Bab 7 AS x AE

36 4 0
                                    

-not edited-

Pagi Sabtu yang indah.

𝙸'𝚖 𝚐𝚘𝚗𝚗𝚊 𝚏𝚕𝚢
𝙻𝚒𝚔𝚎 𝚊 𝚋𝚒𝚛𝚍 𝚝𝚑𝚛𝚘𝚞𝚐𝚑 𝚝𝚑𝚎 𝚗𝚒𝚐𝚑𝚝
𝙵𝚎𝚕𝚕 𝚖𝚢 𝚃𝚎𝚊𝚛𝚜 𝙰𝚂 𝚝𝚑𝚎𝚢 𝚍𝚛𝚢

Aku terjaga apabila mendengar bunyi deringan yang terhasil dari telefon bimbit yang berada dia atas meja lampu tidur. Aku mencapai telefonku yang berbunyi lalu menekan butang hijau.Aku pun menekapkan telefon dekat dengan telingaku.

"Hello, Assalamualaikum" tanyaku dengan suara yang serak basah. "Waalaikumsalam.Kakak" kata seseorang. Jap, jap aku tersedar aku menjarakkan sedikit telefon dari telingaku dan lihat nama panggilannya. Mama rupanya. Aku pun tekapkan telefon ke telinga semula.

"Ye." jawabku ringkas. "Mama nak bagitahu kamu benda ni. " cakap mama. "Ye.Benda apa? "Tanyaku. " Ni atuk suruh semua berkumpul kat rumah dia malam ni. Lepastu atuk suruh kita tidur rumah dia ramai-ramai. Atuk kata esok ada majlis.

"Ooh.Majlis apa ma wajib ke kena pergi? " tanyaku. "Eh awat pulak tak wajib semua keluarga Hans wajib ada sebab atuk kata majlis ni atuk nak announce sapa yang akan dapat harta atuk. " jawab mama.

"Ooh ok lah petang ni lah kakak pi rumah atuk. Nasib dah ada kat KL. Mama bila nak mai? "Tanyaku lagi. " Ni mama on the way dah ni. Ha kamu papa tanya mandi tak lagi? Papa cakap tak yah pi petang lepas mandi makan pi terus. Ingat mama tak tahu baru bangun tidur"Sembur mama. Fuh mengerikan

"Ooh hehehe belum tapi nak mandi lah ni. Papa kan suruh kakak pi terus ha tak pa lah kakak tunggu mama papa dengan adik kat sana. " kataku. "Ni kakak kat mana ni? " tanya mama.

"Ooh kakak kat rumah Khadijah. Saja dia suruh mai tapi memang harini nak balik rumah tapi tak jadi lah kena pergi rumah atuk. " kataku. "Ha kalau macam tu pi mandi lekaih. Mama nak tutup call dah ni bye jumpa kat sana. Assalamualaikum. " kata mama. "Waalaikumsalam" jawabku. Aku terus tutup call dan bergegas ke bilik mandi.

"Fuh segarnya"kataku.Pintu bilik mandi ditutup. Aku pun berlalu ke alamari. Harini aku hanya mahu memakai baju kurung berwarna hitam . Malas lah nak pakai dress nanti sepupu tengok satu hal depa tergoda. Ceh sempat lagi puji diri sendiri.

Usai pakai baju. Aku berlalu menuju ke meja solek untuk mengayakan Rambut . Aku hanya gayakan rambut macam princess bele lepastu letak riben. Baru jadi cantik sebab rambut aku kerinting so flowy lah.

Selesai menggayakan rambut. Aku mencapai pula lip balam yang berperisa strawberri lalu mengoleskan lip balam itu ke bibir. Bibir dikemam sedikit untuk meratakan lip balm.

Aku pakai lip balam je tak pakai make up baru nampak natural beauty. Hahahha.

Selesai memakai lip balam aku pun keluar bilik menuju ke tangga untuk keluar. Sambil sebelah tangan menarik beg tarik yang dibawa oleh ku.

Sampai sahaja di bawah. Terlihat acu sedang berbual dengan Khadijah. Mereka menoleh ke belakang saat perasan akan seseorang. " Eh Amanda nak pi mana?"tanya acu. "Ooh saya nak balik rumah saya dah harini. Hehe" ujarku. "Ooh kalau lagutu. Mai lah makan dulu sebelum balik".kata acu. " Eh tak pe lah acu saya nak kena pi dah ni tokwan panggil lunch. "Kata ku." Lah ya ka kalau macam tu nanti kirim salam kat tokwan nah. "Ujar acu.

Aku pun mengangguk dan tersenyum. Sebelum terus berlalu untuk menyalam acu. Selepas menyalam acu aku pusing ke Khadijah aku peluk dia. " Aman nanti jangan lupa tau datang majlis nikah aku . "Kata Khadijah.

" Ye aku takkan lupa. Bulan depan kan? "Tanyaku." Ya cik kak. "Kata Khadijah. Usai memeluk Khadijah aku pun berlalu ke pintu rumah. " Saya pergi dulu. Assalamualaikum. "Ujarku.

ᴛʜᴇ ɪᴄᴇʙʀᴇᴀᴋ ᴄᴏᴜᴘʟᴇ's(ʜɪᴀᴛᴜs) Where stories live. Discover now