TANIA menjeling Humaira tajam. Sesuka hati sahaja menuduhnya perempuan gedik. Malas mahu melayan, pandangan ditebarkan ke hadapan. Sesaat selepas itu, lututnya lemah. Longlai terus jatuh ke lantai.
Humaira di bawah kaunter, berkerut. Melihat Tania yang seperti hilang nyawa itu, dia bangun dari duduk sebelum dia membulat. Terkejut dengan apa yang dihidangkan kini.
"Si...siapa?" sedikit tergagap-gagap, soalan dilemparkan. Tidak berkedip matanya melihat dua lelaki yang berpakaian serba hitam. Juga dengan helmet full face menutupi muka.
"Cik yang di bawah tu okey? Did she need any help?" tanya Qadri sambil cuba menjenguk sedikit.
"No. She's fine. Encik berdua ni siapa ya? Kenapa nampak agak familiar?" sampuk Safwa, professional. Sempat dia menunduk sedikit sebagai tanda hormat.
Mendengarkan itu, Qadri berdehem. Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Helmet full face dicabut dari kepala dengan senyuman manis. Rambut sempat disebak ke belakang.
"Qadri Fikrullah! Kan?" tanya Humaira. Jari ditunding buat seketika sebelum dibawa ke mulut. Ditekup mulutnya yang ternganga luas itu.
"Adik tuan Qadif?" tanya Safwa pula. Matanya turut membulat namun pantas dikawal riak muka. Masih cuba untuk bersikap professional.
"Ya saya. Saya adik dia. Lelaki ni kawan saya," kata Qadri. Rye disebelah, ditepuk bahu.
"Saya Rye Wildan," kata Rye. Dia juga turut mencabut helmet full face di kepala. Tania yang masih di bawah itu, membulat. Refleks, dia bangun tegak dari duduknya di lantai.
"Rye Wildan?!" jerit Tania, menyentakkan keempat-empat manusia di situ. Safwa menggigit bibir bawahnya sebelum badan didekatkan sedikit ke rakan sekerjanya itu.
"Tania, behave sikitlah!" separa berbisik.
"Awak dah besarlah sekarang! Handsome pula tu," memang tidaklah bisikan itu dia ikut. Semakin teruja dirinya melihat Rye di hadapan mata. Bagai mimpi!
"Terima kasih," balas Rye, sedikit malu. Jelas tidak perlu disuluh, telinganya kelihatan agak merah.
"Umur Rye berapa sekarang?" tanya Tania lagi. Humaira dan Safwa masing-masing hanya mampu tawakkal. Memasang muka manis buat dua lelaki muda ini. Penuh kepalsuan.
"Dua puluh," kata Rye.
"Gila muda?!" tempik Tania.
"Ha...hah?" Rye jelas terpana. Qadri pula terpejam erat matanya. Benar-benar terkejut dengan jeritan maha kuat itu. Alamak hai, lain macam pekerja yang diambil abangnya?
"Maafkan saya. Encik berdua datang nak jumpa tuan Qadif ke?" sampuk Safwa. Ditolak menjauh badan Tania dengan bahu bersama senyuman tipis.
"You guys are so handsome. Do you guys have any mix?" soal Tania lagi. Humaira menggeleng sebelum kepala ditundukkan ke bawah. Sempat ditepuk dahi sendiri. Aduhai, tidak serik!
"Obviously. Half mine, half yours," balas Qadri dengan senyuman maut. Sejurus itu, gadis bertag nama Tania hilang lagi. Kembali ke bawah kaunter.
"Wh...why she keeps falling? Are her legs okay?" soal Qadri. Berkerut seribu dahinya melihat dua lagi gadis yang ada.
"She's totally fine. Please don't mind her," kata Humaira. Safwa mengangguk laju. Setuju. Baru sahaja ingin membuka mulut, kelibat seseorang mematikan niatnya.
"Afternoon tuan Qadif," serentak Humaira dan Safwa lalu menunduk hormat kepada majikan mereka itu.
"Abe!" jerit Qadri. Hilang terus rasa risaunya terhadap Tania. Laju kaki itu memecut, mengejar langkah Qadif.

ANDA SEDANG MEMBACA
C | Dia, Lelaki Teristimewaku
RomanceHello. I've made some adjustments, roughly 20%, to better fit the ending, including changes to some characters. Unfortunately, those who have already read the story MAY NEED to revisit it from chapter 1. I apologize for any inconvenience this may ca...