Gedegang!
Bergema bunyi pintu dihempas Maryam. Kakinya laju meluru masuk ke dalam. Hatinya kuat mengatakan Asyraf berada di situ berpandukan gps di telefonnya.
Tempat ini merupakan impian mereka. Cita-citanya bersama Asyraf.
Selepas kahwin, mereka sudah bercadang untuk membuka sebuah kedai bakeri. Sementelah, Asyraf mempunyai kemahiran ke arah itu. Namun, dia sedar bahawa impian itu mungkin tidak akan terlaksana lagi.
Menghampiri sebuah bilik yang tertutup, telinganya mengembang ketika ada gelak yang kedengaran.
“Asyraf!”
Kuat suaranya bertempik saat pintu dibuka dan melihat kedudukan tunangnya yang sedang memeluk bahu wanita yang sama di dalam gambar tempoh hari. Wanita yang juga sepupu tunangnya itu, Adelia!
“Apa ni?”
Lurus jari telunjuknya terarah pada Adelia. Sayangnya, Asyraf yang tidak menyangka akan tertangkap dalam keadaan seperti itu hanya mampu mendiamkan diri.
Jujurnya, sewaktu kali pertama gps yang dibuka menunjuk jalan di tempat itu, Maryam sudah dapat mengagak dari mula lagi.
“Patutlah aku ajak kau cari cincin kahwin tapi kau tak stay di sana. Kau dengan perempuan ni memang padan sangat Asyraf. Sesuai! Terlalu sesuai!”
“Maryam, saya…”
“Cukup!”
Tangannya diangkat tinggi. Cukuplah dia tertipu sebelum ini. Apa saja penjelasan yang diperkatakan lelaki itu tidak mungkin benar.
“Awak dengar dulu Maryam…”
Tidak semena-mena matanya melotot tajam. Pembohongan apa lagi yang hendak disampaikan Asyraf kepadanya?
“Kau nak beritahu pembohongan kau dengan betina ni ke apa? Kau dengan sepupu kau ni boleh mampus sama-sama!”
Andai diikut amarahnya saat ini, tiada yang selamat daripada amukannya. Namun memikirkan bahawa situasi mungkin akan menjadi lebih teruk, dia terpaksa mengurungkan niat itu.
“Ambil balik cincin kau ni Asyraf. Dari mula lagi sepatutnya bukan aku yang jadi tunang kau tapi, Adelia.” Senafas ayatnya ditutur. Hatinya benar-benar kecewa.
Cincin tunang yang dipilih Asyraf diambil lalu bersama lagak kasar, jemari Adelia diraih sebelum cincin disarung pada jemari itu. Namun belum pun sempat melepaskan tangan yang sama, Maryam terkedu.
Ada cincin lain bertanda A.L.A di jari manis wanita itu.
“Aku ingat kau hanya bagi aku seorang cincin ni Asyraf.”
Cincin di jari Adelia itu, dia tanggal dan tunjuk depan mata Asyraf.
“A.L.A? Stand untuk apa ni? Kau bagi aku design yang sama kan? A.L.M… Asyraf love Maryam tapi dalam masa sama kau bagi pada perempuan lain?”
Heh!
Dia mendengus kasar. Dirinya terlalu bodoh kerana mempercayai lelaki itu selama ini!
“Awak…”
Adelia cuba bersuara sambil menarik tangannya namun, matanya melotot tajam ke arah sosok itu.
“Kau diam! Ini urusan aku dengan boyfriend kau!”
“Maryam kami…”
“Shut up, Asyraf! Syukur kau dah tunjuk belang sebelum kahwin. Aku nak kau yang putuskan pertunangan kita ni. Sebab puncanya semua dari kau sendiri!”
Walaupun dia mahu memutuskan hubungan dengan lelaki itu tetapi dia tidak mahu menjadi penyampai berita itu pada ahli keluarga Asyraf. Yang buat perangai adalah Asyraf, bukan dia.
“Saya tak nak putuskan tunang dengan awak Maryam. Saya tetap akan kahwin dengan awak!”
Tiba-tiba suara Asyraf bertukar tegas dan tegang dalam masa yang sama.
Hahaha…
Gelak Maryam terhambur. Kuat.
“Kau ingat aku gila sangat sampai sanggup nak ambil bekas perempuan lain?”
“Awak jangan cabar saya Maryam. Saya dengan Adelia hanya sepupu!”
Senyuman sinis terpamer di hujung bibirnya. Sepupu? Sepupu apa jika sampai berpeluk bahu di tempat yang tertutup seperti ini?
“Kau boleh cakap apa pun. Tapi aku tetap tak nak teruskan perkahwinan ni dengan kau, Asyraf!”
Dia nekad. Apa pun yang berlaku, biarlah dirinya beralah. Bukan mudah membuat keputusan ini namun hatinya sudah muktamad. Tidak akan ada peluang kedua buat lelaki itu.
“Awak boleh tak tolong faham situasi saya sekarang ni Maryam? Saya tak akan cakap apa-apa pada mama sebab majlis kita akan tetap berlangsung!”
Tegas.
Dan ketegasan Asyraf itu hanya disambut dengan hati yang membara.
“Sekarang saya nak awak keluar dari tempat ni Maryam. Saya nak discuss sesuatu dengan Adelia.”
Tiba-tiba sahaja Asyraf berdiri depan pintu. Mempersilakannya keluar bersama tangan yang dimasukkan ke dalam poket.
“Kau boleh halau aku, Asyraf. Tapi aku nak bagi kau amaran. Jangan sampai perbuatan kau ni diketahui ahli keluarga kau!”
Asyraf mendengus tanpa menjawab bicaranya. Saat dia melintasi lelaki itu, Maryam nekad mahu membongkar sikap Asyraf pada keluarga lelaki itu.
YOU ARE READING
Uncle Azra'ie- My Husband
Non-FictionMaryam mempertaruhkan kepercayaan kepada Asyraf selama bertahun-tahun. Sayangnya majlis perkahwinan mereka bertukar kecoh apabila Asyraf bertindak mengikat Adelia sebagai pengantin perempuan. Kecewa dan sakit hati atas tindakan Asyraf, Maryam memera...