8

3.2K 144 0
                                    

"Ivy!?"

Yess finally the heroes is arrived

"Apa kau buat dekat sini? Siapa diorang ni?" Tanya Ayyash. Kebetulan Ayyash lalu di kawasan tersebut.

"Ish tak ada masa lah awak nak tanya soalan ni." Ivy menjeling lelaki tersebut lalu menarik tangan Adra untuk bersembunyi di belakang Ayyash.

"Wow hero dah sampai, siapa ni? Balak kau ke?" Tanya lelaki 2 itu kepada Ivy.

"Kau siapa?" Tanya Ayyash lagi. Kalini dengan wajah yang dingin.

"Acah poyo lah pulak mamat ni kenapa kau nak jadi hero ke?" Balas lelaki 3 pula.

Baru sahaja Lelaki 2 itu ingin menarik tangan Ivy, tangan Ayyash lebih pantas menggenggam tangan lelaki 2 itu. Ayyash memulaskan tangan lelaki 2 lalu menumbuk mukanya berkali kali. Lelaki 3 pula datang lalu memukul Ayyash menggunakan kayu besbol. Ayyash merasakan yang kepalanya dipukul daripada belakang lalu dia menoleh.

Lelaki 3 itu tergamam dia mengharapkan yang Ayyash akan pengsan sebaliknya Ayyash masih boleh berdiri dengan tegak dan merenungnya dengan mata yang tajam. Lelaki 3 itu ingin memukul Ayyash lagi namun Ayyash merampas kayu besbol tersebut lalu mencampaknya jauh.

"Ivy bawak dia tu lari.. now!" Arah Ayyash

Tanpa membuang masa Ivy dan Adra melarikan diri sempat Ivy mengambil kunci motornya yang jatuh di atas lantai.

"Kalau nak lawan tangan kosong lah." Sindir Ayyash. Lelaki 3 itu menyerang Ayyash menggunakan pisau. Ayyash berjaya mengelak tetapi pisau tersebut telah tergores pada lengan belah Kiri Ayyash.

"Tsk kan aku cakap tangan kosong." Ayyash menumbuk perut lelaki 3 itu dan menendang lelaki 3 itu sehingga lelaki itu melayang ke belakang.

"Woi!" Jerit lelaki 1 tadi. Ayyash menoleh ke belakang lalu lelaki 1 itu terkejut.

"Teng-Tengku Ayyash?" Menggeletar suara lelaki 1 itu menyebut nama Ayyash.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Okay sekarang kita dah selamat." Ivy berhentikan motornya dihadapan kafe Dyanz. Disitu mungkin selamat kerana di kawasan itu agak cerah.

"Tunggu dekat sini tau, saya pergi kedai tu kejap." Kata Ivy kepada Adra sambil menunjukkan jarinya kearah kedai serbaneka 24 jam. Masuk sahaja ke dalam kedai, Ivy pun cepat cepat mengambil empat botol air mineral, pembalut luka dan ubat sapu luka tak lupa juga tisu basah. Selesai membayar, Ivy bergegas keluar takut Adra diapa-apakan lagi.

Keluar sahaja Ivy daripada kedai tersebut, Ivy ternampak ada sosok lelaki berdekatan dengan Adra.

Dia stanby dengan selipar jerung ditangan takut-takut lelaki-lelaki gila tadi datang kembali. Baru sahaja Ivy ingin memukul lelaki itu, Adra terlebih dahulu menjerit.

"Eh jangan pukul dia!" Halang Adra. Lelaki itu menoleh ke arah Ivy. Oh lelaki tu Ayyash. Nasib baik tak sempat dia pukul lelaki itu.

"Risau sangat ke sampai nak pukul aku pulak?" Ivy menjeling Ayyash. Risau lah, hati dia ni pun rasa macam nak tercabut lagi dengan kejadian tadi tu. Ivy perasan yang lengan Ayyash mempuyai kesan goresan.

"Eh lengan awak tu ada luka!" Tunjuk Ivy. Tengku Ayyash juga baru perasan yang lengannya tadi terkena pisau.

Ivy membuka tisu basah lalu diberikan sehelai kepada Ayyash. Ayyash mengambil lalu mengelap luka di lengannya sementara Ivy membantu Adra mengelap luka di siku dan lutut Adra yang luka akibat terjatuh tadi.

Ayyash pula perasan yang seluar Ivy dibahagian lutut terkoyak dan menampakkan luka yang masih berdarah di lututnya.

