Nama aku Diana Qistina, panggilan pendek, Ana. Aku merupakan seorang pelajar universiti di Shah Alam. Pada mulanya, tempat aku membesar di Melaka tetapi suatu kejadian perit telah terjadi yang membuatkan aku lari ke Shah Alam.
"Ana! Apa yang kau termenungkan lagi tu? Cepatlah sikit!" Tegur rakan karibku, Nadirah. "Eh! Mana ada aku termenung, aku tengah siaplah. Sabarlah sikit." Jawabku sedikit marah.
Nadirah ialah kawan karib Diana sejak sekolah rendah lagi. Mereka tu bagaikan isi dengan kuku, dimana ada Diana disitulah ada Nadirah. Walaupun banyak kejadian terjadi semasa di sekolah menengah dulu, Nadirah masih lagi rapat dan ingin berkawan dengannya. 'Eh baik aku cepat sebelum Nadirah marah aku lagi.' Bisik hati Diana.
Sebaik saja Diana turun tangga, dia dapat bau masakan Mama Ila, ibu kepada kawannya. "Ha, turun pun kamu Ana. Sini makan sekali." Pelawa mama Ila. "Goodmorning mama!" Sahut Diana. Breakfast kegemaran Diana terhidang. Diana laju mengambil tempat disisi rakannya.
"Makan cepat sikit, takut lambat pula masuk kelas." Sampuk Nadirah pula. "Ye, aku tahu lah." Jawab Diana ala kadar. "Ish kamu dua orang ni! Tak eloklah anak dara cakap macam tu, cuba elok sikit percakapannya. Dah lekas makan." Tegur Mama Ila pula.
Selesai makan Diana dan Nadirah bergesa-gesa untuk ke kelas mereka. Setelah tiba di kelas, mereka dengan pantas mengambil tempat masing-masing. "Nasib baik tak lambat. Kau lah ni makan lama sangat." Kata Nadirah sedikit marah. "Eh, senyaplah kelas nak mula dah ni." Jawab Diana selamba.
Seorang jejaka memasuki kelas mereka dan mula berkata, "Assalamualaikum kelas, saya disini sebagai pengganti Encik Fauzi memandangkan dia mengalami kemalangan beberapa hari lepas." Semua pelajar terkejut dengan berita buruk yang disampaikan dengan selamba oleh jejaka itu. "Nama saya Zayan dan saya harap semua disini dapat menerima saya dengan baik."
"Macam mana nak belajar kalau ada jejaka handsome terpacak depan mata ni weyh." Bisik Nadirah kepadaku. "Eh Nad, kau jangan macam-macam eh, tu lecturer kita tau. Umur pun tak tahu berapa bezanya." Bisikku kembali kepada Nadirah.
YOU ARE READING
HANYA KAU YANG TAHU [OG]
RomanceDiana Qistina, seorang gadis yang berumur 20 tahun,pelajar universiti di Shah Alam. Semua orang yang baru sahaja mengenali dia terjatuh hati dengan kebaikannya manakala mereka yang sudah lama mengenal dia, jijik akan dirinya. Mengapakah mereka jijik...