CHAPTER 24

9 1 0
                                    

     Hampir empat hari aku tidak bercakap dengan along. Malah setiap kali bertembung, aku akan lari. Kejadian malam tu betul-betul buatkan aku terasa. Kenapa aku yang kena kasi masa padahal aku sendiri yang perlukan masa tu?

Kalau papa tahu dia salah, kenapa dia tak minta maaf? Kenapa dia tak ceritakan semuanya? Kenapa nak buat aku pula yang rasa bersalah?

Salah ke aku nak tahu tentang diri aku sendiri?

Salah ke aku nak tahu siapa aku yang sebenarnya?

Aku tahu angah perasan akan ketegangan antara aku dengan along. Banyak kali juga angah bertanya, dan setiap kali tu aku cuba mengelak daripada dijawab. Biarlah perkara ini hanya aku dan along sahaja yang tahu.

"Ha! Jauh termenung, ingatkan buah hati ke tu?" tegur Eijaz.

Hari ni aku minta cuti dengan dia daripada berlatih, nak hilangkan rasa serabut dalam kepala aku ni. Aku tak kemana pun, hanya duduk termenung atas Menara Sinar. Eijaz pula minta diri tadi untuk ambil sesuatu.

"Tak ada guna aku fikir pasal buah hati aku kalau dia dah jadi milik orang lain," balas aku, dan langsung tidak pusing pandang Eijaz.

"Siapa? Luth ke?" soalnya bersama dengan huluran tangan yang memberikan sesuatu.

"Air mineral je?"

"Dah tu kau nak aku bawa air apa? Kalau nak lebih-lebih, bayar lah," Eijaz duduk di sebelah aku. Tergelak kecil aku.

"Kedekut," balas aku. Buka penutup, aku minum air seteguk. Lega sikit.

"Kenapa Luth?" soal aku.

"Ha?" Eijaz pandang aku tak faham. Eh, dia ni.

"Kenapa kau kata aku fikirkan Luth pula," aku cuba bawa balik semula memori dia yang tak sampai dua minit tadi.

"Ouh, kau bukan ada hati ke dekat Si Luth tu?" kali ni, aku pula yang pandang Eijaz tak faham.

"Mana lah aku tahu, mungkin sebab Luth tu baik. Muka dia yang murah dengan senyuman, cakap pun lembut. Lagi pula, Luth kan sekarang rapat dengan Dhiya'. And bila kau cakap yang bah hati dah ada orang lain. Memang aku fikir Luth je," ujar Eijaz. Nak tersembur keluar air dalam mulut aku. Nasib sempat tahan.

"Luth suka Kak Dhiya' ke?" soal aku tak percaya. Jadi selama ni, Luth tu rapat dengan Kak Dhiya' tu bersebab lah kan?

"Yela kot, yang kau tanya aku kenapa? Pergi lah tanya dia. Kau takut nanti kau jealous ke kalau tanya dia?"

"Dah kenapa pula aku nak jealous nya?" aku tak faham dengan Eijaz ni? Bila masa pula aku kasi tahu yang aku suka dekat Luth tu? Aku suka perangai dia je, dia tu baik.

"Dah kau cakap buat hati kau dah jadi milik orang," ujar Eijaz tanpa pandang muka aku.

"Memang lah, tapi bukan Luth. Orang lain," balas aku. Takkan aku nak kasi tahu yang buah hati aku tu dia, malu tujuh keturunan aku nanti.

"Siapa?" soalnya ingin tahu.

"Adalah, tak payah nak sibuk," aku jeling Eijaz. Sibuk je nak tahu.

Lepastu kami berdua diam. Aku masih fikir hal aku dengan along dan Eijaz pula, aku tak tahu apa yang dia fikirkan.

"Eijaz, aku kenal kau kan dulu?" soal aku memecahkan kesunyian antara kami. Eijaz hanya mengangguk.

"Aku ada cerita dekat kau pasal keluarga aku tak?" sekali lagi aku menyoal dan aku pandang muka dia. Nak tengok riak muka dia, tapi Eijaz kelihatan bersahaja.

"Pasal keluarga kau, kenapa pula kau nak cerita dekat aku?" balasnya bersama soalan. Haihhh.... aku hanya mampu mengeluh. Penat lah macam ni.

"Along cakap dekat aku, yang papa ada buat salah dengan aku. Yang dulunya aku benci sangat dekat papa. Dan sekarang papa rasa bersalah dan kecewa dengan diri dia sendiri selapas apa yang jadi dekat aku. Sebab tu papa layan aku nak tak nak je. Along kata papa perlukan masa. Tapi aku yang sakit, sakit bila kena pulau dengan papa aku sendiri," aku luah dekat Eijaz. Aku buntu dan aku penat.

SIAPA? |✓|Where stories live. Discover now