'Luka orang dia sedar luka sendiri tak sedar.' Desis Ayyash di dalam hati. Ayyash mengambil lagi sehelai tisu basah lalu dia mengelap lutut Ivy. Ivy tersentak seketika, tiba-tiba Tengku Ayyash mengelap lututnya.

"Eh apa awak buat ni?" Ivy ingin menepis tapi ditahan oleh Ayyash.

"Lutut kau tu berdarah, aku tolong lapkan lah." Lalu Tengku Ayyash menyapu ubat dan menampal pembalut luka pada lutut Ivy. Adra hanya memerhati tingkah laku mereka sambil tersenyum-senyum.

"Korang ni ada apa apa hubungan ke... Like couple?" Tanya Adra masih lagi dengan senyuman di wajahnya.

Serentak Ivy dan Ayyash membalas "No!"

"Kitaorang ni kawan satu kerja je." Tambah Ivy lagi.

"Korang ni serasi lah sebabtu saya ingat korang ni couple." Ujar Adra.

"Tak langsung serasi!" Balas Ivy lalu diteguk air mineral yang dibeli olehnya tadi. Ayyash mengerling jam ditangan yang sudah pun menunjukkan pukul 12:00 pagi.

"Dah pukul 12 ni baik kau balik dulu lah Ivy." Ujar Ayyash.

"Habistu Adra? Siapa nak hantarkan?"

"Aku hantarkan dia lagipun kau kan perempuan, perempuan tak elok balik lewat malam." Balas Ayyash lagi.

"Awak boleh ke balik dengan dia ni?" Tanya Ivy dengan wajah yang serius. Adra pantas mengangguk "Dia nampak macam lelaki yang baik." Kata Adra.

"Ye ke baik?" Ivy memandang ke arah wajah Ayyash. Mata memandang Ayyash dari atas sehingga ke bawah. Serupa pegawai imigresen memeriksa pula.

"Aku dah selamatkan kau dua kali." Ujar Ayyash sambil merenung mata Ivy.

"Tak mintak pun awak untuk selamatkan saya..." Ivy memperlahankan suaranya agar tidak dikedengari oleh Ayyash. Ayyash tersenyum senget. Ingat dia tak dengar ke?

"Tak payah risau lah Ivy kau ingat aku nak hantar dia ni balik dekat jantan-jantan tadi tu ke?"

"Kenapa awak asyik panggil saya Ivy, panggil je lah Adelia!" Marah Ivy.

Tak suka betul orang memanggilnya Ivy, Ivy tu hanya untuk orang tertentu je, Tiara yang paling rapat dengannya pun panggil Adelia je inikan Ayyash yang baru sahaja dia kenal semalam.

"Sebab boleh dik, dah dah kau pergi balik tu." Ayyash menghulurkan helmet kepunyaan Ivy.

Ivy menghidupkan enjin motornya, matanya masih lagi tak lepas memandang Ayyash malah dia mengecilkan matanya seolah olah seperti memberi amaran kepada Ayyash. Setelah Ivy pergi Ayyash pun memandang Adra yang kepalanya sudah pun menundukkan ke lantai.

"Kau tahu tak semua orang tengah cari kau sekarang ni Tengku. Adra. Falisya." satu persatu nama Tengku Adra disebut olehnya.

"Hehehe sorrylah abang Ayyash." Tengku Adra menggosok lehernya yang tidak gatal itu.

"Kenapa kau pergi cari nahas dengan lelaki-lelaki tu? Tak pasal pasal kau nak kena jual dekat Siam." Tanya Ayyash sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Abang tahu kan diaorang tu buat pemerdagangan manusia, jual perempuan, jual budak tak kan lah Adra nak diam je?"

"Aku tahu, kau tunggu je esok confirm tempat kerja haram diaorang tu kena serbu." Ujar Ayyash dengan selamba

"Wait so abang dah tahu lama lah pasal pemerdangangan orang tu?" Kini Tengku Adra pula mahu marahkan Ayyash.

"Eh dah lewat ni, aku nak kena hantar kau balik pulak, mak ngah mesti dah lama tunggu kau balik tu dah-dah jom kita balik." Ayyash menukar topuk. Kemudian Ayyash memasangkan helmet kepada Tengku Adra.

"Abang jangan nak tukar topik eh, Adra bagitahu umi abang yang abang ada awek!" Ugut Tengku Adra.

"Diamlah pendek." Tengku Ayyash menghidupkan enjin motosikal berkuasa tingginya lalu bergerak meninggalkan kawasan kafe Dyanz. Kalau dia melayan bebelan adik sepupunya itu sampai subuh lah dia duduk di situ.

The Hidden Lies : Tengku Ayyash Hakimi | CWhere stories live. Discover now