Bab 4

414 22 0
                                    

"Asyraf..."

Maryam sua telefon depan tunangnya.

"Hmm..."

Asyraf sekadar menggumam tetapi lelaki itu sedikit pun tidak memandang kepadanya.

"Uncle!"

Maryam mengetuk meja. Meminta Azra'ie yang ada bersama mereka agar bersuara.

Tajam jelingan Azra'ie menunjukkan betapa lelaki itu tidak suka diarah seperti itu. Kalau bukan kerana terpaksa, tidak mungkin lelaki itu berada di tempat yang sama saat ini.

"Uncle nak Asyraf tengok ni."

Telefon Maryam diambil lalu diletak atas tangan anak saudaranya itu.

"Apa ni?"

Mengecil mata Asyraf melihat gambar yang terpapar atas skrin telefon tersebut.

"What the...?"

Tiba-tiba sahaja Maryam melihat riak cemas tunangnya.

"Kau tak ingat ke? Birthday Adelia bulan lepas? Kau datang sebagai tetamu utama, kan?"

Pap!

Maryam tepuk meja.

Akhirnya! Ini yang dia mahukan sebenarnya. Kecil besar saja dia pandang Asyraf. Tidak menyangka sama sekali bahawa tunangnya itu sanggup membelakangkannya. Patutlah bila ditanya berkenaan urusan majlis perkahwinan mereka, Asyraf kerap kali berdalih dan banyak beralasan.

"Maryam..."

Asyraf terbata-bata. Sudah pecah tembelangnya dan nampaknya tiada sudah jalan keluar bagi lelaki itu apabila pak ciknya sendiri menjadi saksi dan berada di situ.

"Saya boleh jelaskan. Adelia tu sepupu saya."

"Dan kedua-duanya anak saudara aku..."

Azra'ie menyambung tetapi ayat itu hanya menambah bara dalam hati Maryam.

"Patutlah awak selalu beralasan bila saya tanya berkenaan urusan majlis kita."

Maryam mengeluh. Kesal kerana Asyraf mungkin sudah berubah hati. Jika betul pun sepupu, kenapa perlu berpeluk bahu? Sedangkan title sebagai sepupu tetap tidak dibenarkan bersentuhan. Apatahlagi serapat seperti dalam gambar itu?

"Saya dengan dia tak ada apa-apa Maryam. Kami sepupu. Kawan. Salah ke?"

Dia mendecit. Dirinya bukan budak sekolah lagi yang senang digula-gulakan.

"Uncle awak jadi saksi sekarang ni Asyraf. Kalau awak betul-betul sayangkan saya. Kita cari cincin nikah sekarang!"

Satu kata putus diambil. Tidak mudah baginya untuk memutuskan hubungan dengan Asyraf. Sementelah, majlis perkahwinan mereka semakin dekat. Di mana hendak diletak muka dan maruah sekiranya majlis yang telah dirancang tidak jadi?

"Dan Uncle kena jadi saksi apa saja yang berlaku hari ni..."

Azra'ie baru sahaja berura-ura hendak melarikan diri namun, niat itu terpaksa diurung apabila Asyraf turut menarik tangannya.

"Well..."

"Stop talking, Uncle! Dan Asyraf, kita cari cincin!"

Bibir Azra'ie tertutup. Sementara Asyraf terpaksa akur kala melihat ketegasan tunang sendiri.

"Kita masuk sini."

Perkataan Habib Jewels Azra'ie baca dalam hati. Lelaki itu yang sebenarnya tidak berniat untuk masuk sekali terpaksa akur apabila sudah ditarik anak saudaranya masuk ke dalam.

"Awak pilihlah."

Asyraf seperti sedang cemas. Sesekali mata lelaki itu melihat telefon. Bukan tidak sedar perubahan tingkah lelaki itu tetapi, Maryam tidak mahu menyesakkan fikiran sendiri. Dia hanya mahu bertenang dan menunggu apa tindakan Asyraf seterusnya.

"Awak pun kena pilih sama Asyraf."

Maryam sedar, hanya tubuh Asyraf sahaja yang berada bersama mereka. Sedangkan fikiran lelaki itu mungkin tidak ada di situ.

"Eh, wait ya. Uncle boleh tunggu sini tak? Asyraf nak pergi toilet sekejap."

Tanpa sempat mencantas kata-kata Asyraf, lelaki itu sudah bergegas keluar.

"See... anak saudara Uncle memang tak guna kan? Dia tahu tak kami tengah pilih cincin kahwin sekarang ni?"

Sakit betul hatinya. Kalau bukan kerana berada di khalayak ramai, dia sudah pun mengamuk.

"Then, lelaki yang sama tu tetap awak pilih untuk dijadikan suami. Jadi, stop making nonsense, Maryam!"

Dengusannya kedengaran. Fikirnya dia boleh meminta bantuan lelaki itu dan menjernihkan persoalannya terhadap Asyraf namun nampaknya apa yang dihajati tidak tertunai. Tengoklah, baru memilih cincin tetapi Asyraf sudah pun melarikan diri.

"Maaf menggangu, nak cari cincin tunang atau kahwin ke?"

Perbualan mereka terputus sebaik sahaja didatangi staf bertugas.

"Kami tak..."

"Azra'ie!"

Bicara lelaki itu terhenti. Kepala ditoleh kala namanya dipanggil namun seketika wajah itu menjadi tegang.

Intan!

"What a coincidence!"

Langkah Intan panjang mendapatkan keduanya. Sementara Maryam sudah mula menunjukkan wajah teruja dan kagum dalam masa yang sama. Tidak menyangka bertemu dengan bakal emak saudara, mungkin?

"Laju betul you plan, Azra'ie? Cari cincin kahwin ke?"

Intan berbasa-basi tanpa mengalih perhatian kepadanya namun tidak mengapa kerana dia lebih suka melihat padanan antara Uncle Azra'ie dan Intan! Terlalu sesuai jika digandingkan bersama.

"Sorry to interrupat again, ni saya bawakan contoh cincin kahwin paling latest. Cik boleh cuba dulu ya."

Kehadiran secara tiba-tiba staf yang sama menegur mereka awal tadi tidak mampu ditolak apabila jari tengahnya sudah diraih dan disarungkan cincin. Sementelah, sebuah cincin lagi sudah dihulur kepada Azra'ie untuk disarung.

"Look, I mungkin gila sebab boleh bertahan hadap crush sendiri tengah pilih cincin tapi, I tak nak terlepas moment ni. You should know Azra'ie, selagi belum tiba masanya I akan tetap menunggu."

Maryam tersengih. Nampaknya lelaki ini tidak boleh melarikan diri daripada cengkaman Intan. Melainkan jika lelaki itu mencari calon isteri!


Uncle Azra'ie- My HusbandWhere stories live. Discover now