5✿⁠

3 2 0
                                    

Selepas kejadian surat itu, Aisyah selalu mendiamkan diri dan selalu termenung.Mereka semua sedar akan perubahan yang mendadak itu tapi tiada siapa yang berani untuk membuka mulut tentang hal itu.

“Aisyah kita orang nak cakap something dengan Aisyah.” kata Laila

“Pasal apa?” Soal Aisyah sedikit hairan.

"Kitorang nak cari bodyguard untuk Aisyah" Aisyah baru mahu membuka mulut tetapi Laili lebih cepat mencantas percakapannya. Laili seolah-olah boleh membaca fikiran Aisyah.

"Tak payah nak bagi alasan Aisyah" Laili menjelingnya tajam.Aisyah seperti mahu mengamuk.

"Kenapa? Selama ni Aisyah boleh hidup tanpa mengharapkan perlindungan orang lain jadi kenapa sekarang Aisyah kena harapkan perlindungan orang lain?!" Suara Aisyah sedikit meninggi. Sebelum ini dia boleh hidup tanpa mengharapkan perlindungan orang lain, tapi kenapa sekarang? Kenapa?

“Salah ke? Laili and yang lain risaukan Aisyah.” Laili memandangnya tajam.Aisyah terdiam sambil otaknya memproses ayat milik Laili.

"Ni idea Lyn jadi jangan marah orang lain marah Lyn je" Aralyn menggenggam tangan Aisyah.Aisyah hanya mengeluh dan mengangangguk kepalanya tanda setuju dengan cadangan mereka.

"Bodyguard Aisyah start esok" Aralyn memberi satu senyuman misteri.

"Atleast boleh bagitahu siapa bodyguard Aisyah?" Laili dan yang lain hanya tersenyum.

"Liam and kawan-kawan dia" mulut Aisyah terlopong.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal? Aisyah tak pilih lagi nak pakai baju apa esok!" Aisyah berlari ke biliknya dengan kelam-kabut.Jadi dia dapat jumpa Liam hari-hari ke? Kenapa hati dia rasa gembira sangat ni??

"Shawl biru cantik dengan baju warna biru ke putih?!" Aisyah menjerit dari biliknya.Haih la Aisyah tahu la esok jumpa kekasih hati tapi tolong bertenang.

"Ok apa kata kita semua tolong Aisyah cari baju?" Airis memberi cadangan.Semua mengangguk kepala mereka tanda setuju.

"Biru putih cantik?" Laila mengambil skirt berwarna putih dan blouse warna putih.

"Tahu la perangai macam isnotreal tapi agak-agak la suruh Aisyah pakai baju macam tu dah la esok hari jumaat" Laili menyindir kembarnya.Jelas wajah Laila menjadi masam dan dia menjeling Laili.

"Pakai skirt warna hitam and blouse warna nude pun cantik" Aralyn mengambil skirt berwarna hitam serta blouse berwarna nude dan menghulurkannya kepada Aisyah.

"Dah lewat ni jadi pergi tido semua"  Airis menghalau mereka semua keluar dari bilik Aisyah.Airis ni sekali mengamuk singa pun takut.

note from me:
         "Biar kita masuk syurga dengan dipaksa bukan masuk neraka dengan rela"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Langit Juga Reti BerdukaWhere stories live. Discover now