5 - a night

3 1 0
                                    


Dasha Heidyy tersenyum puas memasuki lobby. Kedua belah tangannya ditepuk-tepuk supaya habuk kotoran hilang. Dia menghiraukan mata-mata yang memerhatinya. Majlis sudah tamat, dan ramai tetamu telah turun untuk lepak di lobby.

Dia menaiki tangga ke atas, tidak sabar untuk menonton movie di hadapannya seketika nanti. Setibanya di tingkat atas, dia berdiri di sebelah dinding, merenung orang-orang di bawah.

Dalam beberapa minit, dia memerhatikan targetnya dari bawah, yang sedang ramah berbual dengan kenalannya sehingga orang itu keluar menuju kereta di hadapan bangunan ini.

Hujung bibir Dasha Heidy ternaik melihat situasi di hadapannya. Seorang lelaki tua merenung tayar keretanya yang pancit secara tiba-tiba, dan ramai pula yang berkumpul di belakang kereta lelaki tua itu.

"Dasha Heidy,"

Tengah asyik ketawa, tiba-tiba seseorang menegurnya dari belakang. Dia segera menoleh. Senyumannya mula pudar melihat orang yang berada di hadapannya.

Lelaki yang menegurnya tadi mula menjenguk ke arah parking kereta di luar lobby. Dasha Heidyy memeluk tubuh, tersenyum puas melihat keadaan di luar.

"You did that?" Soal Ryder sambil berpusing menghadap Dasha.

"Did what?" Dasha Heidy menjawab kembali, rambutnya di tolak ke belakang untuk memperbetulkan posisinya.

Ryder tersenyum sinis. Macam la dia tak tahu, perempuan di hadapannya ini sabotaj bapa sendiri. Tayar kereta pun nak dipancitkan. Banyak kerja Dato Diyyaz tu. Esok ada meeting pagi.

Baru sahaja dia berborak dengan Dato Diyyaz tadi, tiba-tiba nak balik, kereta pula problem.

"Okaylah, I gotta go." malas nak berborak lebih lanjut dengan lelaki di hadapannya ini. Yang penting malam ini dia puas.

Plak!

Tiba-tiba kaki kanan Dasha Heisy terpelecok apabila tumit kasut tingginya patah.

"Ah!"

Ryder segera melindungi wanita itu daripada jatuh terjelupuk. Dasha secara automatik merangkul leher Ryder.

"Are you okay?" Ryder bertanya dengan nada risau, memegang pinggang wanita itu kemas.

Bukan dia tak nampak wajah wanita itu, cuak habis. Bila Dasha perasan Ryder yang sedang menahan diri daripada ketawa, dia mula sedar akan posisinya. Laju sahaja dia menolak Ryder ke belakang.

Kakinya yang terseliuh diangkat, cuba untuk menstabilkan diri. Heels di kaki kanan dicabut.

"Auch! Auch!"

Dia juga mencabut heels di kaki kiri. Dan ya, sekarang berkaki ayam di hotel ini.

"Tula ni, balasan buat jahat dekat bapa," Ryder berseloroh sambil tergelak. Ei, mamat ni ada juga aku cungkil biji mata!

"Come, let me help," tangan Ryder dihulurkan.

Dasha Heidyy merenung dengan geram wajah dan tangan yang dihulurkan Ryder.

"I can handle it by myself," dia menjeling Ryder sebelum berjalan terlompat-lompat menahan sakit di kaki. Bodoh punya heels!

"Are you sure nak jalan macam ni sampai ke villa you?" Soal Ryder. Villa dari hotel ini memang perlu bawa kereta. Bukannya dekat. Ya, dekat, tapi kalau jalan kaki memang ambil masa, apatah lagi sekarang wanita ini sakit kaki.

"Sabar, I call Vira." Dia melepaskan punggungnya di sofa di hadapan lift, sambil memicit kakinya perlahan.

"Hello, you kat mana?"
"..............."
"Shit! Kaki I terseliuh, babe! You patah balik ambil I!"
"....................."
"Not this time, Vira."

[OG] Him.Where stories live. Discover now