Chapter 3: Kemalangan?

12 0 0
                                    

.

.

.

.

.

Layla keluar dari mall itu dan dipertemukan dengan sebuah kawasan bandar yang diimejkan dalam bentuk kartun 3D.

'Dah malam...Takpe ke aku jalan-jalan ni? Tak bahaya ke eh?' Dia terfikir sejenak.

'....Tak kot. Kan mimpi je ni.'

Layla akhirnya memilih untuk bersiar-siar di kawasan bandar tersebut. Dari kedai-kedai yang banyak bertukar kepada masjid dan kawasan perumahan yang luas.

'Weh, jauhnya aku jalan ni. Lengoh pulak kaki aku ni.' Rungut Layla yang duduk di sebuah bangku yang ada di berdekatan sebuah kawasan taman rekreasi. Tiada orang di situ kecuali dirinya yang diterangi oleh lampu-lampu jalan yang ada di sekelilingnya. Dia termenung seketika sambil melihat langit malam itu.

'Cantik.'

...

'Nampaknya mimpi ni pun betul² ikut tempat tinggal boboiboy, eh? Jadi maknanya aku kat Pulau Rintis la kan?'

Gruuuuu~

Sebuah bunyi kecil yang keluar dari perutnya, menyedarkan lamunannya.

"Ah...Lapar..." Layla mengeluh. Dia lapar dan penat. Nak tidur pun tak boleh, yela, takkan nak tidur kat sini.

'Hmm, napela aku nangis tadi eh..heh, mesti cringe terok betul tadi tu. Takpe, ini hanya sekadar mimpi....'

'Cam pick me lak- ok, stop. Jangan ingat benda itu dan buat macam benda tu tak pernah berlaku.' Layla memejamkan matanya beberapa saat dan membukanya kembali.

'Tak lupa jugak, tapi takpela.' Can't blame her. Yela, sape je tak malu bila crush kau tengok kau nangis. Dia kemudian mengalihkan semula pandanggannya ke langit sebelum terperasan sesuatu di hadapannya itu.

'Eh, kucing. Sejak bila dia ada kat situ? Hmm, magik?' Kelihatan seekor kucing berbulu oren atau lebih dikenali sebagai 'Oyen' sedang menjilat bulunya. Dia merenung kucing itu sebelum kemudiannya berdiri dari tempat duduknya dan terus menuju ke arahnya.

"Miaow," Kucing yang perasan akan kelakuan manusia dihadapannya itu pun, cepat-cepat bangun untuk melarikan diri.

"Eh, janganla lari." Layla mempercepatkan langkahnya bagi mendapatkan kucing tersebut.

"Cht, cht, cht, miaw, miaw, sinila kucing." Kejarnya sambil berusaha memujuk kucing itu.

"cht, cht, cht,...cht, cht, cht, cht!" Makin dia kejar, makin laju pulak kucing tu.

"OI MIAW! SINILA!" Dia meninggikan suaranya, melihat harapan membelai kucing itu semakin tipis kerana kucing itu tidak berhenti-henti berlari daripadanya.

"Huh, huh,..hah!" Layla memberhentikan lariannya seketika bagi mengambil nafasnya semula agar sistem pernafasannya kekal stabbil. Lama tak lari tu.

'Break kejap!' Dia memandang semula Oyen yang dari jauh keliatan sedang melihat sahaja dirinya dalam kelelahan itu tanpa sebarang reaksi. Pastu blah je camtu.

'Sombong betul kau eh, Oyen. Hmp, macam la comel sangat.(memang comel pun)' Omelnya, tidak puas hati.

"Huh.." Dia mengeluh kecil.

'Makin lapar aku jadinya.'

Tiba-tiba sahaja, suatu cahaya yang terang benderang dan bunyi hon yang berkali-kali menarik perhatiannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

▣ Mimpi Terindah ▣Where stories live. Discover now