[ un-edit version ]
Monemvasia, Laconia
Tahun 1980
"Huh, stres!" Si gadis bernama Rossa Lydia menghentakkan kepalanya di meja kayu. Buku teks hadapannya itu dipandang dengan jengkel. Malasnya nak belajar! Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali membuatkan Rossa mengoyakkan senyuman lebar.
"Argh, hujan!" Jerit Rossa sedikit kuat.
Rossa berlari keluar dari bilik dengan membawa senyuman di bibirnya. Pintu belakang rumah di buka, Rossa menoleh ke arah ibunya yang sudah menggelengkan kepalanya.
"Rossa stres. Nak healing dulu." Kata Rossa lalu dia mengenyitkan matanya. Dia terus berlari ke luar rumah dengan jeritannya. Rossa mengangkat sedikit kainnya lalu dia menari di bawah hujan lebat seolah-olah dia berada di dunia yang orang lain tak boleh lihat.
Tuan Marlon tersenyum lebar melihat si isteri sudah mencekak pinggang dan anak sulungnya sedang menari di bawah hujan dengan gembira sekali. Dia baru sahaja pulang dari pasar membeli barang yang dipesan oleh isterinya.
"Macam tak biasa." Tegur Tuan Marlon. Barang yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja. Puan Delilah mencebik. Tak habis nak sebelahkan anak sulung mereka itu.
"Bukan tak biasa. Anak awak tu kalau sakit dia cari saya juga. Lagipun esok dia sekolah, ada peperiksaan akhir tahun. Saya tak nak dia sakit." Bebel Puan Delilah. Tangannya lincah mengeluarkan satu persatu barang dari beg membeli-belah.
"Ibu nak syusyu." Celah Violette Ophelia. Adik bongsu Rossa yang umurnya baru cecah tiga tahun. Tuan Marlon mengangkat tubuh kecil itu lalu di bawa ke sinki. Pili air dibuka lalu dia membasuh muka Violette dengan berhati-hati.
"Ayah buatkan susu untuk Lia yer. Ibu sibuk, dia nak masak makan malam untuk kita." Ujar Tuan Marlon. Tubuh anaknya itu diletakkan di atas kerusi.
"Kakak mana?" Soal Violette. Dari tadi dia mencari si kakak. Bangun dari tidur, kakak tiada di sebelahnya. Hanya buku sahaja yang menemaninya.
"Kakak dekat luar, main hujan. Adik tolong panggil kakak suruh masuk boleh." Pesan Puan Delilah. Violette mengangguk lalu dia turun dari kerusi dengan perlahan. Kaki kecilnya berlari ke arah halaman belakang.
"Kakak! Ibu suruh masuk. Pastu mandi." Laung Violette. Dia mencekak pinggang. Muka garang ditunjuknya. Violette marah ni. Kakak mandi hujan tak ajak Violette sekali.
"Okay. Adik tolong ambilkan kakak tuala." Laung Rossa pula. Violette terus berlari masuk ke dalam bilik Rossa untuk mengambil tuala yang dipinta oleh si kakak. Tuala untuk dirinya juga diambil, nak mandi dengan kakak
"Sedapnya bau." Komen Tuan Marlon. Dia menolong isterinya menghidang makanan di atas meja.
"Budak-budak tu tak siap mandi lagi ke?" Soal Puan Delilah. Dia menoleh ke arah suaminya yang juga turut memandang ke arahnya. Tuan Marlon hanya menjongketkan bahunya. Tanda tidak tahu.
"Rossa Lydia! Violette Ophelia! Turun makan, anak-anak! Laung Puan Delilah. Bunyi gelak ketawa dari dua beradik membuatkan Tuan Marlon dan Puan Delilah menggeleng kepala.
"Ya Tuhan! Apa nak jadi dengan muka kamu ni Violette Ophelia." Marah Puan Delilah. Terkejut dia dibuatnya apabila melihat muka anak bongsunya penuh dengan bedak.
"Kenapa tak makan lagi?" Tegur Puan Delilah. Violette yang berada di dukungannya didudukan di sebelah Rossa
"Wah! Tzatziki my favourite." Ujar Violette dengan gembira. Dia mencapai satu keping roti pita bersama dengan tzatziki iaitu creamy cucumber yogurt, lalu dimasukkan ke dalam mulut kecilnya.
"Sedap?" Soal Puan Delilah. Dia tersenyum kecil melihat suami dan anak-anaknya menikmati air tangannya dengan penuh nikmat. Terasa dihargai.
"Sedap!" Kata Tuan Marlon, Rossa dan Violette serentak. Mulut mereka penuh dengan makanan.
"Terima kasih ibu, nanti masak lagi okay." Kata Rossa. Satu keping roti pita dia ambil lalu Rossa menyuap masuk ke dalam ibunya.
"Boleh sayang. Nanti ibu buat lagi." Ujar Puan Delilah.
YOU ARE READING
The Missing Chapter
Fantasy"Once upon a time-" Dia, Rossa Lydia Gilbert. Anak perempuan sulung. Dia cantik, bijak dan pandai berdikari. Cuma dia tidak dapat menerima kemalangan yang menimpa keluarganya. Terlalu sayang dengan keluarganya sehingga dia menulis cerita fantasi te...