soowoo pov
" selain kamu, siapa lagi ? " soal cikgu.
aku mengedipkan mata beberapa kali sebab nak tahan mata daripada tertutup, huaaa mengantuk weh.
baru je turun dari tembok, dah kena tahan dengan cikgu disiplin.
nasib lah lelaki tadi selamat sebab dia dah pergi dulu, kalau tak kena tahan jugak lah dengan aku sekali.
dia tak lari, just pergi masuk kelas.
sebab masatu selisih 2 minit je lepastu baru cikgu datang.
" betul... saya sorang je " balasku.
" shin soowoo, kamu jangan menipu "
" betul, saya tak tipu. "
kali ni dah masuk 2 kali aku ulang benda yang sama tapi cikgu masih lagi syak sesuatu dekat
aku.yelah memang aku tak keseorangan, tapi lelaki tu dia dah selamatkan aku.
so untuk tepati janji, aku pun kena selamatkan dia daripada cikgu.
" baiklah, kalau macamtu lari 100 round keliling padang. tiada bantahan atau saya akan tambah lagi 100 round. " kata cikgu.
selepas dengar hukuman denda yang cikgu bagi tu, aku pegang dada.
mak aih.
kalau macamni memang lemah lah kaki aku, 100 round? fuh.
" dah, kamu boleh pergi "
" nae " jawabku, pasrah.
aku keluar daripada bilik disiplin dengan 1001 perasaan.
dahlah datang sekolah lambat pastu panjat tembok.
lepas panjat kena tahan, lepastu kena denda pulak.
dengan tak rela hati, aku pun terus pergi tukar baju sebelum berlari mengelilingi padang dengan muka tak malu.
100 round? i'm fine.
[ tbc ✨]