Chapter 1

19 0 0
                                    

( un-edit version )

Santorini, Greece ( 2023 )

"Mama, nanti kita pergi bercuti dekat Gelice nak tak?" Ujar seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun; Solomon Jarrel William. Jadi kecil Solomon menunding ke arab negara yang tertera di atas peta tersebut.

Sewaktu ibunya masuk ke tandas, dia sibuk bermain dengan peta yang terbentang luas di atas meja kerja milik ayahnya itu. Mulutnya terkumat-kamit membaca satu persatu nama negara sehingga dia berhenti pada negara Greece.

"Hm? Kemana sayang?" Soal Puan Sierra lembut. Jari Puan Sierra mengurut dadanya yang terasa sakit, matanya pula tertutup rapat.

"Gelice." Ujar Solomon pelat. Matanya memandang Puan Sierra yang agak tidak bermaya itu. Solomon terus mengeluarkan satu botol kecil minyak angin dari beg sekolahnya. Mama dan papa selalu letak minyak angin ni dalam beg Solomon. Kata mereka, nanti sakit boleh sapu guna minyak ni.

Minyak angin dituang sedikit ke atas telapak tangan kecilnya lalu digosok dengan perlahan, sebelum Solomon mengurut dada dan dahi ibunya itu.

"Pain, pain go away. Go away from my mama. Or else I will haunt you for the rest of your life." Kata Solomon sambil memicit pelipis dahi Puan Sierra. Kesian mama sakit, nanti mama tak boleh nak masak untuk Solomon dan papa.

Puan Sierra ketawa kecil taktala telinganya menangkap kata-kata penuh dendam anaknya itu. Halah anak mama, mana awak belajar cakap macam tu.

"Mama, are you okay? Did you feel better now?" Soal Solomon cemas. Dia menekup pipi Puan Sierra. Mukanya di dekatkan dengan muka si ibu. Mana lah tau kalau mama dia hanya berpura-pura sihat. Memang Solomon merajuk lima minit.

"Don't worry baby. I feel better now, thanks to you and your sweet lullaby." Kata Puan Sierra lalu mencuit sedikit hidung anak kesayangannya. Wajah anak lelakinya dipandang dengan penuh kasih sayang.

Mirip sungguh dengan wajah suaminya itu. Sembilan bulan dia mengandungkan Solomon, tau-tau keluar muka suaminya. Ish, baik baik kacak.

"Why mama tengok Arrel macam tu. Arrel kacak sangat ke?" Soal Solomon sambil menyegetkan kepalanya. Pelik tengok mamanya yang tiba-tiba senyum.

Dia mengeluarkan cermin saiz kecil dari poket seluarnya. Papa yang selalu selit cermin ni dalam poket Arrel. Kata papa, kalau ada awek lalu kena betulkan rambut dulu baru awek suka dekat kita.

Puan Sierra ketawa lagi. Suka betul dia dengar anak lelakinya puji diri sendiri. Sebiji macam papa dia. Suka angkat bakul. Seluruh wajah Solomon, Puan Sierra cium bertubi-tubi. Anak kesayangan mama.

"Seronok nampak?" Tegur Tuan Ezekiel. Badannya disandarkan ke dinding sambil memeluk tubuhnya. Dari tadi dia hanya memerhati ibu dan anak ketawa sampai tak sedar Tuan Ezekiel sudah pulang dari mesyuarat.

"Papa kesayangan Arrel dah balik! Yeahh!" Jerit Solomon lalu dia melompat turun dari sofa. Tuan Ezekiel melutut lalu mendepakan kedua-dua tangannya, bersedia menyambut Solomon masuk ke dalam dakapannya.

" Hey, little buddy. How are you today?" Soal Tuan Ezekiel lalu dia mengangkat tubuh kecil Solomon. Pipi tembam Solomon dicium sekilas. Dia berjalan menuju ke arah Puan Sierra yang nampak sedikit lemah.

"I'm fine, papa. Tapi mama yang tak sihat." Adu Solomon. Dia melentokkan kepalanya di bahu Tuan Ezekiel. Bibirnya dicebikkan sedikit.

"What? Are you okay sweetheart?" Soal Tuan Ezekiel cemas. Dia duduk di sebelah isterinya, tapak tangannya dilekapkan ke dahi si isteri. Tak panas pun? Solomon yang berada di atas peha ayahnya turut melakukan hal sama, tak panas tapi mama muntah. Why?

Puan Sierra menggelengkan kepalanya. Sudah kata, anak dan bapa ini sama saja perangainya. Cepat gelabah.
"Saya okay lah. Tak demam teruk pun. Jom kita balik, kesian Arrel dari tadi dia mengadu lapar." Kata Puan Sierra. Solomon yang sudah mencebik sambil memegang perutnya dipandang. Kesian anak mama.

Tuan Ezekiel mengangguk. Beg sekolah anaknya dicapai lalu diberikan kepada isterinya. Wajah monyok anaknya dipandang.

"Arrel makan apa tadi masa papa masuk meeting." Soal Tuan Ezekiel.

"Arrel makan biskut oreo yang mama bawa je." Adu Solomon.

Tuan Ezekiel mengangguk. Hm, sian little buddy lapar. Mereka anak-beranak berjalan keluar dari bangunan gah tersebut ke tempat letak kereta.

"Papa." Panggil Solomon perlahan. Dia menguap lalu kepalanya dilentokkan ke bahu sasa ayahnya.

"Ya Arrel. Anak papa nak request apa-apa ke?" Jawab Tuan Ezekiel. Pintu kereta penumpang belakang dibuka tubuh kecil Solomon yang masih mamai diletakkan di atas baby seat dengan perlahan.

"Nanti papa masak spaghetti favorite Arrel boleh?" Pinta Solomon perlahan.

"Boleh sayang. Dah sampai rumah nanti, papa masak untuk Arrel dan mama okay." Kata Tuan Ezekiel lembut. Dia mengusap rambut perang anak lelakinya.

Puan Sierra hanya tersenyum melihat cara Tuan Ezekiel melayan anak mereka. Tak sia-sia dia mengorat Tuan Ezekiel dulu.

"Awak senyum-senyum apa? Saya kacak sangat ke hari ni?" Celah Tuan Ezekiel sambil mengukirkan senyuman kacaknya. Dia memandang isterinya lalu menghadiahkan satu kenyitan mata buat si isteri.

"Jom balik sebelum saya cucuk mata awak karang." Ugut Puan Sierra. Dia menjeling tajam suaminya itu. Miang tak bertempat.

Dulu, sebelum kahwin suaminya itu macam beruang kutub utara. Dingin bukan main. Sekarang dah kahwin, serupa kucing parsi.

"Baik sweetheart. Patik menurut perintah." Usik Tuan Ezekiel. Dia mencium jari isterinya. Asyik nak marah sejak kebelakangan ini. Garang kalah singa betina.

"Nanti saya kiss awak banyak-banyak okay, sweetheart." Usik Tuan Ezekiel lagi.

"Bencilah awak ni!"

The Missing ChapterWhere stories live. Discover now