bab 6

136 8 0
                                    

Hafiy Qays, Muhammad Taufiq dan Sharil Ridzuan tersenyum bangga sebaik mereka selesai membaca halaman terakhir Al-Quran.

"Alhamdulillah, kamu bertiga dah khatam Al-Quran. Lepasni dah boleh baca sendiri kat rumah." Kata Ustaz Hamadi.

"Terima kasih lah ustaz sebab dah ajar kami dari Iqra 1 sampai dah khatam ni." Taufiq berdiri untuk bersalaman dengan Ustaz Hamadi diikuti Aril dan Hafiy.

"Hafiy, saya amanahkan kamu untuk tengok budak berdua ni. Pastikan mereka baca kat hostel dan lancarkan lagi bacaan. Dan tahniah untuk kamu sebab dah khatam lagi untuk kali ke 5."

"Terima kasih ustaz, In shaa Allah." Jawab Hafiy. Dia memandang ke arah dua sahabatnya itu sambil menjongketkan keningnya.

Taufiq dan Aril hanya menjeling. Banggalah tu ustaz puji.

Usai Ustaz Hamadi pulang, mereka bertiga duduk di ruang tamu rumah Hafiy. Malam ini hanya mereka bertiga memandangkan kedua orang tua Hafiy pergi bercuti.

"Wey Ril, jom buat sedekah. Kita hantar kat rumah anak yatim atau surau-surau." Kata Taufiq.

"Kau nak sedekah apa? Dan sempena apa?"

"Alaa sempena kita khatam ni lah. Kita sedekah nasi ayam, kita order jelah kat restoran dan suruh dorang hantar ke sana. Tapi aku nak letak banner sekali lah."

Aril dan Hafiy sudah memandang antara satu sama lain.

"Banner apa?" Soal mereka serentak.

"Banner lah, nak letak 'kami dah khatam quran korang bila lagi?' Lepastu bawah tu letak gambar kita bertiga, kan best tu. Confirm jadi calon menantu mithali." Senyum lebar Taufiq membayangkan sebelum Aril menampar belakang kepalanya.

"Sakit bodoh!"

"Kau memang saja nak malukan kitaorang kan? Kau fikir orang surau tu akan fikir kau hebatlah dah khatam Quran? Dorang bahan kau lagi adalah." Marah Aril. Taufiq ni kalau sehari tak buat perangai bodoh memang tak sah! Humban dari aras 3 banglo keluarga Hafiy ni baru tahu.

"Aku cadangkan je, kalau kau tak nak biar aku dengan Hafiy jelah. Nanti kitaorang kahwin kau gigit kuku tepi pelamin." Taufiq masih tidak mengalah.

"Jangan nak libatkan aku. Kau nak sedekah aku ikut tapi untuk banner tu kau sendiri jelah, aku tak nak." Kata Hafiy sambil berlalu pergi. Kalau dilayan perangai Taufiq sampai ke esok subuh dia tak tidur.

Taufiq sudah mencebik. Tak supports kawan langsung!

Aril turut bangun dan berlalu pergi ke bilik tetamu yang sering dia gunakan. Dalam rumah Hafiy ada 13 bilik tidur dan 3 bilik di rumah itu sudah jadi bilik mereka berempat- Aril, Taufiq dan si Kembar.

"Ni nasib baik anak syurga dua orang tu balik kampung kalau tak confirm lagi haru hidup aku dengan Hafiy." Kata Aril bila teringat Nu'aiman dan Nu'Eiman. Kedua sahabat mereka itu pulang ke kampung kerana nenek mereka baru sahaja meninggal. Sepatutnya Isnin depan mereka sudah pulang dari kampung.

"Kena sediakan mental lah nak menghadap 3 anak syurga nanti." Kata Aril sambil menghempaskan badannya ke atas katil.

🦋🦋🦋🦋🦋

Nawira mendengar penerangan yang diberikan oleh Madam Ana di hadapan. Tangannya turut menulis nota penting di dalam bukunya.

