Habis sahaja doa selamat, tetamu mereka mula menjamu selera. Ramai juga yang datang. Tambah pula saudara-mara Dahlia yang ramai. Makin meriah kenduri itu dibuatnya.
Dahlia dan Hayyan duduk bersebelahan di satu meja. Bersama dengan adik-beradiknya dan anak-anak buahnya. Anak-anak buahnya suka betul dengan Hayyan. Asyik nak mencuit aje kerja.
Hayyan memandang Dahlia yang ada di sebelahnya itu. Dahlia masih merajuk dengannya. Dia perlu memujuk Dahlia segera. Sakit pula asyik dipulaukan. Dia nak perhatian daripada Dahlia.
"Bunga sayang, kau merajuk lagi ke?" soal Hayyan.
"Sejak bila pula aku kata aku merajuk?" balas Dahlia dengan pandangan dinginnya.
"Mana ada orang merajuk bagi tahu yang dia merajuk, kak" celah Affan. Suka pasang telinga.
"Tah nya. Tu muncung tu. Dah macam itik dah aku tengok" sakat Hayyan. Dia tergelak kecil.
Terus Dahlia memandang Hayyan. Dah sakitkan hati dia, nak samakan dia dengan itik pula??
"Ehh lempang kang, nak?" Dahlia mengangkat tangannya.
Dia kembali memalingkan wajahnya daripada Hayyan. Bertambah sakit pula.
"Sorry pasal tadi" kata Hayyan secara tiba-tiba.
Dahlia hanya diam. Malas ingin membalas apa-apa. Lagi pun, dia tak ada mood.
Macam mana tak merajuk? Ungkit lagi pasal bekas kekasih hati dia yang dah kahwin tu. Tak boleh nak move on lagi ke bang?
"You can forgive me, right?" tanya Hayyan lagi.
"Tengok lah macam mana" balas Dahlia dingin.
Hayyan mengeluh. Nampak gaya, Dahlia masih tak nak maafkan dia. Tinggal satu aje cara untuk pujuk Dahlia.
"Ok, ok. How about.. aku belanja kau makan esok?"
Dengar sahaja perkataan belanja, cepat-cepat Dahlia memusingkan tubuhnya menghadap Hayyan.
"Deal" Dahlia di dalam mod seriusnya.
"Deal"
Dahlia tersenyum riang.
Berjaya juga Hayyan memujuk Dahlia.
"Saya nak ikut, bang" celah Affan.
Hayyan dan Dahlia menoleh ke arah Affan. Hayyan membuat mimik muka.
Affan pula yang terkebil-kebil cuba untuk menafsir wajah Hayyan itu. Hayyan mengeluh apabila melihat Affan tidak faham dengan isyaratnya. Dia menyuruh Affan mendekatkan telinganya supaya dia boleh berbisik.
"Bagi lah chance aku dating dengan kakak kau ni"
"Mana boleh bang. Kita kalau berdua mesti ada yang ketiga. Yang ketiga tu syaitan. Haa abang nak ke ditemani syaitan? Better abang bawa saya sekali" kata Affan. Boleh dah tu jadi ustaz.
"Nanti aku transfer 100"
"Ok, boleh" laju Affan terima.
YOU ARE READING
Bunga Milik Hayyan
Random13 tahun lalu.. "Ni lagi satu. Kau pun dah tahu kan, aku dengan Hannan tu ada apa-apa. Just stop kejar aku. Tak payah lah berharap. Kau tu beria tahu tak?"--Iskandar. "Kau ingat dengan cara kau tolong aku, bagi aku macam-macam, aku akan terima kau...