BAB 7.

121 9 1
                                    

***

Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana kencangnya jantung Amni selepas dia diselamatkan.

Sesungguhnya dia takut sangat kerana ajal dia hampir sahaja datang menjemputnya ke tempat yang lebih indah.

Namun, seorang Hamba Allah yang baik telah mengubah nasib dia buat sementara atau selamanya.

Dia amat bersyukur dengan kehadiran lelaki ini.

Dari tadi lagi matanya tidak lekang melihat Aiden yang petah bercakap kepada sang pemandu yang hampir sahaja melanggar Amni.

Nampak gaya seperti Aiden sedang menjelaskan dan meminta maaf kepada sang pemandu.

Sang pemandu pula adalah seorang wanita yang dalam lingkungan umur 20-an, sangat muda dan sangat takut.

Mana taknya, anak dara mana jer yang nak jadi punca kematian seseorang?, Belum sempat nak mintak maaf tapi tau jer dah underground.

Joking.

Amni sedang duduk di sebuah kerusi batu berwarna putih sambil menenangkan diri, nafasnya juga masih laju, mungkin akibat adrenaline yang masih ada dalam darahnya.

Aiden datang melangkah dan berdiri di sisinya sebelum menghulurkan air mineral kepadanya.

" Nah, minum sikit, youre still in shock " Aiden berbicara.

Haziq pula terpaksa ke tandas selepas dia membayar makanan dan minuman mereka tadi.

Maklumlah, selepas makan jer perut akan melancarkan mogok.

Amni hanya duduk sambil meletakkan tangan ke dadanya dan menggosok secara lembut.

' ya allah, terima kasih sebab beri aku peluang kedua ' Amni berfikir.

Pandangan dibawa ke arah sang lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya seperti sedang menjaga.

" Awak duduklah, kesian awak berdiri lama-lama, nanti kaki sakit " Amni menegur Aiden dengan lembut, rasa bersalah.

" No need, im a man so i am capable of standing " dengan dingin Aiden menjawab.

" Duduk dulu please..., Saya nak cakap dengan awak sikit " Amni berkata dengan lembut sekali lagi.

Keluhan kecil keluar dari mulut Aiden sebelum dia berlalu dan melabuhkan punggung di sebelah Amni.

Aiden bagus orangnya, dia menjarakkan diri mereka kerana takut akan pandangan orang lain.

Amni bermain dengan jarinya, menandakan bahawa dia gementar dengan apa yang dia bakal lontarkan keluar.

" Speak." Dengan tegas Aiden berkata.

Air liur ditelan berasa kesat, nafas diatur sebelum suara berkata.

" I'm sorry..." Amni berkata dengan perlahan, namun dapat ditangkap oleh Aiden.

Badan Aiden mengeras, keningnya berkerut pelik.

" Why are you apologizing?, You didnt do anything wrong. " Aiden berkata.

DIA SEMPURNA BAGI AKUWhere stories live. Discover now