"Okay, ada yang dah dapat imbangkan akaun bagi company Y?" Tanya Madam Ana berkenaan soalan latihan yang mereka buat. Semuanya berdiam diri sebelum Nawira mengangkat tangan lalu pergi ke hadapan untuk menjawab. Selepas beberapa minit, Nawira meletakkan marker pen dan kembali ke tempat duduknya.

"Excellent Nawira. Yang lain boleh tengok jawapan Nawira untuk rujukan soalan-soalan seterusnya. Saya rasa itu sahaja untuk hari ini, saya keluar dulu." Kata Madam Ana sebelum berlalu keluar.

"Wey Nawira, kau kena ajar aku. Aku tak faham sangat lagi." Nana mendekatkan diri dengan Nawira.

"Okay, nanti kat bilik aku ajar, kejap lagi subjek micro (microeconomic)." Jawab Nawira sambil menyusun buku subjek account ke dalam beg nya.

"Selamat pagi adik-adik junior!" Tiba-tiba 3 orang pelajar lelaki masuk ke dalam dewan kuliah mereka.

"Okay, ada pengumuman sikit, minggu depan U kita akan adakan Festival Kebudayaan jadi saya minta untuk kelas korang hantar wakil untuk setiap aktiviti yang dipertandingkan terutama sekali pertandingan nyanyian. Kalau menang boleh duet dengan abe Hafiy untuk pertandingan antara U." Kata salah seorang dari mereka, Nu'Eiman.

Pelajar perempuan mula tergedik-gedik. Hafiy Qays, siapa yang tak mahu duet dengan senior yang handsome dan merupakan pemain piano yang terkenal di social media dan sudah pernah memenangkan pertandingan besar beberapa kali.

"Nanti PA korang akan berikan link untuk pendaftaran. Dan hari ahad ni saringan sebelum pertandingan sebenar minggu hadapan." Sambungnya lagi.

"Okay, itu sahaja, peace and out!" Bergegas Nu'man, Nu'aiman dan Khairil keluar dari dewan itu apabila sir Idham masuk ke dalam.

🦋🦋🦋🦋🦋

"Nawira, kau tak nak join ke pertandingan menyanyi tu?" Tanya Nana tiba-tiba.

"Hah? Tak nak aku. Buang masa, lagi bagus aku pergi kedai aku."

"Tapi suara kau sedap lah. Daripada geng fake blackpink tu yang join better kau yang join. Tak lah malu sangat fakulti kita ni."

Kunyahan Nawira terhenti seketika dan memerhati kawasan sekeliling cafe.

"Kau ni memang tak sayang mulut kan? Kalau dorang dengar, kesian telinga aku nak mendengar suara kepit dorang tu marah-marah." Nana tertawa bila membayangkan hal itu.

"Erm hi. Nama I Irwan, boleh tak I nak minta nombor you?" Tanya Irwan sambil menghulurkan telefon pintarnya kepada Nawira. Nawira memandang kosong ke arah Irwan.

"Sorry tapi kitorang tengah shoot video untuk project class and you dah termasuk dalam video." Kata Nawira sambil menunjuk ke arah pasu comel di atas meja itu.

"Say hi to our hidden camera." Sambung Nawira lagi.

"I am really sorry, saya tak tahu." Irwan meminta maaf sambil melambaikan tangannya ke arah pasu itu. Nana berusaha menahan ketawanya dari meletus. Beberapa pelajar yang terdengar perbualan mereka juga tersenyum-senyum.

"Tak apa. Tapi kami nak sambung recording so.." Irwan yang faham akan isyarat mata Nawira segera berlalu dari situ. Wajah dingin Nawira jelas menunjukkan dia tidak ingin berkenalan.

"Jahat do kau!" Kata Nana dalam tawanya.

"Diamlah." Nawira hanya mengendahkan Nana yang tidak berhenti ketawa itu dan segera berdiri selepas selesai makan. Balik bilik rehat lagi bagus.

"Wey tunggulah!" Jerit Nana sambil mengejar langkah laju Nawira.

.

.

.

Tbc

ASTREA Bintang Hidupku (OG)Where stories live. Discover now