"Taknak!" laju Dahlia menolak.
Mana tak nya, ada ke patut Amanda tu suruh dia naik dengan Hayyan? Dia dah lah tengah tak ngam.
"Alah Lia, aku nak kena pergi somewhere dengan Arash" lengan Dahlia dirangkul.
Mereka memang dah rancang supaya Dahlia naik dengan Hayyan. Yang lain mestilah balik dengan suami sendiri. Amanda pula kena balik dengan Arash. Sebenarnya mereka berdua tak ada kemana pun. Saja cipta alasan supaya Dahlia dengan Hayyan satu kereta.
"Manda, aku dah cakap dengan kau malam tadi kan?" marah Dahlia.
"Yee tapi sorry lah Lia. Aku tak boleh hantar kau balik kampung. Kau naik lah dengan Is tu" penat Amanda memujuk rakannya yang keras kepala itu.
"Taknak. Baik aku order grab" lantas Dahlia mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar.
"Tak payah mengada. Masuk sekarang" arah Hayyan. Wajahnya ketat.
"Aku tak-" baru sahaja Dahlia ingin menolak, Hayyan meminta percakapannya.
"Masuk" kali ini, nadanya sedikit tegas.
"Tch" Dahlia berdecit. Dengan terpaksa, dia melangkahkan kaki untuk masuk ke dalam Audi Tt 2.0 tfsi milik Hayyan itu.
"Thanks tau, Is. Nanti kau hantar dia balik kampung" pesan Amanda.
Hayyan hanya mengangguk.
Dia menuju ke tempat pemandu sebaik sahaja memasukkan bagasi milik Dahlia ke dalam but kereta. Pintu dibuka lalu dia meloloskan diri masuk ke dalam keretanya. Pintu kembali ditutup. Langsung dia tidak melihat Dahlia yang berada di sebelahnya itu. Tali pinggang keledar terlebih dahulu dipasang. Keretanya mula dipandu.
"Balik rumah family kau, kan?" soal Hayyan.
"Hm" balas Dahlia ringkas.
Sepanjang perjalanan mereka hanya diam. Hanya ditemani dengan lagu yang disiarkan dari radio. Rasa sejuk membuatkan Dahlia mengantuk. Hujan turun dengan lebat sejak dari tadi. Dahlia mengerling jam di telefonnya. Lama lagi nak sampai. Matanya melihat ke arah luar. Menikmati pemandangan hijau di sekeliling. Dia melelapkan matanya.
Lama. Dia terlalu penat. Malam tadi pun dia tak boleh tidur dengan nyenyak.
Suara garau yang sedang menyanyi mengikut lagu di radio itu memasuki koklea telinganya. Dahlia mencelikkan matanya. Terbeliak matanya apabila dia sedar yang dia sedang terlentok di bahu Hayyan. Dia kembali memejamkan matanya untuk terus mendengar suara itu. Nasib Hayyan tidak perasan gara-gara Dahlia tertunduk sedikit.
You came out the blue on a rainy night
No lie
I'll tell you how I almost died
While you're bringing me back to life
I just wanna live in this moment forever
'Cause I'm afraid that living couldn't get any better
Started giving up on the word forever
Until you gave up heaven, so we could be together
You're my angel
Angel baby, angel
You're my angel, baby
Baby, you're my angel
Angel baby
YOU ARE READING
Bunga Milik Hayyan
Random13 tahun lalu.. "Ni lagi satu. Kau pun dah tahu kan, aku dengan Hannan tu ada apa-apa. Just stop kejar aku. Tak payah lah berharap. Kau tu beria tahu tak?"--Iskandar. "Kau ingat dengan cara kau tolong aku, bagi aku macam-macam, aku akan terima kau...