CHAPTER 9

20 4 0
                                    

     Mata aku dan mata Eijaz saling membalas renungan masing-masing. Renungan kami semakin lama semakin dalam, lama... Aku tarik nafas, sebelum..

"HIARGHHH!" jerit aku sambil menyerang Eijaz, namun Eijaz lebih pantas mengelak. Dengan mudah sahaja dia menepis batang kayu yang aku sasarkan kepada batang lehernya. Hari ni aku belajar berlawan menggunakan senjata. Pada mulanya aku tak nak bila Eijaz suruh aku serang dia guna batang penyapu, tapi bila dah dipaksa aku terima sahajalah.

"Come on Raissa, fokus pada target kau sebelum kau serang. Takkan tu pun kau tak tahu, lemah," perli Eijaz. membara telinga aku ni bila dengar dia memperlekehkan aku. Dengan perasaaan marah tambah geram, aku serang dia lagi sekali dengan serangan yang bertubi. Tapi semuanya dia sempat elak. Gila tangkas mamat ni doh.

Akhirnya aku berhenti serang bila rasa nafas dah nak habis. Aku angkat tangan sebagai isyarat sekejap. Dengan menongkatkan batang penyapu yang boleh tahan panjangnya. Aku tercungap-cungap ambil nafas, Eijaz geleng dan datang dekat aku.

"Lain kali kau jangan serang musuh bila diri kau tengah dikuasai dengan perasaan marah. Percayalah cakap aku yang kau takkan boleh fokus pada target. Apa yang kau tahu, kau nak pukul dia. Serta merta pergerakan kau jadi sumbang, satu serangan pun tak akan kena dekat musuh. Apa yang kau dapat hanya lah penat," bebel Eijaz. Bising lah dia ni, aku tengah penat ni. Aku rembat nanti kang baru tahu.

"Kau dengar tak ni Raissa?" aku angkat kepala pandang dia. Satu senyuman manis aku hadiahkan pada dia.

"Buah rambai, buah betik. Murah dijual di pasar segar. Jika tuanku membebel di depan patik. Tidak mungkin patik tidak dengar," amik kau, sekali dengan pantun aku kasi. Geram punya pasal.

"Wah, berpantun lah ekk. Burung pungguk di tepi perigi, Burung murai di atas bumbung. Tercegat apa lagi. Marilah kita sambung," dia balas pulak pantun aku. Tu aku tak kesah, ni dia ajak sambung. Apa dia tak nampak ke aku ni dah separuh nak mati, tak reti nak rehat ke dia ni?

"Eh,eh dia ni. Bawah tempurung ada katak. Seronok lompat ke sana sini. Kau reti sabar tak. Aku penat dah ni," marah aku.

"Hari raya mohon ampun. Hampir setahun kita terpisah. Kau bagilah berapa banyak alasan sekalipun. Ada nampak muka aku ni kesah? Dah jom sambung," Aku jeling dia. Eiii dia ni memang nak kene rembat dengan aku.

"Cepat Raissa, lambat mula, lambat habis," Dia dah get ready sambil kening sebelah diangkat. Nampak sangat dia tengah perli aku.

Nak je aku hempuk kepala dia dengan batang ni, kalaulah aku boleh ikat dia. Lepastu aku hempuk dia cukup-cukup, biar lebam habis muka dia. Lepastu aku aku koyakkan mulut dia yang tak habis-habis nak cari gaduh dengan aku. Biar dia rasa sikit, merayu minta tolong dekat aku. HEHE...

"Wah, jauh termenung ya? Ingat kan siapa?"

"Tengah bayangkan bertapa siksanya mamat tu kalau aku hempuk dia cukup-cukup dengan batang penyapu ni," balas aku. Sempat juga aku senyum jahat. Aku pandang batang penyapu yang aku pegang dengan senyuman penuh makna.

"Mamat mana?" Soalnya lagi. Haihlah dia ni, mamat kat depan tu lerr. Takkan tak nampak. Aku pusing pandang orang yang tegur aku tu.

"Mamat yang kat de-"

Terbeliak juga mata aku bila tengok siapa yang tegur aku. Tertelan jap air liur.

"Mamat mana Raissa?" Soal Eijaz, pandangan tajam diberikan kepada aku.

"Aku punya duduk tercegat dekat depan tu, tunggu kau macam tunggul kayu. Kau kat sini boleh pulak berangan ya. Dah lah kau berangan nak hempuk aku. Kalau betul-betul berani, mari la hempuk aku sekarang. Eh lupa, memang dari tadi lagi kan aku suruh kau hempuk aku. Tapi tak dapat-dapat, lemah. Ada hati nak hempuk orang konon," Eijaz tersenyum sinis.

SIAPA? |✓|Where stories live. Discover now