Furqan menyandarkan badan nya ke belakang kerusi. Tangannya memeluk tubuh.
Dia memandang tepat ke arah Melissa yang dari tadi hanya menundukkan kepalanya. Tak tahulah apa yang ditakutkan.
" Kenapa kau tak nak aku pecat dia?" soal Furqan. Pelik juga dia dengan Melissa ni. Kalau orang lain, pasti akan pecat. Tapi dia. Lain.
" Apa salahnya kalau kita bagi dia peluang kedua. Lagipun kan, dia tak sengaja hilang kan fail tu. Jadi dia tak adalah salah sepenuhnya." jawab Melissa.
Walaupun apa yang dia cakap kan ni betul ke tak.
" Kau yakin ke dia tak sengaja? Entah-entah dia tipu." teka Furqan.
Melissa tersenyum nipis. " Dia tipu ke tak tipu ke. Saya ikhlas bagi dia peluang kedua. Mana tahu kalau kita bagi dia peluang dia akan berubah." ujar Melissa. walaupun dia tak berapa yakin yang Dayan tu akan berubah.
" Senang lah kau cakap. Sebab yang rugi aku bukan kau. Disebabkan fail tu hilang lah, projek yang dekat singapore tu tertangguh." ungkap Furqan.
" Saya tahu, saya minta maaf pasal tu. Tapi... Mana tahu ada sebab kenapa Allah tangguh kan projek tu. Memang lah kita yang rancang. Tapi kan Allah yang menentukan. Mana tahu benda yang kita rancang tu rupanya tak sebaik yang kita fikirkan. Betul tak?" lembut saja tutur kata Melissa.
" Selagi kita fikir baik, Insya-Allah kita akan terima dan ridho apa yang ditakdirkan kepada kita. Mana tahu lepas ni takdir Tuan dapat projek yang lagi besar. Kita tak tahu. Kan?" sambung Melissa.
Terkedu Furqan mendengar bait-bait yang terkeluar dari mulut Melissa. Tak pernah dia terfikirkan benda
tu. Selama ni dia hanya ingat benda-benda buruk yang datang pada nya itu adalah nasib malang.Tapi kali ni dia sedar lepas dengar kata-kata yang keluar dari mulut Melissa. Jujur. Dia kagum dengan Melissa. Kerana mempunyai akal fikiran yang panjang.
" Thanks for your words." ucap Furqan. Lembut mata nya memandang wajah cantik Melissa. Dia rasa agak tenang lepas dengar apa yang dicakap Melissa tadi.
" Sama-sama." balas Melissa. Rasa berbahang pula muka nya. Bila Furqan memandang nya begitu. Kalau ter eye contact ni... Boleh pingsan kau tahu.
" Boleh tak saya nak tanya satu soalan?" tanya Melissa.
" What?"
" Macam mana Tuan boleh tahu Dayan yang hilang kan fail tu?" soal Melissa. Pelik juga dia macam mana Furqan dapat tahu Dayan yang hilang kan fail tu.
" You do not need to know. Biar aku je yang tahu." itu yang dijawab Furqan. Jawaban yang tak memuas kan Melissa.
Melissa memuncungkan mulut nya. " Kedekut betul." kata Melissa perlahan.
Tapi tetap telinga Furqan dapat menangkap apa yang dikatakan Melissa.
" Tak apa lah Tuan. Saya keluar dulu ya. Terima kasih atas segala nya." ucap Melissa.
Dia menggaru kepalanya yang dilapik tudung itu. Pelik pula dia kenapa dia cakap terima kasih atas segalanya.
" Welcome." balas Furqan.
Melissa menunduk kan sedikit kepala nya dan memusing kan badan nya untuk menuju keluar dari situ.
" Tuan." panggil Melissa waktu sudah berada di pintu.
" Hemm."
" Tuan tak jadi nak pecat saya kan?" tiba-tiba dia teringat pula perihal Furqan ingin memecat nya sekiranya dia tak menyiap kan kerja yang hilang itu.
YOU ARE READING
FATH AL FURQAN: Guru Private ( SLOW UPDATE )
RomanceMy First karya📝 Fath Al Furqan ♥ Shah Melissa FATH AL FURQAN: Seorang lelaki yang agak dingin tapi mesra dengan orang yang ia selesa. Namun wajah nya jika sekali pandang saja sudah boleh buat para kaum hawa jatuh cinta. Suatu hari ini dia terpaksa...