02

12 0 0
                                    

"Weyh dia taknak cakap dengan aku ke? dahla tak followback. Taknak kawan dengan aku ke." Seperti biasa Ayla mengadu tentang Amir Mikyad kepada Dahlia Medina.

"Dia malu kot. Lagipon kau pun jenis malu-malu camne die nak approach dulu. lagi-lagi dia tak tau pun kau suka dia. Cuba kau yg approach dulu." Kata Dahlia yang cuba memberi idea kepada Ayla.

"Gila kau aku nak approach dulu. Aku dahla cakap dengan lelaki pun tak pernah.Tapi tulah aku nak kawan dengan dia,macam mana ye?"Kata Ayla lantas menongkat dagu memikirkan caranya.

"Manelah aku tau,kau yang suka dia.Pikirlah sendiri,barulah nampak effort."Dahlia duduk bersandar lantas membuka buku subjek sejarah.

"Hmm nantilah aku fikir,malas nak serabutkan kepala.Aku nak pergi kat Wafa jap tanya macam mane die balancekan imbangan duga ni,blur aku tau."Dengan lantas,Ayla terus berlalu pergi.

~

23 OGOS 2013

Setelah selesai menyediakan ruang jualan,Ayla yang mahu duduk santai buat seketika terkejut serta terkedu selepas melihat ruang jualan sebelahnya yang terdiri daripada kumpulan Ahmad Amir Mikyad.Lalu,dengan pantas Ayla bangun mencari kelibat Dahlia dan Wafa untuk memberitahu keadaan tersebut.

"Weyhhhhh,korang tau tak geng Amir tu letak ruang jualan dorang kat sebelah kita weyhh.Aku taktau nak excited ke berdebar ni."

Dahlia yang baru selesai solat zuhur hanya membalas "Pastu kau nak kitorang buat ape?lantak doranglah."

"Betul,asalkan nanti tak berlaga dengan kita masa berniaga nanti.Tak sempit kan tempat kita?By the way,kau buat tak tahu je,takyah berdebar sangat,kitorang ada"Sampuk Wafa pula yang baru selesai memakai tudung.

"Emmm tak,tapi aku seganlah sebab rapat dengan laki. It's okaylah korang kan ada.By the way Dahlia,kau dah buat pre-order kan makanan aku kat group Amir tu?"  Tanya Ayla pula.

"Dah,nanti kau ambik bayar sendirilah yer.Alang2 bolehla buka mulut kau tu sikit dengan lelaki tu,biar pandai sikit nak bercakap.Mana tahu Amir yang handle bahagian pre-order,bolehla kau cakap dengan dia kan." Jawab Dahlia panjang lebarnya.

"Uish betul gak kau cakap hehe.Tak sabarnya,harap-harap dia yang jaga bahagian pre-oder aminn hehe." Ayla mengaminkan kata-kata yang baru dilontarkannya dengan berharap hajatnya kesampaian.Dahlia dan Wafa yang melihat menahan senyum melihat kecomelan Ayla yang tak pernah lekang senyumannya dengan mereka.

Maklumlah,Ayla Syakira bukanlah seseorang yang seperti Mira Filzah,tak senyum pun lawa.Ayla mempunyai muka yang dikatakan sombong jika tidak senyum oleh orang yang tidak dikenali apatah lagi dengan lelaki.Tambahan lagi,Ayla seorang yang pemalu. Namun,bagi yang telah mengenali Ayla,dia sangat pemurah,banyak mulut dan sangat hyper.Senang kata,sesiapa yang berkawan dengan Ayla akan senang hati dengannya yang dapat menceriakan suasana dan kehidupan seharian.

~

Kejadian di ruang jualan

"Weyh Dahlia siapa yang dalam group kau ada buat order dengan kitorang?" Tanya Amir kepada Dahlia sebagai orang yang paling dikenalinya.

"Aaa kau tanya Ayla arr,aku busy.Dia kat belakang tgh kira duit,kalau dia taktau suruh dia tengok group and makanan member lain mintak dia bayarkan dulu."Jawab Dahlia dengan pantas dan lantang supaya didengari oleh Amir pada suasana yang bingit kerana murid sudah mulai memenuhi ruang jualan tersebut.

Amir yang melihat Ayla sedang duduk bersila mula bersuara "Weyh..aduh tak dengar pulak.Apa nama die eik?ouh Ayla. Ayla!"

'laki mana pulak panggil aku ni.Tak pernah-pernah lelaki tegur aku.'Bermonolog Ayla sendirian lantas mengangkat kepala memandang si pemanggil.Terkedu Ayla buat seketika,namun sempat dikawal riak mukanya."yow asal?" Laju ayla bertanya. 

"Group korang siapa je ade buat order kat kedai aku?" Tanpa buang masa terus Amir bertanya.

"Ha?tak dengarla" Ayla lantas bangun dari duduknya apabila tidak dapat menangkap apa yang sedang Amir katakan.

Amir mendekatkan diri agar suaranya dapat didengari."Aku tanya,siapa order makanan kedai aku kat group kau".

Ayla yang terkejut dengan tindakan Amir segera menjarakkan diri mereka seperti kedudukan asal.Ayla sangat menjaga batasnya dengan lelaki.Oleh disebabkan itu agaknya die tidak pernah didekati oleh lelaki. "Alamak aku mana ingat,japlah aku tanya dorang." Ayla yang mahu melangkah pergi ke rakan-rakannya terhenti kerana terdengar suara Amir seperti berkata sesuatu.Dia kemudiannya memandang muka Amir dengan kerutan di dahi sebagai tanda 'kau cakap apa tadi?'

Amir faham dengan mimik muka yang ditunjukkan Ayla terus mengulang kata-katanya."Dahlia cakap tengok kat group kalau kau lupa pastu dia suruh guna duit kau dulu bayarkan makanan kawan-kawan yang lain jugak."Jelas Amir.

"Ouh,sat na.Haa,Spaghetti 1,Maggi goreng 3.dah tu je.berapa semua?"

"RM 4.50 semua.Jap aku ambik maggi lagi."

"Apa kau cakap?Tak dengarla,kuatla sikit.Perlahanla suara kau.Bising."Tatkala Ayla berkata,Farah yang terdengar datang kearah kami."Woi marah ke,rileks arr muka"kata Farah.

"Marah?bila pulak aku marah"Hairan Ayla bertanya.Amir yang melihat Ayla berborak dengan Farah terus berlalu pergi untuk mengambil Maggi yang tidak cukup.

"Muka kau berkerut,suara kau kuat cam nak marah je"kata farah yang membuatkan Ayla serba salah terhadap Amir.

Amir yang telah kembali semula ke Ayla dan Farah menghulurkan plastik yang terisi dengan beberapa bekas maggi goreng sekaligus menghentikan perbualan Ayla dan Farah."Nah semua RM 4.50".

Dengan pantas Ayla menghulurkan RM 5 sekeping."Baki tu ambikla.maseh"

Amir terus berlalu pergi.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 14, 2023 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Mikyad SyakiraTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang