CYBERJAYA 2023
Tanpa aku sedar setahun sudah masa berlalu maka setahun jugalah aku didalam arena hiburan maya ini,Dugaan? mungkin semua itu sudah aku lali kerana luka ku yang sebelum nya itu terlalu perit dan aku jadikan sebagai kekuatan,Kecaman? Tipulah kalau aku kata aku boleh hadap dengan mudah setiap dari kata-kata yang dilontarkan oleh SYAITAN YANG BERSELINDUNG DIBALIK TABIR KACA MAYA itu.
Tapi sejak pertama kali aku membuat keputusan untuk berkecimpung dalam gelanggang hiburan maya maka sejak itu lah aku kuatkan hati kerana pada bahuku kini sudah menanggung tanggungjawab dan amanah dari keluarga dan juga leader.Kadang kala jatuh juga air mata ini,mana tak nya setiap video yang di post pasti ada saja kecaman pada diri ku ,ada yang aku baca dan ambil sebagai pelajaran,ada yang dibaca sambil menahan air mata kerana terlalu sakit kata yang dilontarkan untuk orang baru seperti diriku ini, kadang aku jatuh tersungkur tanganku luka ,baju ku kotor ,penuh lumpur terpalit pada wajah ini, tapi siapa yang tahu? yang orang lihat hanyalah seukir senyuman palsu yang terpamer jelas pada riak wajah ini.
HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU bertapa banyaknya aku memendam sakit yang aku rasakan selama aku didalam dunia hiburan ini, bukan kerana team tapi netizen-netizen diluar yang membuatkan dirinya jadi begini.Sehingga suatu ketika aku merasa terlalu letih dengan semua ini,dihati ingin saja aku berputus asa kerana terlalu sakitnya kejian dan kecaman itu,ada saja yang tak kena pada mata mereka,disaat membaca pasti temanku adalah air mata yang mengalir perlahan membasahi pipi dan dikesat dengan lengan baju,sumpah sakit pada waktu itu hanya aku sendiri yang merasakan.
Syukur Alhamdulliah aku dikurniakan circle kawan-kawan dan ada leader yang terbaik penuh vibes positif yang diorang bawa,circle yang tak pernah aku temui selama ini.Dan benarlah kata orang,yang selepas hujan pasti ada pelangi,tapi jangan mudah kita lupa langit gelap itu pasti akan tiba lagi,jadi siapkan diri untuk hadapi ia nanti.
terimalah secebis kisah dari aku andai ada yang salah maafkanlah,kerana aku bukanlah seorang yang padai untuk berkata-kata.
YOU ARE READING
KEMBALIKAN SENYUMAN ITU
Fantasysakit mana lagi yang belum pernah aku rasakan?setiap episod bahagia yang ingin aku rasakan pasti akan disambar oleh kedukaan.Lantas bagaimana lagi harus aku kuatkan hati ini untuk mnerima segala takdir.Tuhan tolong hadirkan dia untuk KEMBALIKAN SENY...