"Ya Allah...Ya Allah sakit" Aisyah menangis apabila dirinya di tendang oleh seorang lelaki yang bertopeng atau lebih tepat dia selalu tutup mukanya menggunakan kain.Aisyah meraung kesakitan berkali-kali akibat dipukul,ditampar dan ditendang oleh lelaki itu.
"Aku dah cakap jangan cuba-cuba nak lari tapi kau degil" lelaki itu menampar pipi Aisyah untuk sekian kalinya.
"Kau degil!" dia menendang perut Aisyah.
"Aku harap kau mati" pipi Aisyah ditampar lagi.Mata Aisyah perlahan-lahan dibuka dan biliknya yang gelap menjadi pemandangannya ketika ini.Kenapa dia mimpi macam ni?
"Ya Allah..." Aisyah tengok jam disebelah katilnya dan bangun untuk solat tahajud sekaligus menunggu waktu subuh.Selepas dia selesai menunaikan solat subuh dia keluar dari biliknya dan terserempak dengan Laili yang sedang goreng nugget di dapur.
"Bunga" Aisyah perjalan ke arah Laili yang sedang menggoreng nugget itu.
"Kau nak la tu" memang Laili agak dah yang Aisyah nak nugget ni.Nasib baik la dia ada goreng lebih sikit.Aisyah hanya tersenyum kepada Laili.Untung dapat kawan yang baik macam Laili ni.
"Kau betul-betul suka kat lelaki tu ke?" Aisyah terdiam saat mendengar Laili bertanya begitu.
"Kenapa tanya?" Aisyah memandang tepat ke mata Laili dan cuba untuk mentafsir wajah Laili.Laili hanya diam dan berhenti mengunyah nugget dan perlahan-lahan memeluk Aisyah.
"Pergi Aisyah...kejar kebahagiaan kau honey..." Laili menangis dibahu Aisyah.Dia tahu yang Aisyah selalu mendahulukan kebahagiaan mereka sebelum kebahagiaannya sendiri.Aisyah mengusap belakang badan Laili.Rasa macam baru je semalam dia terlanggar Laili sewaktu sedang memilih madu dekat Mydin rupanya dah dekat 3 tahun mereka menjadi kawan.
"Korang buat drama tv3 ke?" Laila bertanya dengan mukanya yang menunjukkan dia sangat la blur ketika ini.Ya Allah kembar siapa la ni.
"Ish senyap la Laila" Laili menjeling kembarnya.
"Tanya pun salah" Laila menjelirkan lidahnya kearah Laili.Airis berjalan masuk ke dapur dengan muka yang jelas menunjukkan dia baru bangun tido.
"Lapar laa" ha mula la tu nak merengek macam budak.Ni la contoh orang tak sedar diri dia tu dah tua bangka.
"Kalau lapar pergi la masak" Aralyn berjalan dengan tenang ke dapur dan perhatikan mereka semua yang memekak pagi-pagi buta.
"Eh nak tak kita semua pergi jogging harini?" ha bagus la tu mula dah perangai si Airis ni.
"Kau kena rasuk ke nak jogging pagi-pagi ni?" Laila menjeling Airis.Dulu waktu kecik otak tak sempat berkembang eh?
"Ala aku nak buat vlog macam healthy lifestyle gitu" Ya Allah rasa macam nak hempuk kepala Si Airis ni tapi takut Aralyn mengamuk pagi-pagi buat perangai.Laila berjalan kebelakang Airis dan dia tarik rambut Airis.Lama dah dia simpan dendam sejak Airis tersangkutkan rambutnya di handbag nya beberapa bulan lepas.
"Sakit laaa" Airis mencebik manakala Aisyah,Aralyn dan Laili dah gelak macam pontianak.Bunyi kaca pecah membuat semua suasana bising tadi menjadi sunyi.
"Airis?" Laila memandang kearah Airis dan memberi isyarat supaya dia pergi melihat punca bunyi tersebut.Airis hanya mengangguk kepalanya.Airis adalah yang paling handal dalam seni pertahanan diri dibandingkan dengan mereka semua.Selepas beberapa minit Airis beredar dia masuk balik dapur.
"Aku jumpa ni" dia membuka surat yang diikat pada batu.
'Jangan lari jauh-jauh Aisyah'
-Q
Serta-merta muka Aisyah menjadi pucat.Sia-sia ke selama ni dia lari dari syaitan itu? Usahanya tidak membuahkan hasil walaupun sedikit?"Bunga pergi ambik ubat Aisyah sekarang!" Aralyn memberi arahan dengan tegas sementara Laili terus berlari ke tingkat atas untuk mengambil ubat Aisyah.Nafas Aisyah mula tidak teratur.Rupanya selama ni usaha dia untuk lari adalah sia-sia?
patut continue ke story ni? sbb rsa mcm nk give up laa
YOU ARE READING
Langit Juga Reti Berduka
ActionThe story of two beautiful souls that met by accident...