"lama betul la riena ni" aku mengeluh sambil membebel apabila si riena tidak sampai
"Baik aku masuk dalam dulu cari tempat, daripada tunggu perempuan tu" aku melangkah masuk dan mula mencari tempat duduk yang sesuai dan selesa di dalam library.
"Rasa nya sini okay kot" kataku sebaik saja aku ingin melangkah menuju ke tempat duduk belakang yang kosong itu, tidak sampai berapa langkah seorang lelaki datang untuk duduk di tempat itu
"Eh kejap! ni tempat saya dulu!" aku berjalan dengan laju untuk mendapatkan tempat duduk itu
"ada nama kau ke?" kata lelaki itu dengan nada yang dingin
'eh dia ni' getus ku di dalam hati "memang la tak ada nama saya tapi tempat duduk ni saya yang cop dulu" aku tak nak mengalah sebab aku dulu yang cop tempat tu
"aku yang sampai dulu tadi" nada lelaki itu seolah tak mahu kalah
"tak boleh! saya dulu, awak duduk tempat lain banyak lagi tempat kosong tu" kataku
"kau yang sepatutnya cari tempat lain, aku dulu jumpa tempat ni" katanya sambil meletak barangnya atas meja
"ni nak marah ni" aku terus mengadap lelaki yang tak faham bahasa tu
" eh awak cari la tempat lain saya dulu " aku pegang beg nya sambil menyuruh si dia blah dari tempat tu
"kau ni perempuan memang tak nak kalah kan" kata lelaki itu dengan nada marah
"ada nampak muka saya ni macam kisah?" selamba aku jawab supaya dia panas hati
Datang seorang perempuan yang jalan dihadapan aku dan berdiri di sisi lelaki yang tak faham bahasa "kenapa ni sayang?" kata perempuan itu sambil tangan nya berpaut pada lengan lelaki itu
'apa pegang- pegang depan mata aku ni tak tahu zina ke apa laki ni' aku memberi jelingan pada dua orang di hadapan aku.
"biasalah ada perempuan pendek taknak mengalah baby". sedap betul mulut lelaki ni kata aku pendek, aku tak puas hati aku terus jawab
"eh baby cakap dekat sayang awak tu sebelum saya tumbuk muka dia dengan tangan padu saya ni baik dia minta maaf dekat saya sebab hina saya pendek"
aku membebel panjang"perlu ke aku minta maaf dekat kau, kau tu memang pendek lepastu ada hati nak tumbuk muka orang" kata lelaki itu
"dah la tu sayang kesian pula budak kecil ni"si perempuan itu sambung kata lelaki bersebelahannya
"sakit hati betul aku" suara yang kecil hanya aku saja dengar
aku terus berlalu pergi dari tempat tu sakit hati jugak kalau lama lama kat situ "aih menyakitkan hati betullah " aku terus pulang tanpa memberi tahu riena
"aku harap tak jumpa dengan mamat tu lagi! kalau aku jumpa memang kena la dia nanti berani betul dia cakap aku pendek sama je dengan perempuan tu!" aku membebel sambil menunggu maxim yang telah ku tempah tadi.
"Assalamualaikum abi ibu" aku melangkah masuk rumah terus melangkah ke arah ibu untuk bersalam
"Mana abi, ibu?" aku mencari bayang-bayang abi
"macam biasa abi pergi main golf dengan kawan kawan dia" kata ibu sambil melihat aku
"kenapa muka anak ibu ni moyok sangat ni?" kata ibu sambil bermain dengan anak buah nya.
