BAB 1

77 2 0
                                    

RYAN ketawa terkekek-kekek apabila jejaka di sebelahnya ini masih tak mampu mengawal tawa. Melihatkan pelajar lelaki tadi jatuh disebabkan Ryan yang sengaja menghalang langkah lelaki itu dengan kakinya membuatkan Ryan dan Hashriz laju saja lari bagai dikejar anjing ke cafeteria.

"Kau ni!" Bahu Ryan ditumbuk kuat.

Ryan akhiri ketawa dengan senyuman manis.

"Dah lama tau tak buat jahat macam ni." Bebel Ryan dan letakkan tangannya di dalam poket.

"Kau kenal tak budak tu siapa? Kenapa kau cari pasal? Kalau budak tu nampak kau lagi, naya kau, Ryan." Hashriz memberi amaran dan Ryan angkat bahu dengan kening dijongket.

"Entah. Budak nerd macam tu. Dia nak ngadu kat siapa?"

"Ryan..." Hashriz pandang sahabatnya lama. Jejaka tegap di sebelahnya ini memang tak serik walaupun dah berubah.

"Fine... Nanti aku minta maaf dengan dia." Ryan angkat tangannya bagai bersumpah.

Sejak kemalangan Cempaka, Ryan Quraish bukanlah jejaka nakal dan tak waras seperti dulu. Sekarang, Ryan Quraish ini sudah berubah 360 darjah. Dia adalah seorang jejaka yang jaga agamanya, yang meletakkan keluarganya sebagai keutamaan, tidak bergaul dengan orang lain selain Hashriz dan sentiasa tundukkan pandangan apabila berhadapan dengan mana-mana gadis cantik. Kalau dulu perempuan seksi boleh buat dia tergoda, sekarang jauh sekali. Hanya Hashriz yang kenal siapa Ryan yang sebenar. Mereka kawan sejak kecil, sudah tentu hanya Hashriz seorang saja yang kenal perangai sebenar Ryan selama ini.

"Kau nak pergi mana ni?" Terjongket kening sekali lagi Ryan bertanya.

"Jumpa bakal isteri." Hashriz tekup mulutnya. Dah macam perempuan! Dia sendiri cakap, dia sendiri blushing. Gila!

"Gedik."

Ryan jeling dan buka langkah. Seketika Ryan gelak kecil, sengaja cari pasal dengan Hashriz. Hashriz pula hanya pandangnya tajam. Sakit hati cakap dengan Ryan ni! Perangai dari dulu susah betul nak sokong member!

"Tunggu aku!"

Hashriz lari anak-anak mendekati Ryan yang sudah beredar jauh darinya. Mereka berjalan bersebelahan sebelum Hashriz pandang sahabatnya lembut.

"Kau tak nak cari girlfriend?"

"Aku?" Ryan tunding dirinya dan Hashriz mengangguk.

Senyuman tipis diukir di wajah Ryan sebelum dia geleng lemah.

"Aku masih perlu luangkan masa dengan diri, Hash. Banyak salah silap aku dulu. Biarlah aku dekat dengan Allah dulu, luangkan masa dengan family aku, dengan kau. Gamaknya lepas graduate baru aku cari."

Jujur dari hati dia mengungkapkan kata-kata itu. Dosa yang lama masih tersisa di hati. Dia masih sakit mengenang dirinya yang hina dahulu. Buta. Dia buta dalam segala hal. Sehinggalah Cempaka menjadi pengajaran buatnya. Wanita yang pernah dia hina dahulu, akhirnya dia jaga hari ini.

"Tapi umi kan nak tengok kau kahwin."

"Kau nak aku kahwin awal ke?" Tanya Ryan jujur dan Hashriz angkat bahu.

"Mana tahu jodoh kau sampai awal? Aku pun dah tunang dengan Aina. Tahun depan, kau adalah orang pertama aku nak tengok yang hadir dekat majlis perkahwinan aku. Mana tahu kau bawa bini?"

Ryan ketawa kecil dan langkah mereka masih diteruskan ke parking lot itu. Cuaca yang panas langsung tak diendahkan. Entah kenapa si Hashriz ni nak angkut Ryan sekali jumpa tunang dia. Takkan nak jadi orang ketiga pula?

"Aku nak fokus study, nak jaga company daddy dulu. Biar hidup aku stable sikit. Tak adalah isteri aku hidup susah nanti, kan?"

Cadang Ryan pula dan Hashriz angguk laju. Benar juga tu. Dia perlulah kehidupan yang stabil dulu. Ryan ni bukan ada kerja part-time macam Hashriz. Ryan hanya seorang pelajar universiti biasa yang masih menjadi kegilaan ramai tapi pada masa yang sama, dia seorang yang sering dikutuk kerana angkuh. Angkuh bukan sebab kaya tapi sebab kisah silam.

"Ni kenapa kau paksa aku ikut kau? Aku baru plan nak tidur petang-petang macam ni. Aku tak nak rembat tunang kau, jauh sekali jadi third wheel."

Pemegang pintu kereta sudah dipegang erat oleh Ryan. Hashriz yang baru saja mahu membuka pintu kereta itu terus pandang Ryan dengan senyuman tipis.

"Ikut sajalah."

Jejaka itu terus masuk ke perut kereta, melabuhkan punggung dan Ryan masih terkebil-kebil dengan jawapan Hashriz. Jarang Hashriz berahsia dengan dia macam ni. Tapi... Tak apa. Sebabkan dia percaya Hashriz, dia ikut saja.

𝐑𝐲𝐚𝐧: 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝, 𝐌𝐫 𝐄𝐧𝐢𝐠𝐦𝐚 [𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤]Where stories live. Discover now