BAB 15

178 6 0
                                    

Sudah genap seminggu Haifa tinggal di wad hospital private seperti yang dikehendaki Harraz. Dan selama seminggu ini juga, setiap hari Harraz akan datang menemaninya. Harraz mencuba sedaya upaya untuk mewujudkan rasa keselesaan dalam hati Haifa apabila bersama dengan dirinya. Banyak perkara yang dibualkan. Namun, karakter Haifa masih kelihatan sama seperti bagaimana hari pertama dia sedar daripada koma. Sukar diteka. Emosi yang tidak menentu, sekejap boleh terima kehadiran Harraz, sekejap tak berminat untuk berinteraksi atau melihat muka Harraz.

"Harini awak dah boleh discharge." Beritahu Harraz sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Harini?" Haifa yang sedang khusyuk menonton netflix di televisyen yang berhadapan dengan katilnya terus menumpukan perhatian ke arah Harraz.

"Ya, harini. Awak dah boleh kemas apa yang patut. Kalau nak saya tolong pun boleh je." Pelawa Harraz. Dia berdiri di samping katil Haifa.

"Tak payahlah. Saya boleh buat sendiri." Haifa menolak pelawaan itu sambil tangannya menekan butang off di remote televisyen tersebut. Serta-merta skrin itu menjadi gelap.

Harraz hanya memerhati gerak-geri Haifa yang turun daripada katil kemudian menuju ke arah beg berisi pakaian dan keperluannya sepanjang berada disini. Semuanya dimasukkan dan disusun rapi semula ke dalam beg itu.

Harraz mengeluh perlahan sebelum mengambil tempat di sebuah sofa empuk yang berdekatan dengan katil tersebut. Dia ingin menyatakan sesuatu kepada Haifa namun dia risau memikirkan apa reaksi Haifa apabila mendengarnya nanti. Adakah Haifa akan setuju atau menentang? Kerana emosi Haifa yang masih tidak stabil itu sangat sukar diteka apa respon yang akan diberikannya nanti.

"Hey, termenung apa?" Haifa memetik jari di hadapan muka Harraz menyebabkan dia tersedar daripada lamunannya yang panjang.

"Eh? Dah siap ke?" Soal Harraz.

"Dah lah. Banyak mana sangatlah barang-barang saya ni nak kena kemas lama-lama." Balas Haifa sambil melabuhkan punggung di hujung katil tersebut.

Harraz memerhati lagi gadis itu. Haifa menggoyangkan kedua-dua kakinya yang sengaja tidak dinaikkan ke atas katil. Kelakuannya itu seperti kanak-kanak yang sedang kegembiraan.

Melihat Haifa sedang berada dalam mood yang baik itu, Harraz menghela nafas sebelum perlahan-lahan menghampirinya. Kemudian Harraz mengambil tempat di sebelah Haifa.

"Haifa, saya ada benda nak cakap sikit." Harraz memulakan bicara dengan penuh hati-hati, takut tersalah memilih perkataan yang tidak sesuai.

"Pasal nikah? Awak nak kita nikah lepas saya discharge ni kan?" Soal Haifa tanpa basa-basi.

Berdegup laju jantung Harraz pada saat ini. Terperanjat dia apabila itu adalah soalan yang keluar tiba-tiba dari mulut Haifa. Dia memandang bahagian tepi wajah Haifa yang berada di sebelahnya itu dengan mulut yang terkunci.

"Saya percayakan awak. Saya percaya semua benda yang keluar dari mulut awak. Sebab saya tau awak lelaki yang baik. Awak yang jaga saya dari hari pertama saya koma sampailah sekarang. Saya mana ada siapa-siapa lagi dah dekat dunia ni selain awak. Lagi pun awak kan memang tunang saya. Memang tujuan bertunang untuk berkahwin kan? So saya akan ikut je plan awak." Ujar Haifa. Riak wajah tergamam Harraz di sebelah dipandang sekilas dengan segaris senyuman di bibir.

"Dah lah, saya nak pergi toilet dulu." Tanpa menghiraukan Harraz yang terkaku bagaikan batu tak bernyawa disebelahnya itu, Haifa terus turun daripada katil tersebut dan melangkah masuk ke dalam tandas yang berada di dalam bilik itu.

'Oh my god, she's so unpredictable.' Bisik hati Harraz.

Namun perlahan-lahan senyuman lebar terukir di bibirnya.

She's My BabygirlWhere stories live. Discover now