1 | Urban Legend Asrama

6 1 1
                                    

Ada satu cerita yang diturunkan dari senior kepada junior, batch demi batch. Cerita ni aku dah dengar beratus-ratus kali, naik muak dah dengar tapi masih jugak diulang-ulang.

Kalau diikutkan peraturan asrama, semua pelajar aspura dan aspuri wajib lights off pukul 11:30 malam. Paling lewat pun, pukul 12 tengah malam. Biasanya dah siap baca al-mulk sekali dah waktu tu.

Sejak aku form 1 lagi aku dah dimomokkan dengan kisah pelajar hilang selepas stay up lebih pukul 12:30 malam.

Masa tu musim exam, jadi normal lah untuk pelajar stay up untuk study. Tapi tak untuk asrama kami.

Katanya, ada seorang pelajar stay up di bilik study dan keesokan harinya dia terus lesap, tak dapat dikesan.

Cerita yang aku dengar ada pelbagai versi. Ada senior yang kata pelajar tu kena culik dek bunian, ada yang kata dia masih study dengan "pelajar" di alam lain. Ada jugak yang berfikiran rasional, katanya pelajar tu lompat pagar lari ke rumah.

Kalau betul pun dia balik rumah, mesti ibu bapa dia tahu. Tapi tak, takda sesiapa tahu apa jadi pada pelajar tu.

Dari situlah senior-senior terdahulu mula menyebarkan cerita tu kepada kami, dengan harapan supaya kami akur dengan peraturan lights off sebelum pukul 11:30 dan masuk tidur sebelum pukul 12 tengah malam.

Jadi aku yang masih form 1 ni dengan innocentnya dengar cakap senior aku. Ye lah kan, kalau tak nanti teruk pulak aku kena tibai dengan diorang.

But truthfully, aku sendiri tak pernah nampak walau seorang pun senior aku stay up, even masa trial SPM sekalipun. Paling-paling pun, diorang akan bangun seawal 4 pagi untuk study, but no staying up late.

Maka lama-kelamaan, aku pun sedikit sebanyak mula percaya kisah pelajar hilang tu.

Ramai je kawan-kawan aku yang bila dah masuk Form 5 ni tak percaya dah cerita tu. Tapi masih jugak diceritakan kat junior. Sekadar nak teruskan tradisi, kata mereka. Aku biarkan jelah, malas nak masuk campur.

Tapi suatu hari masa dekat-dekat musim exam, aku mula perasan ada dormmate aku seorang ni mula stay up lebih daripada curfew pukul 11:30 malam. Aku tak syak apa-apalah kan, sebab paling lewat orang stay up selalunya pukul 12 tengah malam.

Makin dekat dengan exam, aku perasan dia pun makin lama stay up. 12am, 12:30am, 1:00am... makin hari makin lewat dia tidur. Nampak macam dia banyak sangat nak kena kejar.

Jadi kadang-kadang tu aku ikut temanlah dia study sekali, takkan nak biar dia sorang-sorang kan?

Setakat ni paling lewat dia tidur pukul 3 pagi. Lepas tu dia bangun balik pukul 5 pagi untuk siap-siap mandi pergi surau dengan roommates kami yang lain.

Dia tak berapa nak masuk sangat dengan roommates tu semua, malangnya. Takpelah, aku boleh temankan dia walaupun aku dan dia masing-masing tak tahu nak sembang apa bila lepak sekali.

Habis musim exam, roommate aku tu dah tak stay up selewat sebelum ni dah. Sekarang paling lewat dia tidur pukul 1 pagi.

Aku kesian kat dia, sungguh aku kesian. Tapi aku tak pandai nak ajak orang bersembang.

Mungkin kalau aku ajak dia jumpa kawan aku yang lain, dia boleh masuk geng dengan diorang. Takdalah dia sorang-sorang lagi dah.

So aku tanyalah dia tadi masa dia still tengah study. Dia setuju, dan kami pun berjalan sama-sama pergi ke hutan belakang asrama kami tu.

Lights Off | Cerpen AsramaWhere stories live. Discover now