6

4.5K 141 21
                                    

"The Devil's Queen"



"Aku tak nak anak ni! aku tak nak!" Qismi meracau-racau kuat. "Lepaskan aku, Anas Malik! lepaskan aku!!" Qismi semakin meraung kuat kerana tangannya sudahpun digari di setiap pepenjuru katil ini.

Anas yang berdiri di hadapannya sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar mengeluh perlahan. Sungguh dia tak mahu memperlakukan isterinya sebegini tetapi apakan daya...

Sejak bangun dari lena, Qismi bertindak untuk menyakiti tubuhnya sendiri. Dia benar-benar nekad untuk menggugurkan anak ini.

"Can you just listen to me and be a good girl? Jangan nak melawan Anas, i'm your husband! tak boleh ke nak hormat Anas as a husband?"

"Kau anak aku! selamanya anak aku! apa yang kau buat ni adalah luar dari kewarasan akal, Anas Malik... kau dah gila... psikopat!!" Anas menggenggam kemas tangannya membentuk penumbuk. Meluap-luap kemarahannya saat ini.

Dia kemudian naik ke atas katil lalu menindih tubuh Qismi. Dagu Qismi diraih dan dicengkam kuat. "Erhh..."

"Kau mengandung. Aku tak nak kau stress. Tapi kalau kau masih lagi berdegil... kau tahu nasib kau macam mana. Banyak benda aku boleh buat terhadap kau, Qismi."

"Anas...hiks... umi ni mak kamu, Anas... mak kamu... kenapa Anas sanggup buat umi macamni..." Qismi teresak-esak kuat di hadapannya.

"Shh..." air mata Qismi dikesat-kesat lembut. Anas kemudian menurunkan tangannya dan mendarat di perut Qismi. "Jaga baik-baik anak kita." katanya tegas.

"Kalau ada apa-apa yang terjadi terhadap kandungan ini... aku takkan maafkan kau,"

"Cakap lah nak cakap apa, buat lah nak buat apa... umi tetap dengan pendirian umi... umi tak nak anak ni!!" pang! saat itu Anas sudah tidak dapat kawal lagi barannya. Ditampar kuat wajah isterinya.

"Sa...sakit...arhh..." dagu Qismi dicengkam kuat. "Sakit, Anas..."

"Jangan, Qismi... aku warning, jangan cabar aku..."

...

2 pagi.

Qismi meringkuk ke kanan dengan wajah yang berkerut-kerut. "Ergh..." sakitnya pinggang... getusnya di dalam hati. Pinggangnya digosok-gosok lembut menggunakan tangan kiri.

"Ermh..." hampir sejam Qismi meringkuk ke kiri dan ke kanan. Tubuhnya begitu tidak selesa untuk berbaring. Tetapi dia begitu mengantuk sekarang ini. Dia mahu lena dengan aman seperti kebiasaannya.

"Sayang... tak tidur lagi?" pinggang Qismi dipeluk dari belakang oleh lengan kekar suaminya. Suara garau dan serak basah milik lelaki itu menghentam sistem pendengarannya. Adakah dia membuatkan suaminya tersedar dari lena? ah, nampaknya begitulah.

"Sayang... kenapa ni?"

"Erm... tak boleh tidur dari tadi, sakit pinggang." balas Qismi perlahan. "Sakit pinggang? kenapa?"

"Ya... lenguh pingang. Tak tahu..." balas Qismi lagi. "Oh, lenguh... normal la, sayang kan mengandung." Anas mengucup lembut cuping telinganya lalu menggosok-gosok pinggang isterinya. Qismi tersenyum perlahan apabila mula berasa selesa dan kurang sakit.

Selang beberapa minit Anas bangun dari baringannya. Qismi yang hampir terlelap menoleh ke arahnya sesaat. Nak pergi mana pula? dia baru nak tidur, hmph. Qismi mencebik lalu memejamkan matanya kembali. Pinggangnya digosok-gosok lembut.

"Sayang...sorry, Anas cari minyak angin di bilik kerja Anas tadi," Anas kembali lalu duduk bersila di sebelah Qismi dan terus mengalihkan tangan Qismi yang sedang menggosok pinggangnya sendiri tersebut. Dia menyelak baju Qismi ke atas lalu meletakkan minyak angin tersebut di atas permukaan kulitnya.

Mrs. Izrel Where stories live. Discover now