"adik geram dengan lelaki yang adik jumpa kat library tadi ibu, boleh-boleh dia cakap adik pendek memang nak makan penumbuk bungsu la lelaki tu ibu!" kata aku dengan perasaan yang marah
ibu ketawa besar apabila dia mendengar ayat penumbuk bungsu "apa adik ni tak boleh macam tu" dengan ketawa yang masih tersisa
aku yang mendengar ketawa ibu itu terus membuat muka "ibuu sampai hati ibu ketawakan adik" dengan nada merajuk manja
"sorry sayang" kata ibu sambil ketawa
"dah la ibuu malas la nak layan ibu" aku terus berlalu naik tangga untuk ke bilik
"yo adik" aku menjeling angah iaitu Akhtar Matthew yang baru saja turun dari tangga untuk menuju ke dapur
"ibu kenapa adik? tak ada ribut , angin taufan tiba jeling orang cacat mata ke apa budak tu?" katanya sambil mendekat dengan ibu
" adik kamu tu tak ada mood sebab ada orang cakap dia pendek mana tak angin adik kamu tu"
"ooooo" sambil membuat mulut o bila ibu cerita kisah yang berlaku tadi
"patut la budak tu menjeling semacam je, tapi adik memang pendek pun" sambil Akhtar ketawa kuat
"eh angah ni, tak habis-habis mengusik adik, kalau dia dengar habis lah kamu nanti, ha boleh tolong ibu mandikan aaron tak ?" ibu membebel dan meminta kepada Akhtar yang sedang ketawa tak cukup nafas itu
sampai saja aku ke dalam bilik aku terus mandi untuk bersihkan diri dan mendirikan solat asar "penatnya hari ni padahal aku tak buat apa pun" kemudian aku teringat hal yang menyakitkan hati aku
"kenapa aku teringat dekat lelaki tu buat sakit hati je, baik aku sambung assignment aku daripada fikir lelaki macam beruang kutub utara selatan tu" aku mengeluh dengan kasar
"macam mana lah perasaan perempuan tu bila dengan lelaki tu eh? mesti dia banyak sakit hati, eh! yang aku sibuk dengan diorang dah kenapa gila lah kau ni keishaa" sambil mengetuk kepala sendiri
aku mengambil telefon ku di atas meja dan melihat notification riena dari lock screen "banyak nya perempuan ni mesej" sambil tangan ku membuka skrin utama
Aku terus videocall si riena " Assalamualaikum sahabatku dari syurga" dengan nada yang lembut
"walaikumusalam hihi sorry lah keishaa kekasih hatikuh" kata nya
"hotak kau! kau tau tak berapa lama aku tunggu kau kat sana dengan matahari yang dah terpacak tinggi atas kepala dah lah kau malas dh aku nak teman kau lepas ni!"
"Sorry lah keishaa aku janji tak buat macam tu dah!" nada yang kepit dibuat buat oleh rieana
"Kau tak payah nak buat suara kepit kau depan aku , kalau aku buat menggelupur kau nanti" aku terus memberi senyuman senget pada rieana
"apa ni marah marah kite tacod laa.. nanti cepat tua kakak keishaa kite yang comel ni" kata riena sambil ketawa besar
"kau jangan sampai aku bagi penampar online dekat kau kang!"
"aih kau ni tak boleh gurau sikit wak lek wak piece brou" kata riena
"biar lah emosi aku tak betul sekarang ni" kata aku dengan nada yang malas
"aku ada benda nak cerita dekat kau ni! kau nak dengar tak ? " sambil membetulkan tempat duduk ku
"nanti kau cerita dekat aku ye shaa mak aku panggil aku ni dekat bawah nanti kita call lagi dah la aku chau lu! mwuah ciked" riean terus end call
"aih perempuan ni busy betul" aku meletakkan telefon di atas meja sebelah katil lalu membetulkan posisi ku supaya aman dan tenteram untuk aku membuat assignment di meja kerja aku.
tidak sampai berberapa minit ada orang mengetuk pintu bilik aku
"adik boleh angah masuk?" sambil mengetuk pintu untuk meminta izin masuk
"masuk je angah pintu adik tak kunci" jerit kecil aku
"adik malam nanti ibu suruh adik berkemas sebab ada orang nak datang" kata Akhtar yang berada didepan pintu
"buat apa angah? kita ada buat makan makan ke?" kata aku dengan malas
"ada orang datang merisik"
"woww sapa yang datang nak merisik tu angah ke?? bila masa pulak angah ada girlfriend? adik tak tau pun sampai hati tak bagi tahu adik atau pun rina? adik tak jumpa pun rina tengah hari tadi!" aku yang masih dalam keadaaan separuh sedar terus menuduh angah dan rina
"eh eh kau ni banyak masam muka kau cakap aku tak pernah ada girlfriend, banyak okey cuma tak lekat je, hah! bertunang ni engkaulah tak akan aku pula!! dah cau" angah terus berlalu pergi dan menutup pintu bilikku.
I.iriss
[maaf jika jln cerita berbelit.]
YOU ARE READING
Bidadari Milik Harith
Romancewait for 3 yearss karya pertama by I.iriss. nothing is precious in this dunya except he'