3 - we met

8 1 0
                                    

"RAIN!"
" RAIN WHERE ARE YOUU?!"

Dasha Heidy berhenti di tepi jalan. Dah nak dekat setengah jam dia mencari adiknya. Call tak jawab, mesej satu tick je. Ke mana budak ni menghilang? Siapa yang culik budak tak bertuah ni? Menyusahkan betul.

" Kak. Rain tak pick up call ke ?" Sapa mommy yang tercungap keletihan. Dasha Heidy menggeleng. Delvira berlari ke arah mereka. Rambutnya diikat.

" Mommy call polis la kalau macam tu" Mommy Aureline mengeluarkan telefonnya di dalam handbag. Dasha Heidy dan Delvira mula mencangkung di bawah. Penat dia mencari si budak perempuan kaki content ni.

" Mommy tak payah call polis. Kalau settle dengan polis, memang tunggu tiga empat hari la jawabnya." Halang Dasha Heidy. Paling paling pun tiga hari nak mencari budak hilang.

Tiba tiba ringtone daripada phone Mommy berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Eh ni sape pulak?" Soal Mommy pelik.

" Adik ! Adik !" Serentak Dasha Heidy dan Delvira bangun dan menyuruh Mommy Aureline mengangkat panggilan. Laju sahaja Mommy menekan butang hijau.

" Hello? Adik ke tu??"
".................."
" Ha ya Allah Alhamdulillah!!" Mommy Aureline memandang kedua-dua anak perempuannya di hadapan yang menunggu berita di talian.

Mereka berdua mengeluh lega. Ingat dah mati terjun laut. Nasib hidup lagi budak kaki content tu.

" Okay saya pergi sekarang. Send location ye! Terima kasih banyak banyak.." Mommy berjalan pantas meluru kedepan meninggalkan Dasha Heidy dan Delvira.

" Mommy tunggulah!"

Old Town White Coffee

Mereka bertiga turun dari kereta bersama-sama. Tangga kecil mereka naik untuk ke restaurant tersebut. Naik sahaja tangga, terbutang mata mereka melihat Dasha Rainy yang sedang minum air dan dikelilingi oleh para lelaki disitu.

" Ya Allah Adikk !!!!" Mommy mendekati mereka.

Dasha Heidy dan Delvira masih dibelakang. Mereka memandang sesama sendiri. Apa benda budak ni buat sampai ramai jantan keliling ni ?

Sekumpulan lelaki disitu bangun untuk memberi hormat kepada ibu budak di tengah-tengah antara mereka ini. Mommy berdiri di belakang Rainy yang sedang tersengih sumbing memandang mommynya sambil makan roti bakar butter yang dipesannya tadi.

" Aunty.. dia baik baik je." Ujar seorang lelaki yang berada di sebelah kanan Rain.

" Macam mana dia boleh ada dekat sini? What happened to her ? Korang semua ni dari mana ?" Soal Mommy kehairanan. Rambut anaknya dibelai dengan penuh peduli.

" Actually petang tadi time dekat area bridge tu saya terlanggar anak aunty.saya assumed anak aunty pun tak perasan dia terundur kebelakang and we both bumped into each other." Terang lelaki tersebut.

" Boleh pula la macam tu. Ni Rain. Why tak call Mommy? Why tak answer my call? Kakak you tu call banyak kali tau tak? Risau dengan you." Soal Mommy. Rain dah mula tak sedap duduk. Dia memandang Bree disebelah kanannya. Begitu juga dengan lelaki disekelilingnya.

Rain tersenyum kekok.

" Ni dah kenapa buat muka macam tu? Phone you mana ? Takde battery ?" Soal Mommy lagi.

[OG] Him.Where stories live. Discover now