P/s: i changed the setting, dulu diorang belajar kat puncak alam. But now its perlis ❤️
Dalili rasa canggung menunggu di sebelah lelaki yang kini nyenyak tidur. Lelaki jari putus ni. Nasib baiklah kawan tu dah tertidur, kalau tak, mesti bertambah canggung!
Dia memandang ke arah dinding belakang katil lelaki ini. Tertulis nama Ammar Ukashah Johan Bin Iskandar Shah. Panjang betul nama!
Sepanjang proses nak memasukkan Ammar Ukashah Johan ni ke dalam wad di sini, sepanjang tu lelaki itu langsung tak bersuara. Kalau tanya sesuatu, dia jawab sepatah dua. Tanya ada kawan untuk telefon tak? Dia jawab 'tak tahu.'
Tak tahu? Apa maksud dia tak tahu?! Kau tak tahu kau ada kawan ke tak?! Sesuatu sangat. Terus tak jadi Dalili nak jatuh hati.
Kali terakhir Ukashah bercakap dengan Dalili secara sukarela, hanyalah waktu mereka di dalam ambulans. Dan dia ada memesan Dalili untuk panggil dia Ukashah, bukan Ammar, meskipun nama Ammar ialah nama pertama dia.
Lepas daripada tu, bisu sahaja. Entah-entah, mulut ada simpan emas ya tak? Nak cuba periksa sementara dia tidur tak? Boleh Dalili bawa lari dan gunakan untuk bayar hutang PTPTN!
Dalili bersandar ke kerusi plastik di tepi katil. Meskipun mata khusyuk merenung habuk tebal di kipas hospital, kepala sibuk memikirkan hal lain.
Haih. Dia banyak tugasan nak siapkan, tapi tak sampai hati nak tinggalkan Ukashah. Melihat kad pengenalan Ukashah saat dia hendak mendaftar untuk lelaki itu, tengoknya lelaki ini orang Klang.Jiran sekampung la ni! Kesian pula mengenang yang keluarga Ukashah mesti sedang kelam-kabut datang dari jauh.
Biarlah Dalili teman sekejap sehingga waktu melawat tamat.
Elok dia perhatikan habuk di kipas, tiba-tiba jatuh habuk itu ke bawah. Mata Dalili mengikut pergerakan habuk yang lemah gemalai itu sebelum ia mendarat di atas dahi Ukashah.
Ek ena. Banyak-banyak tempat nak mendarat, dekat situ juga dia nak jatuh ya?
Dalili mengeluh. Dari dahi, mata dia jatuh merenung wajah Ukashah. Ketika Ukashah berjaga, mukanya masam sahaja. Tapi sewaktu nyenyak tidur. Manis lenting pula mukanya.
Lelaki itu mempunyai rambut yang beralun dan agak panjang, paras leher. Wajahnya jenis kurus, macam tak pernah makan. Jadi, dagu dia tajam. Matanya panjang dan tajam juga, seperti mata kucing. Batang hidungnya tinggi, hujung hidungnya pula tajam. Kulitnya agak cerah. Dan yang paling menawan tentang lelaki itu ialah tahi lalat kecil di bawah mata kanan.
Sungguh manis.
Perlahan-lahan Dalili bangun. Dia merapati Ukashah dan menunduk memandang lelaki itu. Dia hendak mengalihkan habuk tersebut. Dengan berhati-hati, jarinya turun ke arah dahi Ukashah untuk memastikan yang dia langsung tidak tersentuh dahi lelaki itu.
Namun, pergerakan Dalili terhenti.
Mata si Ukashah dengan magiknya terbuka tiba-tiba. Betul-betul saat jarak wajah mereka agak dekat sekarang. Gaya macam si Dalili nak cium dahi mamat ni pun dada.
Mata Dalili yang tertumpu pada dahi Ukashah, beralih ke mata lelaki itu.
Awkward...
"Sorry!" Dalili menjerit. Dia terus menegakkan badan. Lantas, dia berundur dua tapak ke belakang dan menunduk 90 darjah. "Saya bukan nak sexual harras Ukashah! Maaf! Ini semua salah faham!"
Terkejut Ukashah mendengar jeritan kuat minah ni. MashaAllah. Dia ingat ni padang kawad ke? Terus Ukashah angkat jari ke bibir tanda 'dik, ini hospital dik, bukan rumah bapak awak.'.
Dalili terus kemam bibir. "Maaf," bisik dia. "Tapi saya nak alihkan habuk dekat dahi Ukashah aje. Tadi ada habuk jatuh atas dahi Ukashah." Dia tunding jari ke dahinya.
YOU ARE READING
Kau, Inspirasiku
RomanceAmmar Ukashah Johan terkenal sebagai seorang lelaki yang susah untuk senyum. Gembira? Muka kosong. Marah? Muka kosong. Sedih? Muka kosong. Tetapi sejak tragedi 'putus jari' yang dihadapi Ukashah dan pelajar junior perempuannya, tiba-tiba senyumannya...