._BAB 2_.

19 3 6
                                    

"Terima kasih semua, kelas dah tamat. Semua boleh bersurai." Kata Sir Zayan. "Nad, kau nak lunch apa harini?" Tanya Diana pada Nadirah. Nadirah enjut bahu tanda tak tahu. "Kalau macam tu tempat biasa lah." Tanya Diana lagi. Nadirah angguk tanda setuju. 'Dah kenapa dengan Nad ni, dari tadi tak bersahut' Bisikkan kecil muncul dalam hati Diana

Setelah berjalan untuk seketika muncullah mereka berdua di hadapan ChartCharm Cafe. Sebuah kafe buku kegemaran kedua gadis itu. "Ana, Nad! Welcome girls! Nak order apa?" Kata seorang gadis comel yang bernama Aila. "Macam biasalah beb." Jawab Diana pada pertanyaan gadis dihadapannya itu.

Aila merupakan rakan karib kepada Diana dan Nadirah. Dia bekerja part-time di kafe ChartCharm itu. Dia pelajar di universiti yang sama tetapi mengambil bidang yang berbeza. Bila tiada kelas dia akan bekerja di sini. "Nah makanan korang. Weyh Ana, kenapa dengan Nad tu asyik mengelamun aja?" Pertanyaan Aila membuatkan Nadirah tersentak. "Mengelamun apanya. Aku tengah fikirkan fasal assignment Sir Zayan tu." Suara Nadirah naik seoktaf. "Fikirkan fasal assignment Sir ke fasal Sir Zayan tu sendiri?" Perli Diana.

Muka Nadirah naik kemerahan. "Ish, mana ada! Nak perli-perli aku pula." Ajuk Nadirah tanda malu. Tergelak Diana dan Aila kerana kelakuan kawan mereka sorang itu. "Eh, dahlah aku nak sambung kerja. Kena marah pula aku nanti." Kata Aila secara tiba-tiba.

Selepas sejam mereka melepak di kafe itu, mereka pun menerus kan perjalanan. Ambil angin di sebuah taman yang sangat cantik berdekatan dengan kafe itu. "Weyh Nad, lepas ni kau ada kelas lagi ke?" Tanya Diana dengan intonasi yang misteri. "Tak ada lagi. Harini satu kelas aja aku ada. Kenapa?" Jawab Nadirah tertanya-tanya. "Aku nak bawa kau shopping." Kata Diana.

Diana menarik tangan Nadirah ke bus stop. Selang beberapa minit, suatu kereta tiba tepat di hadapan mereka. Rupanya Diana telah menempah kereta ketika mereka mengambil angin di taman tadi. Tiba sahaja mereka di pasar raya, Diana memegang tangan Nadirah dan menarik dia masuk.

Nadirah bertanya "Kenapa kau ajak aku shopping tiba-tiba ni?" Diana tersengih mendengar pertanyaan rakannya itu. "Sebab minggu depan kan kita akan jadi intern. Kau lupa ke? Kita kan apply tempat yang sama." Jawab Diana panjang. "Eh jap, kita accepted ke?" Kata Nadirah teruja. "Kalau macam tu jom shopping. Aku tak sabar ni." Sambung Nadirah lagi.

HANYA KAU YANG TAHU [OG]Where stories live. Discover now