BAB 11.

109 8 1
                                    

  Mata hanya mampu tertumpu ke arah pintu yang diketuk itu. Perasaan takut menyelubungi jiwa. Seakan pintu itu adalah musuh yang digeruni.

"Amni? Bukalah pintu ni. Aku nak masuk dalam rumah aku sendiri pon tak boleh ke?"  Suara Haziq kedengaran dari luar.

Amni menghela ringkas sebelum dia bangun dan berjalan ke arah pintu itu. Tangan dibawa ke tombol sebelum memutar pintu itu terbuka.

Haziq berdiri di depan pintu itu berasa pelik dengan Amni. Kenapa ambil masa lama nak buka pintu?

"Kenapa kau ni dik? Pucat semacam jer muka. Ke kau datang bulan lagi?"  Tanya Haziq dengan risau.

Amni berfikir sejenak sama ada dia mahu memberitahu Haziq tentang kejadian hari ni. Dia tak nak risaukan Haziq yang sudah tentu sibuk akan kerjanya. Dia taknak dirinya menyusahkan diri orang lain.

"Helo? Kenapa kau ni? Belum apa-apa dah termenung depan pintu." Haziq berkata sebelum di melangkah masuk ke dalam rumah.

Amni tersentak akibat perbuatan Haziq dan menutup pintu lalu mengikut Haziq dari belakang.

"Along. Meh sini kot." Amni menghulurkan tangannya sebelum dia mengambil kot baju Haziq.

Haziq membuka cufflinks dan menyinsing lengan kemejanya hingga ke siku. Menampakkan lengannya yang berurat.

"Kau dah makan malam? Sori sebab aku balik lambat malam ni. Kerja banyak." Kata Haziq sambil lengan kemejanya dirapikan.

Amni angguk sebelum menjawab dengan jujur. "Takpelah. Amni dah makan dah tadi. Along dah makan?"

"Dah. Dinner dengan Aiden tadi. Dia suruh aku stay kejap sebab ada hal. Tu yang aku balik lambat." Haziq menguap.

"Along penat ya? Pergilah naik atas. Kejap lagi Amni bawakkan air naik atas okay?" Amni senyum ikhlas.

Haziq angguk setuju sebelum dia berjalan melalui ruang tamu. Matanya tertumpu di sejambak bunga orkid yang terletak elok di atas meja kopi.

"Amni? Ada orang hantar bunga ke hari ni dekat kau?" Haziq menjerit dari tangga.

Amni menggigit bawah bibirnya supaya dia tidak perlu menjawab pertanyaan Haziq itu. Dia takut sisi protective Haziq menjelma keluar. Kalau keluar sisi tu,memang sampai esok sesi soal jawab tak selesai.

Haziq angkat bahu sebelum dia berlalu ke dalam bilik tidurnya.

Amni menghela nafas dengan lega bila Haziq sudah masuk ke bilik tidurnya. Kaki dia melangkah ke dapur dan mengambil air untuk Haziq.

Sedang dia mengambil air,dia merasakan suatu angin malam yang sejuk menyapa kulitnya.

Dia menoleh ke belakang dan melihat pintu belakang rumahnya terbuka. Terdapat satu kotak hitam di atas meja makan di dapur.

Mata Amni membuntang dan nafasnya kembali laju. Dia takut. Dia takut jika penceroboh itu masih ada dalam rumah.

"Amni!" Sergahan Haziq membuatkan Amni terduduk dan menjerit ketakutan.

"Jangan kacau aku! Tolong! Aku akan bagi apa saja!" Amni merapu ketakutan.

Haziq terkaku melihat adiknya menjerit ketakutan di lantai dapur. Dia tidak pernah melihat adiknya ketakutan macam ni.

"Amni! Amni! Look at me!" Haziq memegang kedua bahu Amni dan menggoncang badannya.

Amni membuka matanya dengan perlahan sebelum tubuh Haziq didakap erat. Pelukan penuh ketakutan itu dirasakan Haziq.

"Hey. What happened? What are you afraid of?"  Risau Haziq dibuatnya.

Bunyi tangisan dapat didengari dari Amni sambil dia memeluk Haziq dengan sepenuh hatinya.

DIA SEMPURNA BAGI AKUWhere stories live. Discover now