3

202 40 3
                                    

Pergh, fakulti ni asyik buat festival jual makanan aje! Dia tak tahu ke pelajar Universiti Keris ni kais pagi makan maggie, kais petang makan hati? Boleh pula asyik buat festival, kan? Nak ambil semua duit yang berbaki dalam akaun dan suruh pelajar dia mengemis tepi jalan ke apa?

Tapi merungut-rungut si Irdina dalam hati, dia tetap menyarung seluar trek dan baju kemeja berlengan panjang dia. Baju yang disarung ialah baju yang tertulis nama persatuan pelajar TESL. Persatuan ETSA.

Dia nak turun sekarang dan lupakan diet dia

Tapi! Miskin seorang diri tak syok. Kena ajak kawan miskin sama-sama. Jadi, mangsa miskin bersama dia pada hari ini ialah... Dalili Fatini!

"Lili! Jom pergi festival depan Casua!"
Dia menjerit sambil melangkah masuk ke dalam bilik yang dikongsi bersama Dalili. Dalili angkat jari ke udara tanda 'diam la'.

"Isy! Kita pelajar TESL Lili! Bukan budak Sains! Apa kejadah study petang-petang buta ni! Tak TESL la kalau study hard bukan smart!"

Isy! Serabut Dalili!

"Pergilah kau dengan Harith. Aku nak siapkan cerpen aku. Tinggal satu bab aje lagi ni.

Terus Irdina muncul di meja belajar Dalili. Dagu dia direhatkan atas bahu gadis bertubuh kecil itu. "What? Tinggal satu bab aje? Bukan semalam kau kata, panjang lagi nak tulis?"

Dalili mengangguk. Jari masih laju menaip.

"Kau dapat inspirasi daripada mana ni? Ada bertapa dekat gua mana-mana ke minta idea?"

"Tak bertapa. Inspirasi tu datang daripada Tuhan melalui seorang lelaki..." dia terbayang wajah tak berperasaan seseorang. Nafas dia dicuri saat lintasan wajah itu muncul di kepala. "Yang comel."

"Siapa?" Irdina terus lupakan hasrat hendak merayau di Festival Makanan depan Casua.

"Ada la."

"Ceritalah!"

"Mana boleh! Rahsia aku." Dalili senyum kecil. "Tapi sejak aku jumpa lelaki ni. Tiba-tiba hero dalam cerpen aku, berupa. Tiba-tiba ada aura dia sendiri. Tiba-tiba ada personaliti tersendiri. Sejak watak ni wujud, unexpectedly, laju pula aku tulis apabila aku dah boleh bayang watak novel aku dengan jelas. Semuanya sebab, lelaki ni..." Wajah Ukashah muncul dalam kepala. Makin lebar senyuman Dalili. Dia sambung, "inspirasi aku."

Irdina terus merengek. "Siapa inspirasi kau ni? Aku kenal ke?"

"Dak."

"Budak course apa?"

"Rahsia."

"Hint la sikit!"

"Cium dulu, baru aku kasi hint."

Mustahil la Irdina yang ada pakwe ni nak ci-

Alamak. Irdina dah sedia muncungkan bibir dan mula mengejar si Dalili dan mahu mencium wanita itu sepuasnya.

"Meh sini aku cium kau gaya CPR!"

"TAK PAYAHLAH!"

"TADI KATA NAK AKU CIUM!"

"TAK NAK! KAU JANGAN SAMPAI AKU REPORT HARITH, IRDINA!"

"TAK APA. MEH AKU SENDIRI CALL HARITH MINTAK IZIN NAK BERCOMOLOT DENGAN KAU!"

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM. DASAR KAUM NABI LUTH!"

Kau, InspirasikuWhere stories live. Discover now