Lama dah aku perhati dia tu. Selalu sangat duduk sorang-sorang, pergi kelas sorang-sorang, makan sorang-sorang. Walaupun kat tempat ramai orang, dia masih sorang-sorang jugak.
Mungkin sebab parut kat muka dia kot, entahlah. Aku jadi kesian kat dia, teringat balik masa aku dulu macam tu jugak.
Aish, tak boleh jadi ni.
Aku berjalan menghampiri dia. Dia nampak terkejut bila nampak aku dekat meja dia tiba-tiba. Aku tanya nama dia, tapi dia tak jawab. Masih kaku, masih membisu. Kesian betul budak ni, takda siapa pernah ajak dia bersembang ke sampai dia tak tahu nak jawab apa bila orang tanya?
Sejak dari hari tu, aku tak pernah tinggalkan dia sorang-sorang lagi dah. Ke mana dia pergi, aku ikut asalkan tak kena halau kelas. Malam-malam pun aku lepak kat bilik dia. Roommates dia nampak macam tak pedulikan dia, tapi takpa. Dia dah tak sorang-sorang lagi dah, dia ada aku sekarang.
Lama-lama tu, barulah dia mula selesa dengan aku. Kitorang bersembang, bercerita itu ini. Boleh tahan kelakar jugak budak ni sebenarnya. Kenapa takda sesiapa yang cuba untuk kenal dia dengan lebih mendalam sebelum ni? Takkan sebab parut dia je kot, kan?
Mungkin sebab memang lumrah manusia tu sukakan kecantikan dan nak jadi cantik, sebab tu mereka pilih rupa berbanding hati. Sedangkan Tuhan sendiri tak tengok rupa fizikal kita, tapi iman dalam diri.
Entahlah, aku pun tak tahu. Tapi takpe.
Satu petang ni aku masuk bilik dia nak cari dia ajak lepak sekali, tapi tak jumpa. Aku pergi kat katil dia dan ternampak ubat gamat dengan pembalut kat meja dia. Dia cedera ke? Mana dia pergi? Mungkin dia dekat bilik sakit.
Aku turun katil dia dan berlari ke bilik sakit pulak. Tak jumpa. Aku pergi kelas dia dekat blok akademik. Tak ada.
Mungkin dekat makmal kimia lama, selalu aku nampak dia lepak situ jugak kadang-kadang. Makmal tu dah lah kat atas sekali, boleh tahan mengah jugaklah aku yang tak aktif bersenam ni. Tapi dia masih takda.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman. Bukan, bukan dentuman tapi... hentakan? Entahlah, BM aku bukannya mantap sangat nak terangkan benda-benda macam ni.
Aku keluar dari makmal dan mendongak ke atas. Aku yakin bunyi tu datang dari atas. Aku panjat tembok blok ke atap blok akademik. Bayangkan betapa terkejutnya aku bila nampak dia ada kat situ.
Dia tengah pegang telefon dia. Aku tak tahu konteks, tapi aku dapat rasa dia baru terima berita buruk tadi.
"Dia dah takda weh... Mak aku dah takda." Serak suaranya bila menutur kata. Pipinya comot dengan kesan air mata yang telah kering. Dia dah penat menangis, aku tahu tu. Perlahan-lahan aku datang dekat dengan dia, tangan dia aku usap lembut, cuba bagi semangat.
Dah lima bulan mak dia ada kat life support lepas dia dan mak dia kemalangan sebelum tu. Hasil kemalangan tersebut, dia dapat parut yang agak besar kat bahagian muka. Budak-budak mula sebarkan khabar angin yang dia pernah bergaduh dengan samseng dulu, lalu semua menjauhkan diri gara-gara takut.
Sejak dari tu dia yang memang jenis pendiam mula dipinggirkan. Dia tak pernah kisah kalau tak ada kawan, sekurang-kurangnya mak dia masih ada untuk dia meluah rasa. Mereka memang hanya dua beranak saja.
Aku tahu semua tu. Dia cerita semua kat aku. Dan aku dengar semua cerita kat sekolah ni.
Dia bangun dan berjalan ke hujung atap. Aku dah mula tak sedap hati. Aku tanya dia, apa dia nak buat ni? Fikir elok-elok, kawan. Jangan buat tindakan melulu.
Dia menoleh ke arah aku, dengan sebaris senyuman di bibir. "Terima kasih temankan aku sepanjang lima bulan ni, Acap. Tapi aku dah tak boleh lepak dengan kau dah lepas ni. Aku minta maaf."
Aku hanya mampu mengiau kuat saat tubuhnya jatuh ditarik graviti. Perkara terakhir yang aku dengar ialah suara jeritan pelajar-pelajar berdekatan, dan siren ambulans tak lama selepas itu.
[TAMAT]
YOU ARE READING
Lights Off | Cerpen Asrama
Horror"Lights off! Lights off!" Budak asrama mesti pernah dengar ungkapan tu. Kalau dah pukul 12 malam pun masih tak tutup lampu, confirm akan kena sound dengan warden. Bukan warden je, senior pun sama. Aspura ke, aspuri ke, peraturannya semua sama. Light...