Episode 5: Misi!

593 65 32
                                    

Jeng! Jeng! Kembali ke angkasa selepas cuti dari TAPOPS!

Yeah,Duo Storm masih lagi dalam mood kesedihan akibat terasa disisihkan.

Lama²,kesian pulak si adik² Elemental ni tengok.

Gempa bukannya tak layan Halilintar dengan Taufan. Cuma diaorang yang agak....salah masa.

Macam satu hari tu,masa diaorang tengah merajuk pergi healing sampai pagi tak balik,Gempa tunggu dekat ruang tamu sampai malam dengan jajan kegemaran diaorang sebab nak tengok movie sama² tapi sampai kesudah tak balik. Sebab tak nak membazir,Gempa terpaksa makan sorang diri.

Gempa memang orangnya busy. Memandangkan dia leader untuk Elemental dan juga Geng Kokotiam. Tapi dia cuba.

Apa korang ingat senang ke jadi sulung? Payah au-

Blaze: Haish....Lama² aku tengok diaorang dua ni rasa kesianlah pulak.

Ice: *scroll dalam phone* Hm...Dah cukup dah bahan blackmail aku.

Thorn: Tulah. Aku kesian jugak. Patut ke kita tolong?

Solar: *baca buku* Diaorang nak ke kita tolong? Kang nanti jadi salah faham pulak.

Adik² Elemental hanya mengeluh kecil. Sekarang,macam mana nak tolong Storm Duo?

Belum sempat diaorang nak bincang,Komander dah panggil untuk berkumpul.

Elemental BoBoiBoy mendapat misi untuk pergi ke Planet Deluge,sebuah planet yang hampir 90% terdiri daripada air dan sentiasa ribut. Ada satu Power Sphera terhempas di planet tersebut dan memerlukan pertolongan dengan segera sebelum pod kecemasannya kehilangan kuasa dan tenggelam.

Thorn: Eii...Seramnya ribut dengan kilat dekat luar...

Gempa:*tengah fikir plan*

Suasana digelap macam dekat ribut ditengah lautan. Kilat sambar ,menyambar dan angin kencang berderu membuatkan kapal angkasa mereka yang dipandu Solar beroleng.

Gempa:* dapat idea* Hali,Taufan. Korang ikut aku. Solar, kau jaga kapal. Ice,assist Solar. Blaze dengan Thorn pulak tengok mana koordinat terakhir Power Sphere SirenBot.

Halilintar dan Taufan terus angkat kepala apabila Gempa memanggil mereka berdua. Mereka berdua memandang sesama sendiri,sebelum buat telepati sendiri.

Halilintar:*telepati* Kau rasa kenapa Gempa pilih kita kali ni?

Taufan: *telepati* Kau tak tengok luar tu bahaya macam mana? Mestilah dia tanak yang kecik-kecik tu cedera! Kita ni kan sulung,apalah sangat kalau kita cedera? *terpaling negatif*

Halilintar:*telepati* Ye tak ye jugak kan? Kalau kita hilang pun diaorang mungkin tak kisah.

Haish....Anak-anak,ni masalah bila korang jenis yang memendam okay? Boleh jadi salah faham. So,jangan pendam,jangan contohi budak dua ketul ni.

Sesi telepati mereka bila mereka dipanggil lagi oleh Gempa.

Gempa: Korang dengar tak apa yang aku cakap tadi? *angkat kening*

H,T: Dengar. *totally tak dengar*

Gempa:*smile* Baguslah kalau macam tu. Jom.

Si adik-adik bagi thumbs up dekat Storm Duo.

Blaze: Chaiyok korang!

Ice: Peluang ni.

Thorn: Hati-hati~

FavouriteWhere stories live. Discover now