𝔅𝔄𝔅 5 👑

356 6 1
                                        

SEKUMPULAN motor besar yang dinaiki oleh jejaka-jejaka idaman wanita tadi terus duduk di salah satu tempat didalam kafe. Emilia laju melangkah untuk memberi buku menu dan mengambil pesanan mereka bersama kaki yang menggigil menuju kearah meja sekumpulan jejaka tadi, tidak tahu penyebab kakinyanya menggigil. 'Dah kenapa pulak kaki aku menggigil ni?'. Setibanya dia dihadapan meja mereka, buku menu terus diletakkan diatas meja tanpa memandang wajah mereka.

"We meet again, signora" Suara itu dikenalinya, matanya melihat jejaka dihadapannya.

"Eh, Encik Ayrell" Senyuman manis dihadiahkan untuk gadis itu sebelum dia membuka buku menu diatas meja. Emilia terus membalas senyuman.

"Korang kenal ke?" Mata Emilia melirik kewajah jejaka yang bertanya, tetapi rasanya telinganya tidak salah dengar. Suaranya pernah didengarinya sebelum ini. Apabila wajah empunya yang bertanya tadi dilihat, Emilia hampir nak terjatuhkan nota kecil dan pen ditangannya. Dan lagi sekali, matanya bertemu dengan mata ungu gelap itu.

'Mikael?' Hatinya berdegup kencang tidak tahu mengapa. Mikael tidak mengalihkan pandangannya daripadanya. Matanya masih melekat kewajah Emilia yang kelihatan gementar tetapi masih memberikan senyuman yang janggal. Emilia pula terus memandang wajah Ayrell yang masih melihat kebuku menu, mahu bertanya sangat macam mana Mikael dan Ayrell ini boleh bersama. Apabila soalan Mikael tidak dijawap lagi, jejaka bermata ungu gelap itu terus berdehem.

"Yes. Kami kenal. Aku kan ada datang sini sebelum ni. She is the one serve me. And then incident Latte." Ayrell menjawab sambil melihat kewajah sahabatnya itu. Emilia pula tersengih sahaja sebelum dia terus menundukkan kepalanya tidak mahu memandang kearah Mikael yang masih tidak mengalihkan pandangan melihat dirinya.

"Oh, Signora Emi. May I introduce my friend. Mussa, adik Mikael. Dia tak waras so hati-hati." Dengan selamba badak sahaja memanggil orang itu tidak waras bersama senyuman yang tidak lekang dibibir. Jejaka bernama Mussa tadi terus mengangkat kepalanya melihat Ayrell.

"And then that is Knight. And yang ni adik kembar saya, Anjell Nik." Knight tidak memandang gadis itu. Anjell pula memberikan senyuman disebalik topeng mulutnya kepada Emilia. Senyuman dibalas oleh Emilia dengan senang hati, walaupun dia masih dapat merasakan pandangan mata Mikael padanya. Pesanan mereka sudah ditulis didalam nota kecil, lantas dia melangkah kembali masuk kedalam kafe. Nota disepitkan pada tali halus pada tingkap dapur membenarkan Chua atau Rosie yang berkhidmat didalam dapur untuk melihat pesanan dan terus buat.

"Tengok tuu, handsome nyaa." Puji Pikka bersama matanya menatap wajah sekumpulan jejaka itu satu persatu. Emilia hanya menunjukka wajah menyampah sahaja lalu terus berjalan menghampiri Theo ditempat barista.

"Theo, saya letak sini ye pesanan air" Emilia meletakkan kertas yang mengandungi pesanan minuman diatas meja barista. Jejaka tinggi itu sambung membersihkan cawan-cawan yang basah. Theo membalas dengan anggukan sahaja. Setelah itu Emilia kembali ke kaunter dimana Pikka masih berdiri termenung. Pesanan air siap dibuat oleh air tangan Theo sebelum dia menekan loceng diatas meja menandakan pesanan sudah siap, Lily laju membuat kerjanya menghantar sedulang air yang banyak itu menuju kemeja jejaka-jejaka tersebut.

"Handsome nya.." Terkeju Emilia sambil menoleh kearah Pikka. Tak habis-habis lagi? Pikka menongkat dagunya diatas meja kaunter sambil tersengih-sengih. Emilia mengeluh dan menggeleng melihat perangai sahabatnya seorang ini.

"Dah-dahlah tu kau tenung. Kau tenung sampai tembus kepala orang tu." Muncul Lily sambil memegang dulang tadi. Dulang tadi bertukar dengan dua buku menu diatas kaunter untuk diberikan kepada dua pelanggan yang baru masuk.

"Tak sangka diorang datang ke kafe kite kan?" Ujar Pikka kepada Emilia.

"Selama ini kita kerja, ada je lelaki-lelaki handsome masuk kafe kita. Takde pun kau macam ni." Dengan kehairanan Emilia membalas sambil melihat Pikka yang lansung tidak memandangnya dari tadi. Sejenak Pikka berfikir sebelum dia menjawab.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 𝐈𝐬𝐪𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang