setiap malam Mardhiyah akan tersedar kerana perasan aira bangun pergi ke bilik air dan menangis. Kadang-kadang sampai ke pagi dia duduk dalam bilik air tu.

Aira juga tidak pernah menceritakan masalahya kepada Mardhiyah, walaupun mereka sudah kawan baik dalam tempoh yang lama. Tiada seorang pun insan yang tahu akan masalah Aira.

____________________________

Tolong vote bolee?

She's Mine! Where stories live. Discover now