Chapter 2

2.2K 80 4
                                    

AIDAN THAQEEF

"Qeef." Panggil nenek

"Iye nek? " jawab Thaqeef yang baru sahaja turun dari tangga rumah mewah itu.

"Barang hantaran dah siap?" Soal nenek

"Belum lagi nek, ingatkan nak pergi settle- kan esok je." Katanya sambil membetul-betulkan tali leher.

"Baguslah, tapi esok tu bawak si Dhia sekali. Kamu pasti nak pergi dengan Sadira sekali. Kan?"

"Nenek tak ikut ke?" Soal Thaqeef

"Nenek esok ada usrah penting dekat masjid, jadi nenek suruh je la si cicit yang temankan kamu. Tak manis juga kamu pergi berdua dengan Sadira. Dia tu pulak kan berpurdah kamu kena la jaga batas sikit." Jelas nenek.

"Iye la nek. Qeef dah lewat ni, jumpa malam nanti okey nek." Ucap Thaqeef sambil mencium dahi si nenek sebelum berangkat.

>>>>

PEJABAT THAQEEF

Thaqeef tersenyum sendirian sambil menatap gambar Sadira yang dikirim oleh nenek melalui whatsapp. Foto itu adalah ketika hari pertunangan mereka ,dan ketika itu juga Sadira masih mengenakan pemakaian purdahnya dan membuatkan Thaqeef berasa bahagia kerana impiannya untuk mendapatkan wanita seperti itu akhirnya akan menjadi kenyataan.

"Amboi kau! Mentang-mentang dah nak kahwin asyik tersengih je macam kerang busuk." Sapa Aidil yang baru sahaja masuk ke dalam ruangan Thaqeef.

"Salah ke? Salah ke aku nak rasa bahagia yang aku akan halalkan seorang wanita yang macam ni." Balas Thaqeef dengan bangga sambil menunjukkan foto pertunangan mereka kepada Aidil.

Tersenyum melihat kelakuan Thaqeef.

"Kau betul-betul sayangkan dia Qeef?" Soal Aidil secara rawak.

"Kalau tak sayang tak adanya aku macam ni."

"Aku harap dia adalah pilihan yang tepat untuk kau. Aku tahu kau bukan jenis yang mudah-mudah je bagi hati dekat perempuan."

"Tengok la berapa ramai yang minat dekat kau sikit pun kau tak pandang, tapi perempuan ni dah kira beruntung dapat curi hati kau." Sambung Aidil lagi.

"Aku tak sabar nak cari cincin esok." Kata Thaqeef dengan semangat.

Aidil hanya tersenyum melihat sahabatnya seperti sudah angau dengan tunang sendiri.

>>>>

"Pak su , tunang pak su tu baik tak? " soal Dhia

"Apa benda punya soalan la.. dah sah-sah la baik tengok ni." Sambil menunjukkan sekeping gambar Sadira kepada Dhia.

"Ouh akak-akak niqobis rupanya."

"Ah tu.. bakal Mak su dah sampai." Kata Thaqeef sambil keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Sadira.

"Assalamualaikum awak."

"Waalaikumussalam."

"Masuk la. Er awak duduk belakang ye. Dekat depan ada anak buah saya ikut juga tolong gantikan nenek sebab tak boleh ikut." Jelas Thaqeef dengan sopan.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now