0ne

29 3 3
                                    

Pada suatu pagi yang indah, terdapat sebuah rumah sederhana besar di tengah bandar Seoul. Seorang putera Canada masih berguling di atas katil dengan mata masih terpejam. Kalau terlebih guling, alhasilnya dia bakal terjatuh.

Pung pang pung pang

"Bangun lah wahai adik ku yang rajin menanam anggur di dalam bilik. " panggil Taeyong sambil mengetuk kompang milik bapak mereka dengan sudip kayu. Sebelahnya terdapat seorang anak kecil dengan tahi lalat di bawah matanya.

"Pa, nak no yang kejutkan ke? " Jeno atau lebih mesra di panggil nono memandang ayah kesayanganya.

"Boleh juga, tepuk bontot dia kekuat tau No. " Nono mengangguk. Kaki pendeknya dijengket dan tangannya berusaha meraih tombol pintu yang sangat tinggi darinya.

Taeyong?

Hanya melihat kesusahan Nono .

"Papa! Toyong yah buka kan pintu ni. " Nono menjerit dengan suara pelat L nya. Matanya menjeling bapaknya . Taeyong yang baru sahaja dijerit oleh anak tunggalnya segera membuka pintu bilik Mark.

"Thank you papa, adios" tubuh gempal itu segera menyelinap masuk ke dalam bilik Mark lalu terkedek-kedek berlari ke arah pakciknya.

Dirinya melompat naik dan gigih untuk menaikkan kaki kanannya ke atas. Selepas mengambil masa yang lama , akhirnya Nono berjaya naik ke atas.

Puk puk!!

Mark menjerit kesakitan apabila pipinya di tampar kuat oleh tangan kecil Nono. Taeyong menepuk dahinya apabila anaknya menampar pakciknya. Lain yang disuruh, lain yang dibuat.

Puk puk!!

Sekali lagi pipi Mark ditampar oleh Nono. Nono ketawa besad apabila melihat pipi kurus Mark sudah merah seperti buah tomato. Mark memegang tangan Nono untuk mengelak di tampar lagi.

"Badan je kecik tapi tenaga kayak gorgon. " ujar Mark . Nono hanya menayangkan 4 gigi putihnya.

"Pakcik bangun tidur. " tutur Nono. Mark mengangguk. Segera dia mengubah posisinya dari baring ke posisi duduk. Nono masih dipangku.

"Mana bapak kau? " tanya Mark. Jari telunjuk Nono di arahkan ke arah Taeyong yang sudah tersengih-sengih.

"Kau yang suruh anak kau pukul aku kan. " Taeyong ketawa lalu berlari meninggalkan bilik adiknya. Mark menggelengkan kepalanya. Dia memandang anak buahnya.

"Kau asal tak sekolah? "

"Culi lah pakcik. Sekolah lulup. " Mark mengelipkan matanya beberapa kali.

Lulup?

Apaan tuh-

"Hah lulup? "

"Ihhh sekolah nono lulup sebab lerbakar! " jerit Nono kerana geram dengan pakciknya.

"Oh tutup. Aduhhh luar biasa lah kau punya pelat. " cemuh mark lalu bangun dari tempat tidurnya. Nono di dukungnya dan membawannya sekali masuk ke dalam bilik air. Basuh muka sahaja, tiada apa pun.

Selepas membasuh muka, Mark membawa Nono keluar dari biliknya dan turun ke bawah. Dirinta menjerit kecil apabila ruang tamu rumahnya penuh dengan saudara dan sepupunya.

"Nono!! " Nono memandang ke arah tiga orang budak lelaki yang sebaya dengannya. Tangannya memukul dahi Mark untuk meminta diturunkan.

Derhaka sungguh-

Nono segera berlari ke arah kroninya dan tersengih kecil. Mereka bertiga berpelukkan kegembiraan.

"Aaaa rindu injun, nana ngan echan! " jerit Nono dan memeluk mereka menggunakan tenaga dalamnya.

"H-huft l-lemas!" -tiga abdul.

"Opps  sorry hehe" Nono melepaskan pelukkannya dan menggaru kepalanya.

"Nono, nono bosan takkk? " tanya echan dengan tatapan jahilnya.

"Eung, bosan sikit" Balas nono dengan wajah muram. Tiba-tiba ada botol susu muncul dihadapan wajahnya.

"Nah minum" suruh nana dengan bibir yang penuh dengan susu. Nono menggelengkan kepalanya.

"Nono tak minum susu putih, nono minum susu coklat. " tolak Nono. Nana mengangguk dan menyedut balik puting susu itu.

Injun mengjudge nana disebelahnya. Apa kes minum susu lagi? Tengok injun, dah tak minum dah susu.

"Injun , mana puting kamu. Biar mama simpankan. " tanya mama huang. Injun menggelengkan kepalanya.

"Tak boleh! " jerit Injun lalu mengambil puting dan masuk ke dalam mulutnya. Mulutnya tergerak-gerak kecil. Mama huang menggelengkan kepalanya.

Mark mencari-cari ibunya di ruang dapur. Telingannya menangkap perbualan para ibu ibu mengenai percutian. Mark berdehem seketika dan Mama Lee(M) memandang anaknya.

"Eh Mark, ingatkan tak nak bangun dah. " sindir Mama lee (M) . Mark menayangkan giginya.

"Mark dengar mama ada sebut percutian. Mama nak pergi mana? " tanya mark . Mama lee(m) tersenyun.

"Kami semua fikir nak pergi ke Australia selama dua bulan. Tapi yang masalah, anak anak diaorang tatau siapa nak jaga." Ujar Mama lee (M)

Tiba-tiba mama na menjentik jarinya.

"Apa kata kita suruh Mark yang jaga anak kita?" Masing-masing memandang antara satu sama lain.. Merela tersenyum antara satu sama lain

"Apa!? "

Tbc

Hai korg, ff ni tak formal tau. So ayat tulisan secara spontan.  Sbb genre funny kan. Soo vote and comment

STARBOY | NCT DREAM 00'L FT MARKWhere stories live. Discover now